Wednesday, 31 December 2025

SELAMAT KEMBALI KEPADA SELAMAT DATANG

 




tiada apa-apa yang harus aku kesali untuk hari-hari 2025
kerana aku mengenggam akan rasa yakin "tuhan tidak kejam"
yang datang dan berlalu, aku biarkan tanpa ratap
pergi dan kembali lagi, aku sambut tanpa kesal


seperti titis embun dari langit
yang hanya muncul pada kelam malam
tapi bersembunyi tatkala matahari memberi salam
maka aku ingin menjadi seperti embun
yang setia akan kelam malamnya
juga
seperti matahari yang tidak pernah lupa akan harinya


untuk semua itu
untuk tiga ratus enam puluh lima kali matahari berselisih tanpa jemu
sekali lagi aku ucapkan
selamat kembali kepada selamat datang.


No comments:

Post a Comment

SELAMAT KEMBALI KEPADA SELAMAT DATANG

  tiada apa-apa yang harus aku kesali untuk hari-hari 2025 kerana aku mengenggam akan rasa yakin "tuhan tidak kejam" yang datang d...