Wednesday, 10 February 2010

Perempuan yang Gua sayang itu telah pergi meninggalkan gua

Perempuan itu memang gua sayang. Sangat gua sayang. Gua banyak habiskan masa bersama dengan dia. Selalu juga gua mencium pipi dan dahinya. Ke mana gua pergi, ke situ juga dia pergi.

Memang gua sayang dia. Gua sangat sayang perempuan itu.

Gua dengan dia berkongsi rasa yang sama. Kalau gua menulis, dia juga akan menulis. Kalau gua membaca, dia juga akan membaca.

Ke mana dia pergi, gua akan pergi.

Tapi sekarang dia sudah pergi, tapi gua tak boleh pergi ke tempat dia pergi.

Perempuan itu pergi tanpa sempat gua mencium dahinya, atau mengusap pipinya. Gua tak sempat pun mengucapkan selamat tinggal untuk dia. Dia pergi terlalu awal dan cepat. Gua tak sempat menangkap tanda ucap selamat tinggal daripadanya. Dia pergi dan tinggalkan gua begitu sahaja.

Yang terdaya gua buat hanyalah mengusap pasir di pusaranya. Yang mampu gua buat hanyalah memperelok pusaranya. Gua tanam pohon kemboja untuk meredupkan pusaranya. Gua tau, di dalam pusara itu ada jasad perempuan itu, perempuan yang gua sangat sayang. Perempuan yang gua sayang itu pergi dengan bayi yang sedang dikandungnya.

Adik perempuan gua, dia pergi sangat cepat dan tiba-tiba, tanpa gua bersedia apa-apa.

Adik perempuan gua, dia telah pergi, tapi gua tak boleh pergi ke tempat dia pergi.

6 comments:

  1. Takziah...

    Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan insan beriman.. Amin..

    Al - fatihah

    ReplyDelete
  2. Adik gua dah lama pergi, bertahun2 yang lepas. Tapi gua masih terasa kehilangan adik gua tu sampai sekarang.

    ReplyDelete
  3. Takziah...Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. semoga rohnya di cucuri rahmat... al-fatihah.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...