Wednesday, 3 February 2010

Pagi itu sangat awal

Pagi yang sangat awal. Gua masih melihat langit. Gua, kalau bermalam di tempat yang dipanggil hotel, gua memang susah melayan tidur.

Hawa di sekitar Hotel Tyng Garden agak nyaman.

Gua, melangkah keluar dari lobi hotel. Kat depan ada wakaf. Berbumbung dan berbangku. Telinga gua masih menangkap muzik kasar dari karaoke yang tak sampai 30 meter dari gua lepak.

Gua lepak. Gua lepak dengan diri gua. Tak ada sesiapa.
Gua menekan butang2 bernombor kat henfon gua. Gua menunggu jawapan dari Sarasandakan. Kosong tiada jawapan. Mungkin Sarasandakan sedang bermain-main dengan mimpinya.

******

“Bro, lu tinggal tak terjun KLCC jer lagi,” kata Sarasandakan pagi tadi.
“Lu tau, gua dah lama berangan-angan mau buat terjun bungee. Gua rasa, KLCC tempat yang bagus kalau nak buat macam tu,” kata gua.
“Hahahaha…,” kata Sarasandakan.

Kemudian gua senyap. Sarasandakan pun diam.

“Lu metal la bro..!” kata Sarasandakan tiba-tiba.
“Hah, apahal tetiba lu kata macam tu?” gua tanya.
“Gua tengok lu dah jadi Mat Jiwang-Jiwang,” kata Sarasandakan. Tangannya memulas stering Sylhpynya mendaki dari Tanah Merah menuju ke lebuh raya baru.
“Gua tetap macam nilah bro,” kata gua.
“HAHAHAHA…” jawab Sarasandakan. Kali ini ketawanya lagi besar dan lagi panjang.

**********
Pagi yang sangat awal. Gua masih lagi di atas wakaf di depan hotel.
Gua tidak tahu mana mahu pergi. Sandakan memang tempat gua. Tapi gua seperti rusa yang hilang belukarnya.

Tiba-tiba *pling* muncul seekor rusa tergedek-gedek di hadapan karaoke.

Rusa itu melihat gua. Gua melihat rusa itu. Gua duduk-duduk dan tidak ke mana-mana.
Rusa itu datang ke arah gua. Gua bangun lalu pergi meninggalkan rusa itu. Sarasandakan pula masih bermain-main dengan mimpinya.

Pagi yang sangat awal itu dingin tiba-tiba.

Sarasandakan, gua memilih untuk meninggalkan rusa itu. Dan gua harap bukan sebab itu lu hahahakan gua.

7 comments:

  1. huduhnya nama watak SaraSandakan tu. haih. tak apa.

    ReplyDelete
  2. hahahaha, gua tak kata, Mas yang kata...

    ReplyDelete
  3. mungkin nama tu juga sehodoh bayangannya MAS..... sangat hodoh !!! heheheh....gua pun malas mau pakai nama 'sara' ni.... nama ni banyak merosakkan sahabat gua.... gua 'rompak' nama ni agar sahabat gua akan tersenyum kembali... tapi, gua hanya berangan-angan sahaja. itu la mas...hodohnya sampaikan gua terlupa passwordnya.....kelam kabut mencari 'bomoh kotak hitam' nak gunakannya balik......
    memang hodoh,
    sangat hodoh,
    tapi.....
    entah la, ada yg mimpikan bidadari disebaliknya.......emmmmm........

    ReplyDelete
  4. Bro.... tak pula lu cerita dengan gua terserempak rusa, tanduk nya dua atau tiga cabangnya....??
    tak ada pulak rusa bertanduk satu!!??!!....
    syukur lu masih nampak 'rusa'itu.....
    Gua bimbang lu berpinar,
    melihatnya bertukar menjadi bidadari........
    heheheheh......
    Tiba-tiba gua nampak.....
    MAS bertukar menjadi..........??
    entah la.....
    gua silap pandang..
    atau..
    gua masih bermimpi........

    ReplyDelete
  5. SS, huh? bertukar jadi apa lak ni? adoih, don mek kompliketed la SS. hahahahahha

    ReplyDelete
  6. rindu lah sama kak pi(sapiah).. :-) last bejumpa masa wedding sepupuku..

    ReplyDelete
  7. Sarasandakan,
    Gua patutnya lepak tempat lain. Tapi cuaca menjadi panas. Lalu gua mengambil keputusan mencari air cond dalam bilik. Tapi mata gua keras, gua tak boleh tidur. Sebab itu gua turun ke bawah mencari angin dan nikotin. Tentang 'rusa' itu, gua tak citer lagi ke kat lu? Gua masih nampak rusa. Tapi gua bukan penunggu rusa, gua pemburu rusa... ahakkksss!!!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...