Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat.
Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SMK Sandakan sangat sunyi. Semua penghuni sudah kembali ke kampung halaman masing-masing.
Pagi. Gua baru pulang dari sarapan. Semasa menyusur kaki lima dewan makan asrama, gua lihat seorang pelajar lelaki. Dia duduk di kaki lima tersebut. Tiang di kaki lima itu menjadi tempat dia bersandar. Matanya dilempar ke arah bangunan sekolah yang kosong. Gua lihat pandangannya kosong, sama seperti bangunan sekolah itu.
Niat gua untuk terus ke bilik warden, gua simpan dulu. Gua menapak ke arahnya.
Sebaik dia menyedari gua ada di belakangnya, dia bangun. Cepat-cepat. Tangannya mengipas-ngipas habuk dan debu yang singgah di punggung celananya. Sehelai celana sekolah yang sudah lusuh. Gua lihat ada tampalan di bahagian punggung. Gua rasa, celana itulah satu-satunya yang dimilikinya.
“Eh, cigu,” dia kata. Ada sedikit terkejut pada wajahnya.
Gua senyum.
“Kamu sudah makan?” gua tanya.
“Suda” kata dia ringkas.
Gua tengok dewan makan asrama. Memang tiada apa-apa di situ. Tiada tanda-tanda makanan terhidang di situ. Tray plastik dan gelas plastik tersusun di atas sebuah meja. Tiada tanda-tanda digunakan.
“Kamu makan apa?” tanya gua.
“Megi bah cigu,” kata dia.
Gua senyum. Dia pun senyum.
“Mana kawan-kawan yang lain?” tanya gua.
“Balik kampung suda semuanya,” kata dia.
“Kamu, tak balik?” tanya gua.
Gua merenung matanya. Gua dapat membaca riak-riak kecil tetapi bergelombang dalam jiwanya.
“Aku punya kampung jauh bah cigu,” kata dia.
“Kampung kawan-kawan kamu pun jauh juga. Boleh juga mereka pulang ke sana,” kata gua. Gua mengambil satu tiang dan bersandar di situ.
“Baliau durang mengasi duit sama mereka. Bulih la durang balik kampung,” kata dia. Suaranya antara dengar dengan tidak. Seperti sedang menelan sesuatu yang amat pahit dan tersangkut pada rongga tekaknya.
“Baliau kamu nda kasi duit sama kamu ka untuk balik kampung?” gua tanya.
Dia menjawab dengan gelengan kepala.
Matanya…sangat sayu dan kosong.
“Baliauku susa bah cigu. Baliau lalaki kerja estet. Baliau parampuan nda karja. Jaga adik saja dirumah. Duit yang dikasi baliauku ini pun aku simpan untuk perbelanjaan sikul. Kalau aku pulang ke kampung, kasian aku sama baliauku. Nanti dia kena berhutang lagi untuk mengasi duit tambang untuk aku balik sini,” dia kata.
Gua mula faham.
“Di mana kampungmu?” gua tanya.
“Tomanggong” jawab dia.
“Kalau mau pigi sana bulih ikut jalan laut. Ada juga yang naik kapal terbang,” dia kata lagi. Kali ini dia sudah petah bercerita. Gua hanya menadah telinga.
“Panjang bah cuti ini. Seminggu. Kamu satu orang saja di sini,” kata gua.
“Nda apa bah cigu. Aku pun suda biasa begini,” dia kata. Matanya kosong.
Gua diam. Dia pun diam.
“Kamu mahu balik Tomanggong?” tanya gua.
“Mau la bah. Tapi nda apalah. Aku sabar-sabar sajalah,” kata dia. Matanya masih kosong.
Gua mengambil dompet duit dari jeans levis lusuh yang terkoyak di bahagian lutut, jeans yang gua sedang pakai. Gua mengambil beberapa helai kertas yang ada nilai. Ada beberapa helai sebenarnya di situ. Gua mengambil helaian-helaian itu, dan gua tinggalkan satu helai untuk gua sendiri.
“Nah, ambil ini. Kamu pegi beli tikit. Besok kamu balik kampung,” kata gua.
Dia memandang gua. Dia statik. Dia tak berkata apa-apa.
“Ambil la bah,” kata gua.
“Tentu baliau kamu akan gembira kalau kamu balik kampung. Adik-adik kamu juga,” kata gua.
“Banyak bah ini cigu. Tambang kapal nda sampai begini banyak,” kata dia.
“Tak per. Belikan apa-apa untuk baliau kamu. Untuk adik-adik kamu juga. Selebihnya kamu simpan. Buat belanja sekolah,” kata gua.
“Terima kasih bah cigu,” dia kata. Kata ‘terima kasih’ yang diucapkannya itu sangat lain kedengarannya kat telinga gua. Bukan seperti ‘terima kasih’ yang dilaungkan beramai-ramai setiap kali gua hendak keluar dari kelas.
“Nanti sampaikan salam saya kat baliau kamu. Belajar bagus-bagus. Kasian bah baliau kamu tu mencari duit untuk kasi kamu sekolah,” kata gua.
Pause
Besoknya, gua sudah tidak nampak kelibatnya. Asrama SMK Sandakan memang sudah kosong. Tiada lagi penghuninya yang tertinggal.
Semua sudah kembali ke kampung halaman.
‘Dia’ yang pernah gua denda dan marah dalam kelas kerana tak menyiapkan kerja rumah juga telah balik ke Tomanggong.
Gua marahkan dia dalam kelas, tapi gua juga yang ‘menghantarnya’ pulang ke kampung halaman, untuk berjumpa dengan baliaunya. Untuk bermain dengan adik-adiknya. Untuk hidup dengan alamnya.
Betul, gua tak mahu dia tewas. Gua tak mahu semua yang gua didik tewas.
End
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Asrama SMK Sandakan di hatiku...
ReplyDeleteTeringat 2 watak warden ensem, pastinya cigu fazman (slalu main ping pong ngan dia & cigu ahmad masrizal (pemotivasi lepas kuliah maghrib)
Terkenang rakan2 seangkatan... caril, cawal, lahamad, selamat, jul ahmad & byk lagilah... hehe
Asrama SMK sandakan adalah suatu menifestasi kecil rusuh dan resah Tanah Di Bawah Bayu. :)
ReplyDeletesedihnya cerita ni...
ReplyDeleteberuntung dia dapat cikgu spt CM ni.
asrama smk mengajar gua, kenal agama. yang gua kenal selama ini adalah budaya, bukan agama...
ReplyDeleteSurinit, bukan beruntung sebenarnya. Kebetulan gua ada di situ. Tuhan yang mahukan begitu. :)
ReplyDeleteGopenghagen, yer tuan loyer. Kenal agama dan dalam masa yg sama juga asrama itu menjadi markas para pelapis pemimpin dan pembela agama.
terbaca catatan ini, hatiku menjadi sebak, tak sedar air mata menitis. asrama smk sandakan menyimpan seribu cerita suka dan duka, cerita gembira dan luka...teringat seorang warden asrama...pagi itu, dia memanggilku di depan semua pelajar L6Art 1993, aku pun datang tanpa mengetahui maksud panggilan, semua mata tertumpu padaku..mungkin dalam hati mereka mesti cikgu nak marah ni. sampai di depan dengan suara tegasnya, dia berkata "....hah. awak..bila nak bayar duit asrama yang RM10 tu"...dengan hati yang hancur dan maruah yang tercalar, aku tunduk menjawab.."nantilah cikgu, saya minta sama nenek saya" sambil meminta izin kembali ke tempat duduk, air mata menitis membasahi pipi...petang itu, secara curi-curi, saya keluar asrama, pegi ke pasar tempat nenek berniaga dan meminta duit bayaran yuran asrama. Aku lihat tempat duit pendapat nenek hari itu baru ada RM5.00 sahaja..masa itu nilai seringgit terlalu besar untuk sebuah keluarga besar seperti saya...dan nenek terpaksa berhutang terlebih dulu dengan orang untuk RM10.00...sekali lagi air mataku tumpah di sini..
ReplyDeleteCikgu, itulah antara sebab mengapa saya mengatakan bahawa cikgu ialah idola saya...kerana cikgu tidak seperti yang lain..
-bukan ati abdullah-
Anony, (Sebenarnya saya kenal kamu) :),
ReplyDeleteYa, kamu pernah bercerita ttg itu kat saya. Sebab itu, bila kita diberikan satu amanah dan tanggungjawab, jangan melihatnya sebagai tiket untuk hidup bergaya. Tuhan sebenarnya yang memberikan amanah itu, laksanakan sebaik mungkin.