“Bila kamu mahu bayar duit asrama ni?” tanya cikgu itu kepada dia. Suara cikgu itu keras, tiada segaris senyum pun. Ada cikgu-cikgu lain yang menumpang lihat. Yang lain menumpang dengar.
“Nantilah cikgu, saya belum ada duit lagi,” kata dia. Sayu pada suaranya.
“Kamu kena bayar cepat. Atau kamu tiada lagi tempat di asrama,” kata cikgu itu, tetap dengan suara yang tebal.
Dia. Melangkah keluar dari bilik guru. Hatinya sebak. Kerana sepuluh ringgit, dia dihambat oleh rasa yang sangat resah.
Petang itu, dia diam-diam keluar dari asrama. Destinasinya ialah bandar Sandakan, ke tempat neneknya menjaring rezeki.
“Nek, saya perlukan duit,” kata dia. Suaranya pahit keluar dari kerongkongnya. Dia tahu, nilai sepuluh ringgit amat besar bagi seorang nenek tua yang berjualan secara kecil-kecilan.
Neneknya memandang dia dengan mata yang sayu. Mata tua neneknya telah memberikan jawapan. Dan dia sudah tahu apa jawapannya.
Sebuah bekas tempat menyimpan hasil menjaring rezeki dibuka tutupnya. Yang ada beberapa helain wang kertas yang tidak seberapa.
“Nenek ada lima ringgit sahaja. Hasil jualan hari ini,” kata neneknya. Sayu lagi. Sangat sayu.
Dia memandang neneknya. Terjatuh air mata dari kelopaknya.
“Kamu jangan risau. Nanti nenek pinjam dari orang lain,” neneknya memberikan dia bunga harapan.
Pause
“Nah, ini duitnya. nenek pinjam dari kawan nenek,” kata neneknya. Dia mengambilnya dengan rasa yang gundah. Kerana sepuluh ringgit, neneknya terpaksa berhutang. Tapi dia tahu, dia tidak mempunyai banyak pilihan. Sepuluh ringgit itu harus diambilnya walaupun dia tahu itu adalah harga maruah seorang nenek tua yang terpaksa berhutang. Dia juga harus mengambil sepuluh ringgit itu supaya dia tidak lagi diherdik seperti seorang yang tidak punya apa-apa yang dipanggil maruah dan harga diri.
****
Betapa.
Betapa kerana sepuluh ringgit, rasa hormat seorang guru kepada seorang pelajar remaja seperti tiada nilai.
Betapa.
Betapa ‘bangga’ seorang guru kerana berjaya menjadikan pelajar itu takut akan dirinya. Mungkin guru itu tidak sedar yang rasa takut seorang pelajar kepada gurunya tidak seharusnya ada. Rasa takut itu seharusnya diganti dengan rasa hormat.
Dan gua,
Gua melihat betapa bernilainya sepuluh ringgit bagi manusia yang tak punya apa-apa. Hidup sekadar mengais rezeki Tuhan yang tidak seberapa. Tapi masih mampu menyekolahkan cucunya dengan kudrat tua.
Dan gua cuba meraup titis air matanya untuk dirasa pada hati.
Jolyena, air mata kamu yang terjatuh waktu itu sebenarnya lebih bernilai dari manik-manik intan...
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Waduh Ja...ayat-ayat kamu telah membuatkan aku mau terus pergi sandakan..mengutip kembali kenangan
ReplyDeleteMDI,
ReplyDeleteBanyak sangat cerita-cerita manusia di Sandakan. Kalau nak dilupuskan begitu sahaja, memang amat payah.
Ironinya kehidupan... di suatu keadaan lain ada orang boleh habiskan berpuluh ribu dalam beberapa jam untuk berjudi atau membuat maksiat... Di suatu sudut yang lain ada insan yang kepayahan mendapatkan cuma sepuluh ringgit demi sebuah survival kehidupan...
ReplyDeleteSaiful,
ReplyDeletesepuluh ringgit bagi orang yang tak punya apa-apa memang sangat tinggi nilainya. Dan seperti yang lu katakan, ada makhluk Tuhan yang rakus membelanjakan wang di tempat2 perjudian. Bagi mereka ini, wang adalah segala-galanya dan wang juga penentu kebahagiaan untuk menentukan ke arah mana yang harus dituju.
Betapa, kertas yang bernama ringgit ini amat berkuasa bagi orang-orang yang mengejar fatamorgana!
Terkenang zaman gua tinggal di asrama smk sandakan 80an dulu..Gua 1983-1987...waktu itu 50sen pun sudah rasa bersyukur kalau ada..Beli mi 30 sen dengan air oren 10 sen di kedai batu..10 sen lagi plak boleh layan 2 batang rokok champion..hahaha..
ReplyDeleteMasa berubah, quarters JKR, kedai papan sudah jadi Bandar... Masa berubah pantas, dan gua tetap hidup di Sandakan...Menyaksikan perubahan demi perubahan sebuah fatamorgana kehidupan...
Asrama dan Sekolah SMK sandakan bnyk melahirkan manusia2 yang jadi insan baik wlu pernah susah dan melalui zaman2 Jahilliyah :)