Kalau kau datang dengan teka silang kata, maka aku kata, simpan sahaja teka silang katamu itu. Aku memang tak mampu mencari sebarang kosa kata bagi mengisi kotak-kotak kosong teka silang katamu. Kalau itu tujuanmu, membingungkan aku pada fakta dan khayalan, maka engkau sudah berjaya. Maka kata aku, “berhentilah” sebab aku terlalu penat meneka setiap kotak kosong teka silang katamu.
Aku, perlu berhenti melepas lelah atau terusan menyelongkar setiap abjad dan aksara. Aku harus hidup dan bernafas untuk mati seketika. Dan sekiranya setiap kotak-kotak teka silang katamu itu itu telah menjadi kain putih membungkus sukma aku yang bisu, maka aku telah mati sebenarnya.
Biarkan horizon itu meneteskan darahnya. Horizon memang tetap akan berada di situ. Darah juga tetap akan menetes. Maka jangan kau terkejut, alir yang menghilir ke muara sebenarnya adalah himpunan sampah dan bangkai yang datang dari kawasan perbukitan dan pergunungan yang kemudiannya meresap masuk bersama darah yang menetes itu.
Dan jangan lagi kau pedulikan aku di sini sebab aku sedang mati.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment