Gua menjadi orang terakhir keluar dari balai ketibaan. Gua melangkah keluar semasa gadis imigresen menekan butang off pada komputernya.
Gua berjalan keluar. Gua tak tahu siapa yang ada di luar sana. Gua tak pasti sama ada yang kata nak tunggu gua akan ada di situ untuk berdiri di atas janji dia.
Gua keluar. Gua nampak ramai orang. Tapi gua tak nampak orang-orang yang kenal gua. Yang berjanji pun tiada.
“Tak apalah,” gua kata dalam hati.
“Ini Sandakan. Gua takkan tersesat di tanah ini,” kata hati gua lagi.
Gua ke bangku plastik. Bangku cokelat gelap itu diam sahaja. Gua mengeluarkan kotak yang sudah menjadi teman gua semula. Dulu gua pernah meninggalkanya. Dan kotak ini tidak pernah berkata apa-apa kat gua bila gua menghumbankannya ke dalam longkang. Kemudian bila gua menjadi peresah, gua kembali mencarinya. Dan dia tetap berada di situ. Sangat setia dan tak berganjak ke mana-mana.
Semasa gua sedang membakar, gua nampak Yunus. Yunus, masa sekolah dulu antara yang selalu berdebat dengan gua. Gua suka dengan cara dia masa tu. Yunus suka berdebat dengan gua. Dan gua pun suka berdebat dengan dia.
“Bro, lu jaga beg gua,” kata gua sambil mencampak beg hitam gua ke atas kerusi plastik.
“Mau pergi mana?” dia tanya.
“Panggilan alam,” kata gua.
Selesai, gua menghampiri Yunus.
“Suda aku buking hotel untuk cigu,” kata Yunus.
“Hah?” kata gua.
“Saya suda kasi bayar semuanya,” kata Yunus lagi.
Gua senyum. Masa Yunus mengajak gua ke keretanya, gua kata “rileks dulu bro, gua nak menyedut sigup ini dengan udara Sandakan. Sudah lama gua tak buat begitu.”
Yunus duduk di kerusi plastik sebelah depan gua.
Mata gua melihat langit Sandakan yang sudah gelap. Dalam gelap macam tu, gua tak nampak apa-apa. Tapi gua dapat nampak lampu-lampu yang berada jauh di sana.
Sambil menyedut, gua sembang-sembang kosong dengan Yunus.
Gua hanya memberitahu Yunus sejurus gua keluar dari ofis. Gua tinggalkan mesej untuk dia. Semasa gua usai solat Jumaat, Yunus membalas mesej gua. Tapi gua tak sempat membalas mesej Yunus sebab gua harus segera ke KL Sentral. Cuma gua sempat membaca mesejnya. Dia akan tunggu gua kat air port nanti. Itu janji Yunus.
Masa gua ke KL Sentral, gua tak tahu siapa yang akan menanti gua. Yunus sudah berjanji. Dan ada lagi yang sudah berjanji. Gua, memang sangat percaya pada janji.
Tapi ada lagi yang berjanji. Lebih lama dari Yunus sebenarnya. Tapi yang ada hanyalah Yunus sahaja.
Semasa gua melangkah untuk ke kereta Yunus, gua ternampak Abdullah. Dia menyalami gua.
“Gua ikut Yunus balik hotel. Kamu follow ikut belakang,” kata gua.
Abdullah mengangguk.
Kemudian Jipran pula sampai.
“Bro, gua ikut Yunus balik hotel. Lepas tu kita ikut dia pegi makan. Tapi gua tak tahu kat mana lagi. Nanti lu follow jer,” kata gua. Jipran angguk sambil senyum.
Gua naik Harrier kepunyaan Yunus. Sepanjang perjalanan ke hotel, langit gelap.
Sampai kat hotel, gua, Yunus, Abdullah dan Jipran lepak-lepak sekejap kat dalam bilik.
“Jom kita makan,” kata Yunus.
“Cikgu mau makan kat mana?” tanya Yunus.
“Woii…gua ni ibarat pendatang. Ke mana-mana lu bawa gua, gua ikut jer,” kata gua.
“Ok, kita pegi Ocean King, Pasir Putih,” kata Yunus.
Abdullah dengan Jipran mengangguk.
Untuk ke sana, gua naik kereta Jipran pula. Abdullah dan Yunus dengan kereta masing-masing.
Sambil makan, kami berbla! bla! bla! pelbagai perkara dan topik.
Gua tengok sekitar Ocean King. Gua tengok kerusi-kerusi plastik dan meja bulatnya. Mungkin sudah ramai juga pelajar gua yang lain pernah makan di sini.
“Jom, kita cari teh tarik,” kata Yunus setelah hampir dua jam menghabiskan masa sambil mengotorkan lantai dengan asbak sigup.
Kali ini gua ikut Abdullah pula.
“Lu bawa gua ikut jalan bandar. Limpas Sim Sim. Gua nak tengok Sandakan gua,” gua kata.
“Boleh,” balas Abdullah.
Pasir Putih – Bandar Sandakan – Sim Sim; masih tetap begitu. Bangunannya masih sama. Cuma lantai jalannya tiada lagi aspal. Semua bersimen.
Limpas BDC, gua tengok kosong. Tiada apa-apa. Gua tertanya-tanya kemana para baliau yang pernah mengusung gua sewaktu gua dilanggar kereta dahulu? Ke mana perginya pakcik Jumarang yang pernah menitiskan air matanya sewaktu gua berkunjung ke rumahnya di jambatan yang paling hujung. Gua tak tahu ke mana mereka semua membawa diri. Apakah mereka diberi pilihan untuk hidup di tempat yang lebih selesa, atau di terus dikejar seperti anjing kurap di bumi sendiri.
Gua melihat BDC yang kosong. Hati gua kosong bila melihat kekosongan.
Sandakan, malam itu langitnya gelap. Walau ada lampu-lampu, langitnya tetap gelap.
Kosong.
Tiada apa-apa.
Dan gua, tetap mampu menikmati teh tarik sambil menyambung lagi puntung-puntung sigup sampai ke awal pagi. Kosong itu tiada apa-apa bagi gua.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
checked!
ReplyDeleteBro...gua mimpi lagi malam tadi...
ReplyDeletegua jumpa bidadari...mungkin...gua hanya terserempak dalam mimpi.. gua tegur dia...gua ingat lu...gua ingat...lu sedang cari bidadari...
Gua tak lepaskan peluang....
Gua berbicara sama bidadari itu....
"Kawan gua sedang cari lu.....
kawan gua merantau dari ufuk Timur ke barat mencari lu.....
sudah bertahun kawan gua mimpikan lu....
setiap masa dan saat kawan gua memburu lu.....
kawan gua hampir angau kerana mimpikan lu....
lu pegi la padanya.....
kawan gua sudah jiwang dengan lu..."
bidadari itu tersenyum.....yang amat manis, dia menghampiri gua, dengan perlahan dan lembut, dia membibirkan kata-kata..........
"Aku berhak membuat pilihan"......!!??
Dude,
ReplyDeleteGua pun telah membuat pilihan. Lu dengan gua selalu berjalan bersama-sama. Lu dengan gua pun selalu minum teh yang sama. Tapi lu tak tahu lagi apa yang telah gua pilih, walaupun gua berkali-kali memberitahu lu apa pilihan gua.
Gua pun sudah membuat pilihan.
...saya seakan melihat kekosongan itu...
ReplyDeletetentu sudah banyak yg berubah d sandakan. rindu pula utk ke sana...
Surinit,
ReplyDeleteSaya melihat Sandakan sekarang bagaikan tempelan topeng-topeng yang dibuat atas nama pembangunan. Memang kita memerlukan pembangunan, saya tak menafikan itu. Tapi bila saya melihat banyak yang "kosong", saya berkata dalam diri saya, "Ah, kosongnya...".
semua orang pun berhak untuk memilih.dan ss my bro...kita patut respek pilihan yang sudah di buat.lain kali kalau ss mimpi lagi..ss tanya lah kenapa bidadari tu tak pula pilih ss????
ReplyDeletetu baru bunga2, belum yang real lagi.
ReplyDeleteConnecting City Seri Kembangan
ReplyDeleteState Negeri Sembilan
Country Malaysia
Longitude 101.7167
Latitude 3.0333
Browser Mozilla Firefox 3.5.7
Operating System Windows XP
Screen Resolution 1280x800
VISITOR's LOCALITY
Connecting City Seri Kembangan
State Negeri Sembilan
Country Malaysia
Longitude 101.7167
Latitude 3.0333
Browser Mozilla Firefox 3.5.7
Operating System Windows XP
Screen Resolution 1280x800
VISITOR'S INTERNET PRESENCE
Internet Service Provider Telekom Malaysia Berhad
IP Address 60.51.92.251
takutnyee.. hahaha.. kasih terus yg real bah cigu.. hahaha... jgn lupa cigu, kita sama2 menjejak itu hanjeng punya kapra..!! hahaha~
ReplyDelete".lain kali kalau ss mimpi lagi..ss tanya lah kenapa bidadari tu tak pula pilih ss????"- ichigo. hikhikhik.. walaupun aku nda tau apa yg pernah berlaku.. tiba2 plak aku rasa bidadari@sara@apa2sajalah.. pernah mencampakkn cinta ss dlm longkang.. kakakaka!!! cigu, bunga2 buat apa?? kasih tunjuk yg lebih dr bunga2 bah.. takutttnyeeeeee.. hikhikhik.. jgn lupa cigu, kita sama2 mau cari itu hanjeng punya kapraa!!
ReplyDeleteSabar bro..sabar... akan sampai masa juga tu nanti.. :)
ReplyDeleteBDC adalah ibu sandakan
ReplyDeletedi situ lahirnya anak-anak sandakan
bila ibu itu mati,
lebih tepat lagi dibunuh
anak-anaknya entah ke mana
mungkin mencari ibu lain
yang lebih cantik, anggun dan wangi
namun, walau ibu yang dulu itu hodoh, jijik dan hanyir
ia masih ibuku yang pertama
dan selamanya
Gopenghagen,
ReplyDeleteHanya yang menyedut segala hanyirharum yang ada sekeliling sahaja yang dapat merasakannya.