Perempuan itu memang gua sayang. Sangat gua sayang. Gua banyak habiskan masa bersama dengan dia. Selalu juga gua mencium pipi dan dahinya. Ke mana gua pergi, ke situ juga dia pergi.
Memang gua sayang dia. Gua sangat sayang perempuan itu.
Gua dengan dia berkongsi rasa yang sama. Kalau gua menulis, dia juga akan menulis. Kalau gua membaca, dia juga akan membaca.
Ke mana dia pergi, gua akan pergi.
Tapi sekarang dia sudah pergi, tapi gua tak boleh pergi ke tempat dia pergi.
Perempuan itu pergi tanpa sempat gua mencium dahinya, atau mengusap pipinya. Gua tak sempat pun mengucapkan selamat tinggal untuk dia. Dia pergi terlalu awal dan cepat. Gua tak sempat menangkap tanda ucap selamat tinggal daripadanya. Dia pergi dan tinggalkan gua begitu sahaja.
Yang terdaya gua buat hanyalah mengusap pasir di pusaranya. Yang mampu gua buat hanyalah memperelok pusaranya. Gua tanam pohon kemboja untuk meredupkan pusaranya. Gua tau, di dalam pusara itu ada jasad perempuan itu, perempuan yang gua sangat sayang. Perempuan yang gua sayang itu pergi dengan bayi yang sedang dikandungnya.
Adik perempuan gua, dia pergi sangat cepat dan tiba-tiba, tanpa gua bersedia apa-apa.
Adik perempuan gua, dia telah pergi, tapi gua tak boleh pergi ke tempat dia pergi.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Al-Fatihah....
ReplyDeleteTakziah...
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan insan beriman.. Amin..
Al - fatihah
bro, gua bru tau.
ReplyDeleteAl-fatihah
Adik gua dah lama pergi, bertahun2 yang lepas. Tapi gua masih terasa kehilangan adik gua tu sampai sekarang.
ReplyDeleteTakziah...Al-Fatihah.
ReplyDeletesemoga rohnya di cucuri rahmat... al-fatihah.
ReplyDelete