“Cikgu di mana?” tanya Junainah, via sms.
“Tersesat suda bah aku ni, dah sampai Singapore,” via sms, gua kata.
“Hah?”
“Singapore Road bah,” kata gua.
“Ok, cikgu tunggu situ, nanti saya ambil,” kata Junainah, via sms.
Gua kemudian menekan butang o dan k, dan hantar kat Junainah.
Junainah sekarang menjadi cikgu. Menabur bakti di SMK Libaran. Dulu masa sekolah, dia ni boleh dikatakan akan menjadi bank bergerak kepada geng-geng dia yang lain. Selalunya kalau mereka lepak kat mana-mana, Junainahlah yang akan menjadi penghulu. Sekarang ini, dia sedang berada di satu landasan hidup yang agak mencabar. Tidak semua orang bertuah sepertinya, dipilih Tuhan untuk merasai ujian itu.
Sambil menunggu Junainah, gua duduk-duduk di atas tembok batu. Di belakang gua ada padang MPS. Kalau dulu, sekiranya ada pesta-pestaan, di padang inilah tempatnya. Di hadapan gua, tiga blok bangunan. Agak usang tapi tak terlalu uzur. Ada beberapa buah kedai makan. Ada juga dua buah hotel bajet di situ. Gua perhatikan, tempat itu tidak berubah, sama seperti semasa gua tinggalkannya bertahun-tahun yang lalu. Kalau dulu, di bahagian hujung blok-blok kedai ini ada perempuan-perempuan jadian mencari rezeki dengan caranya. (Kali pertama gua limpas situ berbelas-belas tahun yang lalu, gua terkejut bila melihat seorang perempuan seksi berskirt pendek, kencing berdiri!)
Gua menunggu-nunggu Junainah.
“Bang, teksi ke?” tanya seorang lelaki. Usianya dalam lingkungan 30-an gua rasa.
Gua mengeleng kepala. Gua sangkakan dia bertanyakan gua inginkan perkhidmatan teksi, tapi rupanya dia ingatkan gua ini pemandi teksi yang sedang menunggu pelanggan. Cehhh…baru gua tau, rupanya gua ni boleh juga kelihatan seperti pemandu teksi. Caranya senang saja. Lu duduk-duduk dengan santai dekat dengan teksi dan lu akan dianggap sebagai pemandu teksi!
Dia mengeluarkan sebatang suria. Dia menyalakannya. Disedutnya dalam-dalam suria itu.
“Mana mau cari cewek kat sini?” dia tanya kat gua, tiba-tiba.
“Sori saya tak tau, saya bukan orang sini,” kata gua.
“Nda apa,” dia kata sambil berlalu dan meninggalkan sisa asap suria di atas kepala gua.
Mula-mula dia ingatkan gua si pembawa teksi, kemudian dia sangkakan gua orang situ yang tau di mana mahu mencari ‘cewek’. Dalam hati gua kata, “Hampehhh…!!!”
“Di mana cigu ni?” Jerit Junainah via henfon gua.
“Di Singapore Road la. Depan Sepilok Inn” kata gua.
“Saya di sini sudah, depan Sepilok Inn, nda nampak pun cigu,” kata Junainah.
Memang Junainah tak nampak gua. Gua bukan berdiri betul-betul di depan Sepilok Inn. Gua ada di seberang jalan. Gua sebenarnya sudah nampak, Junainah dan Yati dalam Spektra perak. Tapi gua sengaja. Lama sudah tidak menyakat mereka.
Gua melambai, Junainah dengan Yati melambai. Cermin kereta yang menjadi pemisah kami ketika itu.
Petang itu, matahari semakin merangkak ke bawah. Gua, Junainah, dan Yati menuju ke Sim Sim.
Sekejap lagi, langit Sandakan akan gelap semula…
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
hahahahaha...memang layak kau pemandu teksi.....cuma tadak uniform jah.... bab 'bapa ayam' tu....emmmmmmmmm........layak jugak kot.......sebab kau duuduk situ mcm cari pelanggan sambil bersigut...... heheheheh......
ReplyDeletenak kena filter SS ni cikgu. hahaha
ReplyDeleteSarasandakan,
ReplyDeleteHahahaha....lu tengok gua ada tokoh jadi bapak ayam ke? Amacam, kalau lu yang bekalkan ayam2 tu kat gua....hahahaha.
Mas,
SS ni gua tak leh filter. Dia dengan gua ni sebenarnya dari satu gelanggang, sama tok guru. So, tak boleh bertembung dan bertempur. Nanti rosak binasa seluruh cakerawala...ahaakkksss!!!
tak rock la asyik kena filter..... kan kita boleh cari juga sapa yg tulis tu sampai lubang cacaing..... relax la...kata teknologi dalam tangan korang berdua.... hampeh betoi.....sikit2 filter.....
ReplyDeleteBiasa la orang salah sangka.....kebetulan mungkin mat indon tu tak tau bro, pakaian lu ala rockers.....tapi tgk muka lu macam jiwang....so dia ingat lu tu ada iras-iras bapa ayam la tu.... atau mungkin dia pernah jumpa bapa ayam yg iras2 muka dan pakaian mcm lu......biasa la tu.... cuma............. mungkin lu kena tukar identiti kot.......heheheh....
ReplyDeletebro.... lu tukar nama juga..bapayam, ra singkatan la.. bajiwang, bametal, barusa...hehehehe..
ReplyDeleteSS, buat la blog. saya tgk SS pun ada bakat menulis. nanti saya, CM , ng haris pakat2 bubuh komen kat sana. hahaha
ReplyDeletetak sanggup dikutuk.....tak sanggup difitnah.....tak sanggup kenangan lama berdarah kembali.....Gua tak sanggup........lu tgk CM...seronok kita kutuk.....kena fitnah..... gua buta IT....baru pandai upload foto....hheheheheh....
ReplyDeleteCM sanggup kembali ke sandakan....tgk dia menjejaki kenangan lalu sepenuh hati...yg korang tak tau.........
ReplyDeletejiwanya duka....
jiwanya nestapa...
hatinya sedih dan bimbang...
lukanya tertoreh kembali....
senyuman terpaksa....
ketawanya sinis berselindung duka...
hatinya bergelora.....
harapannya menggunung........
kakinya menapak setiap inci bumi sandakan, matanya memandang setiap ruang, akalnya dipenuhi seribu kenangan pahit dan manis.....jauh di sudut hatinya.....dia MENYESAl menapak jauh ke destinasi lain....
akhirnya.....titisan gugur di sebalik kaca, kaca, kaca nya.....
heheheheh.........
raut wajah rockers, pakaian rockers, kaca mata rockers, rambut panjang, baju terbuka butang atas, senyuman rockers, gaya berjalan rockers, gaya merokok rockers...........mcm2 la.......
ReplyDeleteAkhirnya....di sangka SUPIR SANDAKAN !!!!! dah bukan supir, di sangka pula BAPA AYAM!!!!!!!
heheheheheh.......
Dunia tak adil Bro....
ReplyDeletehari tu lu patut tampar muka orang tu...buat malu DUNIA ROCKERS!!!! hina betul sangkaan dia tu..lu tak tanya dia ka???
Muka aku ada nampak mcm SUPIR ka???
Aku nampak macam BAPA AYAM ka????
kalau dia jwb tidak, lu kasi kung fu dia bro....
Kalu dia jawab YA.......... susah juga bro mau marah.... mungkin kot!!!!! heheheheh.....
Kalu pegi balai pun, ada nor omar di bukit sana, ada haris di ipoh mali...apa guna bro...lu patut ajar itu mat indon....berani cakap lu supir dan bapa ayam!!! tak pun panggil bro yunus kasi ajar dia...
ReplyDeletelu memang JIWANG bro...........
pukul dulu. kalau kena tangkap karang, baru panggil gua. gua pun dah lama2 was ni, metal ke rock sendu cm ni?
ReplyDeleteBro, bahasa itu jiwa bangsa. daripada tulisan dan komen yang diberikan oleh SS ni nampak sangat yang SS ni ntah dari bangsa plenet mana. nampak sangat yang SS ni berasal dari plenet yang belum mengecapi erti sebuah tamadun dan kemajuan.
ReplyDeleteDanish,
ReplyDeleteBiarlah. Gua amalkan konsep kebebasan di sini. Bagi gua, komen SS tu tak memakan sikit pun daging tubuh gua. Dan satu lagi Danish, nanti gua pegi sana, gua nak posing, dan lu amik gambar gua. Boleh?
alamak....ngam juga tu nama baru gopenghagen, ada nama baru lak.... ROCK SENDU...hehehehe.....
ReplyDeleteROCK JIWANG + ROCK SENDU = ROCK SEDAN......jadi ROCK SENDU SEDAN .... HAHAHAHA.........buat danish, nanti kita sentuh isu tamaddun di lain masa...hehehe.... kasihan MAT JIWANG SENDU SEDAN ... Tolong la bro tu....... kena panggil supir dgn bapak ayam pun masih mampu bersigut......hehehehe....
danish....baca tu... komen gua sikit pun tak memakan dagingnya tubuhnya..... tapi lu tahu.... sepatah kata 'sara' boleh menggegar hati dan jiwanya...... betul la kata pujangga di dunia bertamaddun, bahasa jiwa bangsa... " Cinta itu buta".....hehehe....tu baru watak saja2 cipta.......kalau la...
ReplyDeleteHari ni SARA wujud....
hari ni SARA ada.....
Hari ni SARA berdiri depan CM tu....
Bukan hanya batang tubuhnya mengiggil....
hatinya kecut......
jiwanya kecil.......
perasaannya halus......
matanya berkaca, kaca, kaca....
Bayangkan tubuh yang begitu besar, sasa, tampan.........TERKULAI.....
kerana.......
"BIDADARI TELAH MEMBUAT PILIHAN"
hehehehe..................
Danish....mau datang lagi dia pigi sandakan....... ada apa-apa ke ni??????????? tak kan takat posing ambil gambar kot?????????
ReplyDelete?????????
?????????
datang la.....pasti ada yang menunggu....
cuma........
jangan lepak lagi di singapore road tempat tu.....................
haris : dia kan geng ng Saari Amri juga. lu tatau ka?
ReplyDelete