Sambil berbaring di sebuah pondok berdinding pelupuh, beratap rumbia. Dia membilang-bilang bintang di langit. Semalam, tujuh bintang sudah dikiranya. Tujuh bintang itu dingat akan letaknya di ruang langit yang mana satu.
Dinihari ini, sewaktu dia bangkit dari perbaringan, dia mengintai di sebalik pelupuh. Warna-warna perak mengasak masuk melalui pelupuh yang bocor di sini sana. Bagaikan seorang soldadu di zaman Yunani, dia mengendap dan merangkak.
Sebiji bintang gugur di perhumaannya. Bintang itu bukanlah anak-anak raja yang turun di huma Wan Empuk dan Wan Malini yang mendaunkan perak, membatangkan suasa, dan membuahkan emas.
Dari jauh, bunyi pekikan rentaka yang dilepaskan dari laut lepas menuju ke tanah darat. Dan dia berlari sehingga lelah, dan nafas yang hampir tamat.
Tujuh bintang itu ada di langit. Setelah gugur sebutir, enam bintang yang masih ada.
“Datanglah…datang ke dalam mimpi aku…” bisik suara itu.
“Hei…”
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment