Friday, 19 February 2010

Sebuah Planet yang hilang


“Bro, lu ambik pass ni. Minggu depan Butterfinger akan perfom kat planet,” kata Kadak kat gua.
Gua ambil pass itu. Gua terus ambil dan masukkan ke dalam saku gua. Gua tak pun mengucapkan “terimakasih” kat Kadak, drummer Butterfinger.

Kemudian, gua berada dalam Planet Hollywood. Gua layan Butterfinger dengan genre grunge yang diorang bikin. Muzik Butterfinger bagi gua lain dari band lain. Vokal Emmet pun kira boleh tahan juga. Dan sekali sekala Lord akan menjadi back up vokal.

Kemudian, kalau gua nak layan band-band yang gua suka, gua akan lepak kat sana. Kalau malam-malam hari biasa, gua akan layan NRG.

Kemudian malam-malam Isnin yang seterusnya gua layan Ramli Sarip, Wings, Hattan, Search, dan May. Kali terakhir gua lepak kat Planet Hollywood rasanya dua tahun lepas. Masa tu Cromok perform. Hilary baru join Cromok. Edry Hashim pula sebagai sessionist. Miji dan Sam macam biasa, dengan posisi masing-masing. Dan muka mereka bukan lagi seperti sekumpulan geng pecah rumah. Semua dah bermuka ketua persatuan belia. Tapi muzik mereka tetap mengaum macam dulu juga. Dan Kurt Hammert pernah pakai t shirt Cromok semasa Metalica buat show.

Lepas tu, gua dah lama tak lepak sana. Rupa-rupanya, Planet Hollywood sudah menjadi sebahagian sejarah di Bukit Bintang. Planet Hollywood sudah ditutup. Dan Cromok merupakan band terakhir yang gua sempat layan di planet itu.


Dulu, dengan cover charge 32 ringgit, gua akan lepak-lepak sana sambil melayan muzik dan tengok-tengok manusia.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...