Thursday, 4 February 2010

Maisarah

Dalam kelas 6 atas 2, dialah satu-satunya bukan Muslim. Kadang-kadang dia bertocang bila datang ke kelas. Selalu juga dia membiarkan rambutnya begitu sahaja, menari-nari perlahan apabila diusap angin kipas.

Gua, memang suka tengok wajah kepunyaan Jovita Gustin ini. Lembut dan sopan. Kalau dalam kelas, Jovita memang dalam kelompok yang sangat susah nak didengari suaranya. Selalunya kalau gua tanya, dia akan jawab dengan senyuman dan muka yang ditunduk-tunduk ke bawah.

“Manalah cikgu ingat saya. Saya dulu mana dalam golongan pelajar yang pandai. Cikgu hanya melayan pelajar yang pandai saja.” kata Jovita kat gua.
“Hahahaha…mana ada. Saya tak pernah mewujudkan kasta bagi pelajar-pelajar saya. Semua sama, “ kata gua.

Memanglah, gua, kalau pelajar perempuan yang sangat pendiam, gua akan berasa kekok. Kalau gua tanya soalan, kemudian dijawab dengan senyuman malu-malu, gua memang tak tau nak buat apa. Kadang-kadang gua sendiri akan berasa segan untuk bercakap-cakap dengan mereka, tidak seperti gua bercakap dengan pelajar-pelajar yang lain.

Dan Jovita, kamu pun berada dalam kelompok itu.

Dulu, namanya Jovita Gustin. Sekarang dia telah menjadi Maisarah Gustin Abdullah.

Memang takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menduga. Gua tak pernah menduga, Jovita akan menjadi Maisarah suatu hari nanti. Dulu, gua tak pernah tersilau riaknya untuk masuk ke dalam Addin ini kerana pada pandanga gua, dia sangat teguh dengan trinitinya. Tapi, itulah… kita hamba-Nya memang sangat daif untuk membaca aksara-aksara hidup, kerana aksara-aksara itu hanyalah kepunyaan Dia.

Maisarah Gustin Abdullah, saya ucapkan selamat datang dan saya tahu saya terlewat mengucapkannya.

2 comments:

  1. Bro,
    lu bilang, lu pemburu rusa. bagus la....sekurang-kurangnya pilih la rusa yang muda, cantik dan tanduknya masih kecil cabangnya. Kalau dah besar dan panjang cabang tanduk tu, rusa tu dah tua dan banyak pengalamannya.
    Cari la rusa yang berbintik berbunga badannya, tak cerewat memburunya.... Tahniah...lu bukan 'penunggu' lagi, dan juga bukan pemburu hanya SATU..!! kembali la ke Sandakan, tiap saat dan masa, banyak rusa-rusa yg menunggu, terutamanya YANG SATU....YANG TAK PERLU!!!!....
    Dan......Gua menulis untuk lu.... bukan untuk orang lain.....
    HEHEHEHE.........

    ReplyDelete
  2. balik-balik kena blok..boringnya.............................................................................................................................................................

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...