Wednesday, 30 December 2009

Polong

Kadang-kadang gua tak faham. Itik lain yang gua tembak, itik lain pula yang terasa pedihnya.

Kamu yang berada di sana, usah hidup dikejar bayang. Gua tak tembak lu, jadi lu diam-diam. Lu jangan berasa apa-apa. Sebab apa? Sebab gua tak tembak lu.

Gua tembak segala polong jembalang yang hanya muncul apabila si jampok mula menyahut…!

Lu fahamkan?

Tapak kaki gua tercangkuk duri

Dude, pehal ada darah kat kaki lu?
“Ada orang letakkan duri kat jalan yang biasa gua lalu tadi”
Lu tak nampak ke duri tu?
“Tak, sebab gua tak tahu warna duri.”
Habis tu macam mana lu tahu itu duri?
“Tajam, halus dan tidak terpandang oleh mata gua. Walau apa pun nama benda tu, gua tetap memanggilnya duri.”


Eh, kat dada lu ada darah la!

Gua angguk, dan berlalu pergi.

Semasa melangkah, gua melihat titisan darah gua. Mula mengering dan dihurungi agas.

Monday, 28 December 2009

Duhai setan-setan!

Maka bergelak ketawalah para setan dengan gigi-gigi tajam yang bersalut darah dari setiap inci dagingku yang dibenamkan dengan kuku-kuku serigala dan aku hanya melihat darahku menganaksungai menyusur muara yang sedia menganga menelan rasa kemanusiaan yang aku empangkan selama ini.

Aku akan bangkit sebagai seekor bota yang akan meranap segala yang ada disekeliling dan para setan itu!

Wednesday, 16 December 2009

Duduk Kinabatangan! Duduk!

“Dude!” tangan Mat Lan Kapak melambai-lambai kat gua.
“Pehal?” gua tanya.
“Ada artis nak kawin ngan politician la,” Mat Lan Kapan kata kat gua. Galak sungguh mata dia pandang gua. Gua dah mula cuak. Takkan la politician nak kawin ngan artis, keghairahan Mat Lan Kapak datang tiba-tiba.

“Saper artis tu?” gua tanya.
Mat Lan memusingkan monitor HP 7540nya kat gua.
“Oh, minah ni. Putih melepak minah ni,” gua kata bila gua tengok gambar seorang perempuan yang memakai baju dan skirt merah, kaki kanannya berjongkit sikit ke depan, tangan kanannya memegang pinggangnya yang ala-ala patah, manakala lehernya dikulaikan sikit ke sebelah kiri.

Gua baca tulisan kat bawah, gua cari kot-kot ada dikatakan siapa politician yang gatal nak kawin ngan artis.

Tapi, jawapan artis memang jawapan yang standard. No komen.
Gua tak kisah. jawapan tu jawapan artis yang tak sekolah. Jawapan artis yang tak tahu berhadapan dengan realiti.

Kemudian gua baca lagi.
Ada frasa ahli politik dari Sabah.

Tetiba gua teringat-ingatkan sidang parlimen yang selalu gua dengar via Internet.
Terdengar-dengar suara Pandikar Amin Mulia selaku Speaker berkata seperuh menjerit:
“Duduk Kinabatangan! Duduk Kinabatangan! Ini Dewan yang mulia, bukan pasar malam!”

Wednesday, 9 December 2009

Diam

Diam


tatkala kata-kata


menjadi dusta


aku memilih


untuk diam


dan aku di sini
berharap engkau yang berada di hujung kebunku
usahlah menghimpunkan
ranting-ranting kering
buat pembakar di perkebunanmu
sendiri.

Tuesday, 8 December 2009

Wahai budak-budak, jom kita pegi dengar ceramah agama..

"Apabila kita hendak menyampaikan dakwah, jangan sampai maruah kita sebagai pendakwah terjejas. Sebaiknya sampaikan dakwah dari luar. bawa mereka (pengunjung pusat hiburan) ke kawasan yang lapang dan adakan ceramah untuk beri kesedaran pada mereka."

Itu kata-kata seorang yang berada di tingkat paling atas yang menjaga Islam di sebuah negeri yang kaya di Semenanjung Malaysia.

Dude, cuba lu fikir dengan akal. Makhluk-makhluk yang mengunjungi pusat hiburan, yang berpakaian ala kadar, menggoyangkan kepala sampai ke awal pagi, lu tiba-tiba masuk ke sana dan lu pun kata :
Wahai saudara dan saudari sekalian, jom kita pergi ke padang sekolah sebelah. Saya nak buat ceramah agama.”

Lu agak-agak, ada ke makhluk-makhluk itu akan dengar cakap lu. Buat satu barisan, kemudian berderet beratur menuju ke padang sekolah. Kemudian mereka pun duduk sambil mendengar ceramah agama lu dengan penuh khusyuk.

Kalau lu nak bikin filim, bolehlah lu masukkan scene macam tu. Masalahnya, berdakwah bukan seperti membikin sebuah filim. Semudah, camera rolling, action!, dan kemudian cut!

Nak hambat budak-budak sekolah yang tinggal di asrama supaya pergi ke surau pun payah, apatah lagi nak panggil dengan ‘penuh berhikmah’ dan ‘sopan santun’ anak-anak muda yang sedang lalok di disko-disko.

Memang gua skeptikal tentang itu.

Umang-umang

We love our country, but does our cuntry love us?” dia tanya, dengan menggunakan bahasa orang putih. Kemudian dia sambung lagi “'The many restrictions, moral policing, unfairness, education policies and political instability are making many leave the country. Many of my friends and their families have moved to Australia, including my son.

Dude, dia kata dia cinta negara ini. Tapi bila dia bercakap, gua tak dengar satu patah pun bahasa kebangsaan negara ini! Ironis sekali untuk sang bebal berlidah penjajah ini. Kalau lu cinta akan negara ini, lu buktikanlah. Tapi bukti lu tercicir entah ke longkang kat mana-mana.

Mamat yang kononnya cinta akan negara ini juga bodoh dengan perjalanan sejarah negara ‘yang dicintainya’. Pek, kalau lu nak kawin ngan bini lu, lu jangan tengok warna bajunya. Lu juga kena tahu saiz under wear yang dipakai bini lu. Apa saiznya? Kalau payu dara bini lu bak Dolly Parton, lu belilah cup yang sesuai. Kalau Lu beli saiz Britney, gua rasa lu memang spesies yang seringkali nampak bini orang lagi bergetah dari bini lu sendiri.

Dan lu sebenarnya mempunyai sindrom yang sebegitu : nampak negara orang lain lebih baik dari negara yang lu ‘sayangi’ ini.

Lu belahlah!

Friday, 4 December 2009

Pembunuhan karakter

Kalau lu nak imaginasikan sesuatu, atau lu nak bunuh karakter seseorang, lu buatlah satu susunan cerita yang munasabah.

Misalnya:
Lu katakankah “ Perut dia buncit sebab banyak sangat makan rasuah, macam polis trafik”
Atau lu katakanlah, “Dia buat jambatan tu mahal, tapi runtuh sebab nak untung lebih”
Setidak-tidaknya lu kata, “Dia bawa lari duit 10 juta ringgit ke luar negara”
Atau lu boleh kata “Dia dah kena bayar 750 000 ringgit, dan lepas tu dapat lagi 5 juta ringgit sebab tukar-tukar akuan sumpah”
Barulah karakter gua benar-benar kena bunuh.

Tapi bila lu kata gua kaki perempuan sebab betis gua tak ada bulu, itu bukannya pembunuhan karakter, tapi lu buat lawak badut.

Thursday, 3 December 2009

Resah dan rusuh

Gua paling tak suka orang yang membawa aib orang ke sana sini. Lu bagilah apa-apa alasan sekalipun, gua memang tak boleh terima. Kalau gua kata ‘jangan’ maka janganlah yang gua maksudkan.

Apabila masih lagi berlaku, maka resah gua akan bertukar menjadi rusuh. Gua tak suka merusuh kerana akan ada gelora yang pasti menjadi sendu.

Gua kutip dan gua pungut

Dulu, kalau gua lepak-lepak kat bilik guru, di telinga gua akan selalu terdengar kata-kata seperti:

“Aku menyampah betul dengan si ….”
“Si … tak pernah nak buat kerja rumah. Lantak dialah.”
“Ponteng lagi si …. Kali ini aku nak cadangkan dia kena buang sekolah.”
“Dia nak belajar ke, tak nak belajar ke. aku tak peduli!”
“Si…tu memang jenis baka hantu raya. Jangan pedulilah kat dia tu”

Macam-macam lagi sebenarnya.

Kalau gua, gua tak tengok dengan mata kosong.
Gua kata, “Aku nak budak tu, bagi kat aku”.
Lalu gua pun selalu menjadi pengutip dan pemungut.

Tak semua sanggup memungut dan mengutip mereka kerana memungut dan mengutip mereka ini ada seninya. Dan seni itu amat payah dikuasai oleh manusia idealis yang ego.

Wednesday, 2 December 2009

Mengejar Dewasa

engkauharusakulepaskanuntukmengejardewasadanakuakantetapdisiniwalaukeawanmanapunkaupergidanhinggapakuakantetapdisinikeranamatahariakudanmatahariengkauadalahsatudantidakputus

Tuesday, 1 December 2009

Bebaskan

Kalau lu ada di sini, kemudian lu makan sambil duduk-duduk, lu belum layak untuk kata yang lu orang sini.

Bro,
Kalau lu nak mengreng! greng! greng! lu punya Gibson, lu kena tahu tali mana satu yang harus ditekan. Kalau tidak, lu hanya seperti seorang busker songsang yang hanya tahu menadah topinya sebaik sahaja lu selesai bernyanyi.

Sama ada lu seorang penulis yang tah apa-apa yang menulis dengan bahasa syok sendiri, ataupun lu seorang Menteri Besar yang masuk ke pejabat dengan cara yang paling longkang, semua atas pertimbangan akal lu. Seorang perakam gambar, hanya merakam gambar. Hanya merakam gambar. Hanyalah gambar. Gambar sahaja. Tapi bila gambar lu orang tak suka, lu jangan jadi ego tak bertempat.

Lu rakam gambar, orang lain membuat penilaian…sebenarnya itulah aturan Tuhan yang jarang-jarang manusia hormati.

Monday, 30 November 2009

Para tikus yang diberi sebuah ladang

Apabila al-Qaeda menentang kezaliman AS, Osama Ben Laden dan kumpulannya dikatakan pengganas.

Dulu, semasa gua di SMK Sandakan, gua rasa gua ni dari spesies yang sama dengan Osama. Gua dan beberapa orang kawan gua, yang satu kepala ngan gua, selalunya menyongsang arus. Gua, kalau gua rasa ada aturan dan hala tuju yang songsang, yang tidak banyak memberikan pelajar-pelajar gua, kirim salamlah kalau gua nak terima bulat-bulat.

Dalam keadaan macam ni, memang gua akan menjadi Osama Ben Laden yang menentang gerembolan tentera Amerika yang lengkap bersenjata canggih-manggih!

“Zaman kita dulu, kita yang menentukan arus mana yang hendak kita letakkan budak-budak ni,” kata kawan gua. Kami lepak-lepak di Restoran Kayu Nasi Kandar, Bandar Sri Permaisuri.

“Dulu, segala yang kaki bodek tak berani nak kacau kita,” dia kata lagi.
“Dulu, mana ada *tuuut*, *tuuutt*, *tuuuttt* berani masuk campur dalam arus yang kita telah tetapkan. Semua menikus.”
“Mereka tahu, kalau kacau kita, kita akan rempuh semua,” gua kata.
Kawan gua tersenyum.

Memang. Dulu apa-apa sahaja yang gua buat, gua letakkan pelajar-pelajar gua di tangga nombor satu. Pengetua, Penolong Kanan dan segala kaki bodek tiada langsung dalam senarai.
Dude, mereka bekerja kerana nak kejar nama! Gua bukanlah seorang yang idealis. Tapi gua meletakkan pelajar gua di tingkat yang paling atas. Bagi gua, mereka adalah tanggungjawab gua. Amanah yang gua harus laksanakan sebaik mungkin.
Natijahnya, gua bukanlah guru yang populardalam kalangan orang-orang yang di atas.
Tapi gua peduli haper!

*******
“Saya harap cikgu faham, kita buat ini semua untuk nama baik sekolah,” kata sang pengetua itu kat gua.
Gua kata, “Kalau Puan mencipta nama dengan cara begini, puan merupakan pengetua yang paling haprak!” gua kata. Memang tegas dan tiada kompromi.
Matanya yang penuh dengan maskara terkebil-kebil. Lentikan bulu matanya pun dah penuh dengan kepalsuan, kemudian dia nak gua jadi seperti dia.

Gua tahu siapa yang mencadangkan nama-nama pelajar yang kononnya “bodoh” itu dikeluarkan dari senarai calon sekolah. Gua juga tahu guru (guru yang paling haprak, paling bangang, paling bodoh,) yang membawa visi memujuk pelajar-pelajar yang “bodoh” itu supaya tidak datang sewaktu peperiksaan STPM.

Gua memang tentang habis-habisan. Gua tidak peduli siapa di depan gua. Kalau gua kata gua akan rempuh, lu cakaplah apa-apapun, gua tetap akan rempuh. Sama ada gua sendirian, atau gua ada rakan kongsi lain, gua tak peduli.

*******
“Si tuuuutttt, tuuuttt, tuuuuttt, dan tuuuuttt telah dilantik kepala sekolah.” kata kawan gua. Si tuuuttt pula telah menjadi PPD T******. Aku heran, PTK tak lepas tapi boleh jadi PPD. Mutu kerja takyah cakaplah, hancur lebur bersepai-sepai,” dia kata lagi.
“Kalau semua tu macam Matnor, aku tak kisah,” dia kata lagi

Gua duk menconggak-conggak. Gua dah boleh bayangkan, semua pelusuk Bumi Di Bawah Bayu memang begitu keadaannya. Gua dah mampu menconggak nombor untuk kualiti pendidikan di sana untuk 10 dan 20 tahun akan datang.

Dude, pendidikan merupakan yang paling dasar untuk maju. Kalau lu letakkan sekumpulan tikus untuk menjaga ladang labu, maka lu jangan harapkan apa-apa dari ladang tersebut.

“Manusia di Sabah mundur bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan mereka sendiri” gua selalu kata kat pelajar-pelajar gua.

Sayang sekali Pengetua SMK Kobota bukan seperti Tok Kenali yang boleh berada di banyak tempat dalam masa yang sama!

Thursday, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Dulu, masa gua pegi sekolah, ustaz kata :
“Lembu, masa kita nak sembelih untuk dibuat korban akan mengalirkan air mata. Bukan sebab sedih, tapi dia suka hati sebab kena buat korban.”

Kata cikgu Bahasa Melayu SPM gua pula:
“Kalau kat India, setiap kali nak sambut Raya Haji, mesti orang Islam dengan orang Hindu akan bergaduh.”

Gua kata, “Kalau lu berkorban, orang jarang lihat yang lu berkorban walaupun lu dah berkorban dan berkorban dan berkorban dan berkorban dan berkorban. Mungkin sebab lu tak melibatkan lembu atau kambing atau unta atau kibas”

Jarang sangat yang tahu lu pernah berkorban.

Tuesday, 24 November 2009

Bahasa Gua ialah Kepala Gua

“Dude, bukan lu anak buah Dr. Nik ke?” dia tanya gua.
Gua tengok dia. Gua hangguk-hangguk kepala. “Dulu,” gua kata.

“Lu belajar dengan Dr. Nik, kenapa lu tulis semacam jer?” tanya dia lagi kat gua.
Gua tengok dia yang tengok gua.
Gua tahu apa yang dia cuba kasi tau kat gua. Dalam bahasa mudahnya dia nak kata macam ni: Kenapa lu tak ikut Tatabahasa Dewan bila lu menulis?

Kalau dia tanya begitu, gua nak tanya balik:
“Lu pernah tengok seorang profesor humbankan Tatabahasa Dewan ke dalam tong sampah dalam satu seminar?”

*****
Gua suka dengan bahasa gua. Gua masuk unsur pop dalam bahasa gua. Gua rasa sempoi semacam… dan gua pun bukan ahli jamaah profesor yang menghumbankan Tatabahasa Dewan ke dalam tong sampah itu.

Gua ada kepala gua. Gua menulis ikut kepala gua.

Lu nak peduli haper!?

Thursday, 19 November 2009

satu spesies homo sapiens

Entri untuk homo sapiens yang jauh ada di belakang

Homo sapiens,
Pertama gua nak bagi tau, ini zaman teknologi. Zaman ini bukannya zaman bla!bla!bla! apabila lu nak bercerita. Zaman ini bukan zaman lu angkat gangang telefon dan kemudian menekan butang-butang yang ada nombor. Kemudian lu pun cakap “Hello polan bin polan. Polan apa khabar? Ni saya call sebab nak tanya tentang projek aritu. Polan dah siap ke yang polan kena buat tu? Bla….bla….bla…bla… Jangan lupa kirim salam kat si anu, si anu , si anu dan si anu. Sudah lama kita…..bla…..bla….bla.. Nanti kita…bla…bla…bla..”.

Meleret dan entah apa-apa. Poinnya tak banyak, sifarnya yang berderet-deret.

Homo sapiens,
Mengangkat telefon dan mencari butang-butang yang ada nombor hanya digunakan pada zaman Hitler yang berangan-angan ingin menjarah Eropah. Dan sekarang lu masih lagi berbangga dengan teknologi zaman Hitler itu!

Homo sapiens,
Lu tau apa gunanya teknologi? Lu tak payah berdiri dan merayau dari meja ke meja memberi arahan dengan suara lu yang memang tak merdu, berbla! bla! bla! hampir 15 minit di setiap meja dan menganggu hampir semua manusia lain di jabatan itu. Lebih baik, lu duduk diam-diam, gunakan jari-jari lu, klik mana-mana yang perlu, ketuk butang keyboard dan, lu tak payah keluarkan apa-apa suara. Lagi mantap dan jauh ke depan.

Homo sapiens,
Lu memang selalu kat buntut orang lain…

Tuesday, 17 November 2009

introspektif

Mudah untuk cari salah orang lain, sulit untuk mengakui kesalahan diri sendiri.
Mudah untuk mempamerkan kemenangan, sulit untuk berjiwa besar menerima kekalahan. Mudah untuk bermimpi setiap hari, sulit bertarung untuk sebuah impian. Mudah berdoa tiap hari, sulit untuk mendapatkan rahmat Tuhan. Mudah sangat mengkritik sesiapa sahaja, sulit untuk memperbaiki diri sendiri. Mudah untuk menerima sesuatu, sulit untuk memberi sesuatu.

Monday, 16 November 2009

Gambar di bawah di klasifikasikan untuk 18 Tahun ke atas yang bangang-bangang sahaja

Orang bilang, kalau lu mau bangang, lu jangan tunjukkan kebangangan lu kepada publik. Lu punya bangang, lu simpan dalam peti besi.

Kalau lu bangang, lepas tu lu tersengih-sengih depan kamera, lepas tu masuk Internet, angkat-angkat kertas manila yang lu conteng tah apa-apa, dan lu berposing seperti seekor lembu yang kena potong penisnya, memang sah lu memang makhluk yang bangang.

Dude,
Kalau lu bangang, jangan lu tunjuk kebangangan lu kat dunia!!

Monday, 9 November 2009

Matanya tetap bulat dan bersinar-sinar



Kalau lu tengok animasi Jepun, yang mempunyai mata yang besar, bulat dan bersinar-sinar, maka lu akan dapat bayangkan macam mana mata dia.

Gua mengajar dia Kesusateraan Melayu. Ada teks Tiga Catatan Perjalanan yang ditulis oleh Baha Zain. Ada teks Nyanyi Sunyi yang ditulis oleh Amir Hamzah. Dalam kedua-dua teks itu, ada beberapa sajak yang bernuansakan keagamaan.

“Dalam Bible, ada dikisahkan begitu?” gua tanya dia.
Kadang-kadang dia menjawab dengan mengangguk kepala.
Kadang-kadang dia menjawab dengan sepatah kata sahaja, iaitu sama ada “ya” atau “tidak”. Yang selebihnya dia akan menyinarkan matanya yang bulat itu.

Selalunya, kalau ada yang tersangkut dengan fahaman keEsaan yang sedikit bertembung dengan fahaman Trinitinya, gua akan cuba menyusup masuk. Tapi dia memang susah. Nampak amat tegar.

“Nah, al-Kitab. Cigu bacalah,” dia kata pada suatu pagi. Gua baru habis berbla!bla!bla! di 6 A 1. Gua menyonsong beranda 6A2 untuk turun ke bilik guru. Waktu itulah, dia ‘menahan’ gua dan menghulurkan al-Kitab tersebut.
“Yang cigu tanya semalam, ada kat dalam ni,” dia kata.
Gua senyum dan gua kata gua akan baca.

Waktu itu, gua tahu siapa lelaki istimewa yang dia letak di dalam hatinya. Pelajar gua juga. Seorang Muslim yang amat baik dan dia suka menulis.

*********
“Kamu sudah kahwin ke dengan dia?” gua tanya pelajar lelaki itu yang sekarang ini menjadi guru di Bandar Permaisuri.
“Tak cikgu, kami selalu bertembung bila berbicara soal agama. Saya tak mampu untuk membawa dia berhijrah,” dia kata kat gua.

Gua hanya diam. Gua tahu dia memang tegar.

*************
Gua tengok-tengok profail dia.

Relationship status:
Married

Children:
Abdul Ariq

Abdul Ariq. Nama anak dia Abdul Ariq.

“Kamu dah berhijrah?” gua tanya dia.
“Begitulah nampaknya, cigu” dia kata
“Cigu pun kenal suami saya,” dia kata
“Siapa?” gua tanya.
Dia diam. Dia jawab soalan gua itu dengan sekeping foto.
Memang gua kenal suami dia. Pelajar gua juga. Satu kelas dengan dia di 6A2.
Patutlah, kadang-kadang gua tengok pelajar-pelajar gua ni matanya terkebil-kebil sewaktu cikgu mengajar, tapi fikirannya melayang entah ke mana-mana. Ada tugas sampingan yang mereka lakukan.

Dan yang syoknya dengan dia ini, waktu itu lelaki yang diletakkan di dalam hatinya seorang muslim yang berada dalam kelas yang sama dengannya. Seorang lelaki yang suka menulis dan kadang-kadang berfalsafah bila bercakap dengan gua. Gua suka menulis, gua juga suka bercakap tentang dalamnya 7 lautan. Lalu lelaki yang diletakkan di dalam hatinya itu, gua kenal benar; sebagai seorang pelajar gua dan sebagai seorang lelaki yang berkongsi minat.

Tapi sekarang, lelaki yang dia letakkan di dalam sudut hatinya bukan pelajar gua yang itu. Dia telah meletakkan seorang lagi pelajar gua jauh ke dalam hatinya. Seorang muslim yang di dalam kelas agak pendiam tetapi mempunyai penghayatan yang mendalam. Dan gua tidak pernah menyangka yang dia akan berada di situ.

Clorin Sufri…selamat datang dan selamat berhijrah!

Friday, 6 November 2009

siri posting semi potong a.k.a. semi kontot

Gua, pagi-pagi selalu berdiri di situ. Ada lopak air. Ada sebuah kereta, warna merah. Selalu datang dan pergi dengan laju. Gua selalu terkena air lopak itu gara-gara kereta merah tersebut.

Setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun..gua selalu terkena air lopak angkara kereta merah tersebut. Gua tak pernah berganjak, tetap berdiri di situ.

Bila gua terkena air lopak itu, gua diam-diam sahaja. Gua basuh sendiri baju gua. Gua basuh sendiri seluar gua. Gua tak heboh ke serata alam yang baju gua terkena lopak air gara-gara kereta merah.

Bila gua menarik bangku di sebuah kedai mamak untuk mencicip teh tarik kurang manis, ada orang orang orang orang yang bising-bising bising bising bising kerana gua tidak berdiri di tepi jalan itu pada pagi itu.

Tidak berdiri di tepi jalan itu seperti setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun.

Seperti selalu….

Thursday, 5 November 2009

siri posting potong a.k.a. kontot versi unpluged (II)

Dude, ini bukan game bola. Lu boleh tukar regular player dengan reserved player bila lu rasa regular player selalu kena perangkap off side.

Wednesday, 4 November 2009

siri posting potong a.k.a. kontot versi unpluged

Gua pandu kereta. Lampu hijau, jadi gua redah jerlah. Polis trafik pun ada di situ. Dia tak kata apa-apapun.

Tapi mat rempit yang duk bersidai kat tepi jalan yang bising kata gua langgar lampu merah. Terpekik terlolong.

Tah apa-apa…

Tuesday, 3 November 2009

wayang kulit

Gua bukan nak main wang kulit: Ada patung-patung. Ada kelir putih. Kemudian muncul bayang hanya apabila ada cahaya.Dan kemudian para pemukul gendang dan peniup serunai pula rancak mengalun irama perang apabila Sang Rawana bangkit dari kotaknya

siri posting potong a.k.a. kontot

Sempena dengan perang "dah potong?" dan "siapa suruh potong", maka gua pun nak menyahut perang tersebut.

Sebab gua penyokong "dah potong?", maka posting gua pun ikut kena potong juga.
Jadi lu jangan mimpi nak tengok posting gua yang jela-jela. Posting gua akan jadi kontot.

Lu dah potong?

*pling*

“Dude, pehal blog lu senyap sunyi?”

Saje jer. Malas nak jengok.
Senyap sunyi kadang-kadang lagi bagus dari bising sana-sini.

*pling* gua nak hilang lagi…

Thursday, 29 October 2009

Hujung sana, dan hujung sini sahaja..

Gua nak 2 cm yang kat hujung sana, dan 2 cm yang kat hujung sebelah sini. Yang kat tengah-tengah, gua tak mau.

Tuesday, 27 October 2009

Tahi bintang

Pada suatu malam, gua tengok langit yang gelap pekat. Tak ada awan. Bintang-bintang bertabur dan tersangkut di dinding langit, berkelip-kelip dari jauh.

Gua berbaring di atas hamparan rumput di sebuah padang yang saujana.

Kemudian, secara tidak disangka secalit cahaya dari jutaan bintang tersebut menggarisi dada langit. Gua diam, dan gua tengok.

Calitan cahaya itu kemudiannya menyusur ke telapak tangan gua. Gua diam dan gua tengok.

Cahaya itu ialah cahaya tahi bintang yang muncul dari jutaan bintang di atas langit.

Gua diam dan gua tengok.

Rock Ramlah Ram

Gua, Din Koboi, Samdol dan Ciput sampai di Stadium Merdeka ketika ramai manusia dah berasak-asak mahu masuk ke dalam.

Zaman itu zaman Battle of The Band menjadi raja segala konsert. Zaman itu zaman anak-anak muda berambut mengerbang, berseluat ketat, dan memakai singlet bergambar bendera Jepun. Zaman itu zaman pemain muzik rock memakai pakaian dan perhiasan tahap hantu raya.
Zaman itu, pemain muzik rock yang memakai pakaian paling ganas ialah kumpulan SYJ. Paku tajam penuh…ada kat bahu, pergelangan tangan, kat siku. Rantai tak usah cakap. Pendek kata memang ganas dan kejam imej pakaian diorang tu.
Lepas tu, kumpulan SYJ bertukar nama menjadi Sophea.
Walaupun bertukar nama, imej hantu dan ganas serta kejam masih lagi diorang kekalkan.

Dan petang itu, selain kumpulan-kumpulan lain perform, Sophea yang ganas dan kejam juga akan perform. Sekali, bila tiba giliran diorang, gegak gempita satu stadium. Dengan pakaian yang penuh dengan paku, rantai-rantai yang melilit hampir seluruh tubuh, mereka pun mula perform.
Lagu pertama mereka, gua lupa apa namanya. Masih orait lagi. Tetapi selepas dua tiga lagu disampaikan vokalist utama, keadaan dah jadi lain.

Gua, Din Koboi, Samdol dan Ciput menyumpah seranah Man Rani.
Bunga Padang Pasir Man Rani memang benar-benar penuh dengan pasir.
Beb, lu pakai baju paku penuh kat tubuh, lu pakai rantai penuh badan, tiba-tiba lu nyanyi lagi leleh macam Ramlah Ram. Dah la tu, satu haper pun tak dengar.

Mencemarkan betul!

Nota tumit kaki : Din Koboi sekarang ni jadi cikgu, Samdol dah jadi tokey Pasar Raya Pak Aji di Bandar Tun Razak dan Bandar Tun Husin Onn, manakala Ciput sekarang menjadi doktor pakar ENT kat HUSM.

Monday, 26 October 2009

Gua pernah lepak dengan Sayap

Kat tangan gua sedulang dinner plate. Malam itu, KFC Bangsar Utama banjir dengan pengunjung. Gua tercari-cari tempat kosong.
“Brader, sini!” kata seorang anak muda berambut gondrong kat gua. Tangannya menepuk-nepuk kerusi yang ada di sebelah dia.
Gua pun menapak ke situ. Setelah gua duduk, gua hulurkan tangan.
“Zamani” kata gua.
Pemuda berambut gondrong dan berbadan gempal itu tersenyum.
Gua pun melahap dinner plate sambil berbla!bla!bla! dengan dia dan seorang lagi anak muda yang berkulit putih dan berkening lebat. Badan dia amat sesuai jadi bonzer kelab malam.
Seorang lagi, juga berambut panjang mengurai kat belakangnya. Juga mempunyai kening yang agak hitam.
Seorang lagi, berambut ombak-ombak. Berkulit agak gelap sikit.
Seorang lagi, agak berisi badan dia. Tapi agak pendiam.

Malam itu, gua berKFC dengan Bob, Awie, Joe, Eddie dan Black. Gua tak tahu kenapa Brader Bob panggil gua ke meja diorang. Cuma gua syak mungkin dia “jatuh hati” kat gua sebab masa tu gua pun berambut panjang. Mungkin pada pandangan matanya, gua ni satu spesies dengan diorang.

Lepas tu, kalau gua pergi lepak-lepak kat Bangsar Utama atau Benteng, kalau diorang ada, memang gua akan join sekali. Gua juga selalu tengok Wings ini jamming secara live di sebuah studio di Kompleks Campbell. Memang superb! Muzik dan vokal mereka yang raw memang kelas. Kalau lu dengar dalam kaset (masa tu belum zaman CD lagi) muzik dan vokal diorang, begitulah juga kalau lu dengar live. Kalau vokal Awie dalam kaset 18 harkat, maka yang live pun 18 harkat juga, tak lebih dan tak kurang.

Suatu malam, masa gua lepak dengan diorang kat Benteng ada seorang pemuda menghulurkan sebatang Dunhill kat Awie. Awie menolak sambil mengurut2 kerongkongnya. Pemuda itu tersenyum dan terus berlalu.
“Kenapa lu tak ambil rokok dia?” gua tanya.
“Tak maulah. Nanti diletakkannya apa2 kat dalam rokok tu, jahanam gua,” kata Awie selamba.

Gua terus mencicip teh tarik panas kurang manis.

Friday, 23 October 2009

Dia gigit orang la...

“Ishhh..keras betul muruku si Rajan ni,” kata Mat Lan Kapak. Ternganga-nganga mulut dia. Gua tengok dah macam beruang panda sakit gigi.

“Gigit jer la…” gua kata.

Luas-luas Mat Lan Kapak buka mulut dia. Mat Lan sedia untuk mengigit muruku Rajan.

“Weh, kalau nak gigit, hati-hati sikit,” gua kata.
“Kenapa?” tanya Mat Lan Kapak.
“Nanti lu disabitkan dengan kesalahan. Jangan main-main kat sini, gigit-menggigit pun kena masuk court,” kata gua.
“Apa yang lu merepek ni?”
“Tu, ahli parlimen tu. Penat-penat gua undi dia, dia pegi gigit orang. Tah apaapatah” kata gua.
“Pak Syeikh tak sempat tarbiah kot,” Mat Lan Kapak kata.

Dengan kedua-dua belah tangannya penuh dengan muruku Rajan, Mat Lan selamba berjalan masuk jamban.

Monday, 19 October 2009

Bilik itu memang senyap, bilik itu memang sunyi

“Gua tengok bilik ini tak ada apa-apa pun. Senyap sunyi,” kata Abdul Aziz Japari kat gua.
“Tu la, lu tak tahu,” kata gua kat Abdul Aziz Japari.
“Apa yang gua tak tahu?” Abdul Aziz Japari tanya gua.
“Yang senyap dan yang sunyi itulah yang menarik. Ia sesuatu yang kelihatan agak mistikal dan misteri,” ujar gua.

Gua lihat Abdul Aziz Japari terkebil-kebil biji matanya.

Gua sedut oksigen dalam-dalam. Gua hembus oksigen jauh-jauh.
Kemudian gua sambung:
“Yang mistikal dan yang misteri itulah gua nak explore. Ada sesuatu. Agak adventurous. Gua suka semua itu. Susah mahu cari,” kata gua.

“Bro, lu sebenarnya nak buat apa kat dalam bilik yang sunyi sepi ni? Abdul Aziz Japari bertanya gua lagi.

“Eh, ini bilik gua. Suka hati gualah, gua nak buat apa pun,” kata gua kat Abdul Aziz Japari.

“Suka hati lulah. Malaslah gua nak layan kepala lu,” Abdul Aziz berkata sambil berlari pergi.

Abdul Aziz Japari ni pun satu. Gua dah kata gua nak explore bilik yang sunyi dan sepi tu.

Tak pernah nak faham.

Friday, 16 October 2009

abdul aziz japari tembak gua lagi

Sebenarnya, dah lama gua lalu-lalu kat depan bilik tu. Sebuah bilik yang mempunyai kaca cerah, yang menyebabkan gua dapat tengok terus ke dalam bilik itu.

Suatu malam, gua cuba-cuba nak buka pintu bilik tu. Gua pulas-pulas tombolnya. Tapi tak boleh.

“Dude, apa lu buat tu?” tanya kawan gua, Abdul Aziz Japari yang tiba-tiba muncul kat belakang.
“Ni hah, gua nak buka pintu bilik ni, tapi ada problem sikit la,” gua kata sambil menolak-nolak pelan-pelan pintu bilik berkaca cerah itu dengan bahu gua.
“Eh, ini bukan lu punya bilik ke?” tanya Abdul Aziz Japari.
Gua angguk. Memang bilik yang berkaca cerah itu bilik gua.

“Lu ni apahal? Bilik sendiri pun tak boleh nak buka…” tembak Abdul Aziz Japari kat gua.

“Lu ada kunci bilik ni?” Abdul Aziz Japari tanya gua.
“Ada,” gua kata dengan suara yang ala-ala dengar tak dengar.
“Bawak sini kunci tu, biar gua tolong buka untuk lu. Gua dulu pernah kerja kat kilang kunci. Kalau setakat karat-karat tu, gua boleh kasi ejas,” kata Abdul Aziz Japari.
“Errrrr…tak ada. Kunci tu tak ada,” balas gua. Masih lagi dengan suara yang ala-ala dengar tak dengar.

“Woiiii…lu ni lalok ke apa? Tadi cakap ada, sekarang dah tak ada. Lu punya kunci tu beskut cips mo ke?” Abdul Aziz Japari menembak gua. Lagi sekali.

“Kunci memang ada. Tapi gua tertinggal kat dalam bilik tu. Gua lupa nak bawa keluar,” gua kata dengan mata yang terkebil-kebil.
“Huuuhhhh…” dengus Abdul Aziz Japari.

Abdul Aziz Japari cuba godek-godek tombol pintu bilik berkaca cerah itu.
“Dah lama pintu ni tak buka,” kata Abdul Aziz Japari, seolah-oleh bercakap dengan pintu bilik tu.
“Dude, dah berapa lama lu tertinggal kunci kat dalam bilik ni?” Abdul Aziz Japari tanya gua.

Gua terkebil-kebil. Mata gua tengok-tengok syiling. Gua membuat conggakkan.
“Rasanya dah 12 tahun kot…” kata gua.

“Lu ni memang hampeh la bro!” lagi sekali gua kena tembak.

Abdul Aziz Japari memang suka tembak gua.

Thursday, 15 October 2009

puteri ameno dengan kerisnya...


“Dude, lu tengok ni!” jerit Mat Lan Kapak.
“Apa?” gua tanya dia.
“Mailah sini!” jawab Mat Lan Kapak.

Gua tengok skrin monitor Mat Lan Kapak.

“Dude, lu rasalah, apa yang minah puteri ni duk tengah pikir?” tanya Mat Lan Kapak kat gua.

“Hehehehehehe….entahlah bro,” gua kata.

Wednesday, 14 October 2009

Gua dan bintang yang terang itu

Gua memang suka lihat bintang. Dulu, pada zaman kanak-kanak, pada zaman remaja gua, bintang-bintang di langit sangat terang. Berkelip-kelip bagaikan cahaya pelita. Gua akan mencari-cari bintang yang paling terang. Gua akan tandakan bintang tersebut. Untuk malam-malam seterusnya, gua akan cari bintang itu. Bintang yang paling terang tidak pernah beranjak tempatnya. Tetap di situ. Namun begitu, kalau tiba musim tengkujuh, bintang yang terang itu payah untuk dilihat. Kadang-kadang ada, kadang-kadang bersembunyi di sebalik gumpalan awan musim hujan. Gua akan menanti sehingga ke hujung musim gelora para nelayan untuk kembali mencari bintang yang paling terang itu.

"Aku nak pergi ke bintang," gua kata kepada seorang sahabat kanak-kanak gua.
"Aku nak sentuh bintang yang paling terang itu," gua kata lagi.

Selalunya, setiap malam selepas mengaji Quran gua akan berayun-ayun di atas buai yang gua buat di bawah pokok gajus nila. Sambil berayun-ayun, gua akan membayangkan yang gua ada di atas bintang itu. Berjalan dari bucu bintang sebelah sini, terus ke hujung bucu di sebelah sana.
Sekarang, zaman bintang yang paling terang 'milik' gua itu sudah lama berlabuh. Sekarang, di kota batu ini, susah sangat gua mencari bintang itu. Mungkin dada kota ini terlalu terang sehingga menenggelamkan sinar semua bintang. Mungkin juga limpahan cahaya lampu-lampu neon telah menabiri sinar bintang itu.

Atau mungkin, gua terlupa untuk membawa bintang yang paling terang itu ke sini...

Monday, 12 October 2009

gua dan harta gua

Ini buku yang gua tengah makan. Gua pun tak tahu bila nak habis ni. Gua beli sebab tajuknya menarik. Gua kalau baca buku orang putih, gua jarang baca fiksyen. Gua suka baca cerita yang sebenar, cerita yang pernah terjadi.

Dan kat bawah ni pula, buku-buku yang sedang menunggu gua untuk dicumbu rayu...
Beb, kalau lu berdating dengan buku, lu tak rugi...!

Friday, 9 October 2009

Gua pernah belajar kat situ wehhhh.....

“Nah, lu tengok…” Mat Lan Kapak menghempaskan senaskhah akhbar orang putih kat depan gua.
“Nak tengok apa? Nombor ekor?”, gua tanya Mat Lan Kapak. Gua tetap tup-tap! Tup tap! Butang-butang komputer.
“Hampeh betul universiti gua. Nombor 345 tu! Tiga ratus empat puluh lima weh! Kalau lu jatuh dari 345 anak tangga kat Batu Caves, mahu patah tulang belikat!” bentak Mat Lan Kapak. Seperti biasa, hidungnya akan kembang kempis, kembang kepis kalau dia marah.

“Gua tak hairan. Cuba lu peratikan…universiti mana kat negara kita ni yang paling banyak ada pelajar PJJ? Universiti mana kat negara kita ini menawarkan program sarjana dan doktor falsafah secara PJJ? Universiti mana yang mempunyai pelajar sarjana dan dokor falsafah PJJ yang bersepah-sepah?” gua tanya balik Mat Lan Kapak.

Mat Lan Kapak terkebil-kebil. Lubang hidungnya sudah kekurangan keluasan kembang kempisnya.

“Iyalah, kalau dah bersepah-sepah pelajar PhD, mahu semput nafas para pensyarah dan penyelia,” kata Mat Lan Kapak. Perlahan saja suaranya. Suaranya dah jadi macam serati yang baru jatuh dalam air parit. Sambil berkata, dia ciluk dua biji gula-gula Halls gua.

Lepas Mat Lan Kapak berlalu, gua tengok akhbar yang dihempaskan Mat Lan Kapak tadi. Kemudian gua tertanya-tanya UMS ni agak-agaknya masih ada tangga lagi ke. UMP pulak kat tangga mana. UNITEN, UPN, UMP, UNIMAS, U itu, U ini, kat tangga mana pulak.

Banyak sungguh U kat bumi Malaysia bertuah ini, sehinggakan tak cukup tangga nak diletakkan.

Tapi kali ini gua pula kembang kempis lubang hidung bila tengok UM duduk kat tangga nombor satu.

“Woiiiiii ….. Mat Lan! Universiti aku nombor satu la” gua jerit kat Mat Lan Kapak.

Walaupun gua bukan Naib Canselor Universiti Malaya, dan gua tak kenal pun Naib Canselor Universiti Malaya sekarang, tapi gua bangga dengan Naib Canselor gua dulu, Prof Ungku Aziz dengan Prof Syed Hussein Al-Attas. Satu dunia kenal diorang. Lu punya Naib Canselor, ada orang kenal?

Thursday, 8 October 2009

Lagi 8 minit nak 9 oktober

Gua tunggu.
Tapi tak ada pun. Mana buluh runcing? Mana mamat-mamat Indon yang tak lut senjata?
Mana diorang?

"Diorang pegi apply kejer kat kilang tu," kata Weng.

Mamat tempe tu kata nak ganyang Malaysia hari ini

Bila gua on sahaja pc gua, Mas YM gua:
“ada indo jual buluh runcing ke kat tepi2 jalan?”

“Mamat Indon yang tengah sapu jalan, ramailah”, kata gua via YM

“Hahahahahaha,” kata Mas.

Gua rasa, mamat-mamat Indon yang kata nak serang Malaysia hari ni, dah hilang ingatan. Zaman Amerika takut dengan loji nuklear Iran, mamat-mamat tu nak guna buluh runcing saja.

Lu hantarlah bom nitrogen ke, jet pejuang ke, atau paling kurang pun satu batalion komando, barulah gua dan orang-orang kat sini rasa takut sikit.

Gua rasa, lu memang bodohlah mamat-mamat Indon. Adakah lu kasi tarikh bila mahu serang negara orang. Siap lu bagi tahu lagi jumlah lu punya balaci-balaci yang nak menyusup masuk. Siap dengan lokasi pulak tu. Lu pakai strategi perang tempeh ke?

Tiba-tiba YM Shary blink blink kat monitor pc gua.

“Bro, durang nak hantar manusia kebal tu. Tak lut kena tembak, tak luka kena tetak,” kata Mat Lan Kapak. Hidung dia kembang kempis, kembang kempis.
“Bak sini mamat-mamat kebal tu. Biar aku tembak,” kata gua.
“Orang kebal gua tak takut. Kereta kebal gua takutlah sebab ada meriam,” gua kata.
“Mariam? Awek gua dulu nama Mariam,” kata Mat Lan Kapak.
“Banyaklah lu punya Mariam,” gua pula kata.

Monitor pc gua terus blink blink dengan YM Shary.

“Bagus lagi gua layan Shary dari gua duk layan mamat-mamat Indon yang tah apa-apa tu,” kata gua.
Mat Lan Kapak menapak satu….satu….

“Hai Shary…”

Wednesday, 7 October 2009

Gua pun nak cari bambu runcing....

Gua pun nak cari bambu. Gua nak bamburuncingkan Indonesia.
Gua nak bamburuncingkan mereka sebab mereka selalu bakar hutan. Lepas tu asapnya menyusup ke sini. Pedih weh mata gua.

Gua nak bamburuncingkan mereka.

Gua nak bamburuncingkan orang Indonesia sebab mereka cilok kasut gua. Gua letak elok-elok kat depan rumah, lepas tu ikut suka hati mak bapak dia, dia cilok.

Paloiiiiii....

Kalau roti canai punya hal, Dato' Melaka Shahrukh Khan pun nak berdemo

Gua sedang imaginasikan sesuatu:
Dato' Melaka Shahrukh Khan sedang memimpin satu demo. Demo tu di tengah-tengah kota raya New Delhi yang panas, berdebu, kemudian terdapat beberapa ekor lembu yang bebas berjalan ke sana ke mari di celah-celah kereta motor yang padat.

Dato' Melaka Shahrukh Khan dan peserta demo itu bercawat dengan kain pelikat sahaja.

Kenapa dia berdemo?

Sebab dia marah kat Malaysia.

Kenapa?
Sebab roti canai dan teh tarik ‘diambil’ oleh Malaysia.

Welkam tu fes buk...kata gua

Gara-gara Sahawati, pelajar gua yang sedang menyiapkan PhDnya di UKM, gua terbabas ke dalam Face Book.

“Cikgu masuklah Face Book. Ramai pelajar cikgu ada kat situ,” Sahawati kata, via emel.

Gua, memang tak biasa dengan Face Book. Gua memang tak pernah masuk Face Book. Tapi bila Sahawati kata “Cikgu masuklah Face Book”, tiba-tiba gua rasa nak masuk ke sana.

Sahawati memang betul. Semenjak gua masuk Face Book, memang banyak pelajar gua yang gua jumpa. Bila gua masuk sahaja Face Book, berpusu-pusu mereka datang! Ceh…betapa gua ni tertinggal, mereka dah lama berFace Book, sedangkan gua baru jer nak kenal.

Bila dah kembali ber“hai” ber“hello”, macam-macam cerita gua dapat.

Ada yang kahwin sesama sendiri;
Ada yang menjadi bini nombor dua;
Ada yang punya dua isteri (bab ni gua tak ajar dulu);
Ada yang bak Tom n Jerry dalam kelas, tetapi akhirnya berkahwin sesama mereka dan sekarang ini sudah beranak-pinak;
Ada yang beranak seperti hobi, setiap 2 tahun akan dapat sijil kelahiran;
ada juga yang tidak beranak-anak sampai sekarang;
Ada yang kahwin dengan janda, (pakej beli 1 dapat 2);
Ada yang sudah kahwin, kemudian menjadi balu;
Ada juga yang sudah kahwin, kemudian bujang kembali;
Ada yang kahwin, kemudian bujang, kemudian kahwin lagi;
Ada juga yang tak kahwin-kahwin lagi (entah apa yang ditunggu);
Ada yang sibuk berbisnes sehingga lupa nak kahwin;
Ada juga yang dulunya penakut, tapi sekarang dah jadi bidan orang beranak (agaknya kes pertama yang dikendalikannnya, mungkin dia pengsan melihar darah);
Ada yang dulunya masa sekolah nakal macam hantu raya, akhirnya menjadi guru (nah, padan dengan muka kamu. Rasalah bagaimana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berperangai George Bush dan Benjamin Nentayahu, dan segala mangkuk hayun, mangkuk tingkat dan mangkuk jamban)

Monday, 5 October 2009

Mary tidur di low' peak

“Cikgu bah, panat sudah aku ni…” kata Mary. Merintih. Di muka Mary ada manik-manik keringat.

“Dekat sudah bah ini. Kejap lagi kita akan sampai kat Gunting Lagadan. Sikit saja lagi ni,” kata gua, macam pujuk anak kecil makan ubat.

“Cikgu baa….” Mary terus duduk di atas hamparan batu.
“Inda larat bah aku ni,” kata dia.
“Cikgu dokong ler aku….” Dia kata lagi.

“Inda payah nak ngada-ngada. Kau jalan saja,” kata gua sambil melihat Low’s Peak yang semakin jauh ditinggalkan.

Awan semakin tebal.
Guide kata, kalau terlewat turun dari puncak, agak bahaya nanti. Bila awan dah semakin tebal dan banyak, kita akan kehilangan arah. Kita tak nampak apa-apa pun. Kita mungkin boleh tersesat atau terjatuh ke dalam gaung yang dalam.

Gua tengok Mary. Sudah jadi macam sayur kangkung kecut budak tu.
“Kalau cigu inda mahu dokong saya, saya mahu tidur sini,” kata Mary.

“Ha, tidurlah! Nanti aku golek kamu sampai bawah,” gua kata kat Mary.
“Nah, kamu minum air ni dulu. Rehat dulu kejap. Pasni kita terus turun Gunting Lagadan,” kata gua.

Selepas meneguk 100 Plus, Mary menapak satu satu ke bawah.

Panjat Gunung Kinabalu memang penat dan melelahkan….untuk sesetengah orang la….

Are you sweeping....are you sweeping....lalalala


Gua memang simpati dengan Sumatera Barat.

“Apa yang lu nak kata?”
“Kita hantar bantuan, memang bagus”
“Lagi?”
“Gua tengah tinjau-tinjau ni, mana pergi kumpulan bambu runcing yang nak sweeping rakyat Malaysia?”
“Kenapa?”
“Yer la, mana tahu mungkin diorang tengah sibuk hantar bambu banyak-banyak kat sana untuk bikin tiang khemah sementara. Daripada sibuk-sibuk nak sweeping rakyat Malaysia, lebih baik diorang sibuk-sibuk sweeping segala runtuhan bongkah bangunan di sana.”
“Ada ke diorang tu di sana?”

“Entah…”

Kemudian Mat Lan Kapak layan lagu Dewa 19.

Friday, 2 October 2009

Salam Satu Mangkuk

Setiap sesuatu ada pasangannya.
Setiap sapaan pun ada jawapannya.
Misalnya, “assalamualaikum” akan dijawab dengan “Walaikumsalam”.
“Apa khabar” akan dijawab dengan “Khabar baik”.
“Terima kasih” akan dibalas dengan “Sama-sama”.

Tapi kalau setiap kali orang Ar Ti Em yang nak baca berita kata “Salam satu Malaysia”, lu nak jawab apa?

Kalau gua, gua jawab “Salam satu mangkuk ”

"Mangkuk jamban ke mangkuk tingkat tu weh?"
Ah, nakal betul orang yang bertanya tu...

Thursday, 1 October 2009

Perghhhh...sejuk tu beb!

Kalau lu tengok, budak-budak tu semua dah berpakaian ala-ala orang eskimo nak pergi berburu anjing laut. Kemudian, kalau lu tengok gua pula, gua masih bersinglet. Bukan gua tak sejuk. Sejuk beb atas gunung tu! Tapi gua baru sampai kat situ. Tak sempat nak berala-ala hawa sederhana Bukan gua ampus atau pancit di tengah jalan lantaran itu gua lambat sampai. Tapi sebab gua sendiri yang memilih nak jadi sweeper, maka gua kena duk kat belakang sekali. Gua mesti kena sapu semua yang tertinggal di belakang. Ini termasuklah budak-budak yang pancit. (Apalah diorang ni, muda-muda lagi dah larat nak panjat gunung)

Gua tak pernah pancit kalau daki gunung Kinabalu. Budak-budak yang gua bawa pun tak banyak yang pancit. Sebab apa? Sebab gua dah kerah mereka setiap petang, selama 2 bulan untuk berlari dari SMK via Maktab Perguruan Sandakan via Taman Sentosa dan terus berlari ke atas Bukit Bendera. Siapa yang pancit masih latihan, gua kansel nama.

Jadi, kalau lu lihat dalam gambar, mereka memang boleh tersengih-sengih sambil mensnap gambar.
(Tapi tu hari pertama. Hari kedua pendakian biasanya akan adalah yang pancit tahap orang batuk kering yang diminta untuk berhenti merokok!)

Semasa gambar itu diambil oleh tukang gambar yang tak profesional ni, gua tak tahu apa akan jadi kepada mereka.
Tapi sekarang ini, yang ada dalam gambar tu, ada yang dah jadi balu, ada yang janda, ada yang berkahwin sesama rakan sekelas, ada yang masih lagi tak berkahwin, ada yang jadi pengikut tegar kumpulan agama, ada yang menjadi pemimpin pelapis badan siasah, dan ada juga yang telah tiada di dunia ini.

Hidup memang sukar diramalkan.

lembu, they love u (not me)

“Diorang ni kasih dan cinta sangat-sangat dengan lembu,” kata Mat Lan Kapak sambil mengorek-ngorek debu biskut raya dari tupper ware bini dia.
“Sikit-sikit nak bawa kepala lembu. Sikit-sikit nak angkut lembu dalam lori,” sambung Mat Lan Kapak lagi.

“Tak per la bro… ,” gua kata.
“Dah mereka tu sayang sangat dengan lembu, kita nak buat macam mana,” kata gua lagi.

“Gua bukan apa. Bagi orang Melayu, lembu tu bodoh,” kata Mat Lan Kapak.
“Kalau nak berarak pun, bawalah ayam serama ke, kucing parsi ke, ikan flower horn ke. Taklah nampak moron sangat!” ujar Mat Lan Kapak.

“Laaaa…dah ketua mereka ada otak lembu dalam kepala mereka, jadilah macam tu,” kata gua.

Memang gua tak hairan sikit pun!

Wednesday, 30 September 2009

Generasi yang senyap

Dalam banyak-banyak yang gua ajar, batch inilah yang belum dapat dikesan. Generasi mereka amat senyap.

Nota tumit kaki : duduk dari kiri Megawati, Filda, dan Fauziah.
Yang berdiri kat belakang, gua dah lupa dia punya nama.
Yang kat belakang, yang hensem-hensem tu tuan tanah.

Monday, 28 September 2009

Sepilok

Latar Tempat : Sepilok

Gua: Masrizal, kita nak masak apa ni? Tinggal kotak jer ni.
Masrizal : Kita beli gandum, kita buat capati.
Gua : Ishhhh...mana boleh makan capati kat dalam hutan.

Pause

Gua : Apa kata kita buat komando punya stail?
Masrizal : Hah?
Gua: Kita tangkap segala serangga, pastu kita rebus dalam periuk. Kita cakap kat bebudak tu, kita masak udang rebus.
Masrizal : Cantik gak tu!

Dan malam tu, budak-budak F6 Smk Sandakan makan serangga masak merah dengan sos perasa siput sedut hasil air tangan Ahmad Masrizal.

old skool


Bila gua tengok gambar ni, baru gua tahu Black ada ciri-ciri seorang penggemar dang dut biar pun dia kata dia seorang death metal.

Thursday, 17 September 2009

Promosi! Promosi!

Tiba-tiba fes buk gua ada add requst. Gua renung-renung. Lepas renung-renung, gua tenung-tenung.

Bila gua tengok gambar dia, gua kata dalam hati“macam pernah nampak” . Gua tengok nama dia, Shary Lee. Gua duduk diam-diam. Lepas tu gua usha-usha, siapa “amoi” ni.

“Cikgu, saya sudah minta Shary add cikgu,” kata Rasyidah, via fes buk.
“Shary Lee?” gua tanya Rasyidah.
“Ya,” kata Rasyidah.
“Siapa Shary tu? Pelajar saya ke?” gua tanya.
“Shary Mohd Rauf bah, cikgu” jawab Rasyidah.
“Oh, Shary. Kalau Shary itu, kenal la” kata gua kat Rasyidah.

Lepas tu, gua tengok gambar-gambar dia yang lain.

Lepas satu, satu.
Lepas tu tengok pula yang ni

Hah, memang Shary la….

*****
Shary, pelajar gua ni seorang yang sangat susah hendak didengar suaranya. Kalau sepatah gua tanya, belum tentu dia akan jawab berpatah-patah. Selalunya dia jawap dengan senyum-senyum saja. Dari pukul 6.45 hinggalah ke pukul 12.10, dia tetap akan setia di atas kerusinya. Susah nak tengok dia bergerak ke mana-mana. Kalau ke tandas, kalau bukan Azizah, Rubiah yang akan menjadi peneman.

Lepas STPM, dia ke UiTM.

*******
“Macam mana sekarang?”, gua tanya.
“Macam nilah cikgu,” dia kata.

Lepas tu kami berbla!bla!bla! via YM.
Rupanya Shary ni, kalau bercakap tanpa suara, boleh tahan juga ramahnya. Tidak seperti ketika dia di dalam kelas.

“Dulu, saya pernah ada rakan duet,” dia kata.
“Sekarang sudah buat album solo saja,” dia kata lagi.
“Tak nak cari rakan duet ke?” gua tanya.
“Memang la mau,” kata dia
“Tapi, sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi orang yang nak berduet dengan saya,” dia kata lagi.
“Cikgu tolonglah promosikan,” kata dia.
“No problem!” gua kata.

Jadi, sekarang gua nak buat promosi:

Kepada rakyat Malaysia,
Sesiapa yang nak jadi rakan duet Shary, boleh menghantar borang permohonan sekarang. Borang permohonan boleh didapati di heh ti ti pi fes buk dot com. Kemudian klik butang add request, kemudian taip shary lee. Kalau sesiapa yang nak mendapat perhatian segera, kenalah berbaik-baik dengan gua sebab gua dah jadi dia punya event manager. Nanti gua boleh bagi dia punya YM…ahakkksssss.

p.s. rugi woooooo siapa yang tak nak jadi rakan duet Shary, sebab dia ni cantik, berpelajaran, lemah lembut, dan yang lebih penting dia tak banyak makan, jadi senang untuk dijaga.


Amacam Shary, ok tak saya punya promosi?

Wednesday, 16 September 2009

Rujiah Yusuf

“Kawe suka betul mengusik si Rujiah,” kata Cikgu Azli Husin kat gua.
“kawe pun,” gua kata sambil tersengih.

“Kenapa demo suka usik dia,” Cikgu Azli Husin tanya gua.
“Kawe suka tengok muka dia bila dia malu-malu kena usik. Macam nampak segala darah yang mengalir kat mukanya, kemudian turun ke bahagian kerongkong,” kata gua.

Gadis Sungai memang mempunyai kulit yang putih, sangat putih. Mempunyai kening yang lebat, alis lentik, dan mata yang agak sepet. Dan Rujiah pun demikian juga.

Pelajar gua, Rujiah, gadis Sungai dari Kota Kinabatangan, pun sudah pergi bertemu-Nya. Terlalu lama untuk gua tahu akan ketiadaannya.

Hassan Basri, Rozita Kahar, dan sekarang Rujiah Yusuf…
Semoga kamu semua damai di sana.

Tuesday, 15 September 2009

Sungai Manila, Selamat Hari Raya!!

Oiii….naiklah dulu. Makan biskut raya aku ni,” jerit Matnoor.
Gua buat tak peduli.

Gua dah masuk ke dalam kebun salak kepunyaan bapa Matnoor. Bagi orang semenanjung macam gua ni, jumpa kebun salak di Sungai Manila, samalah seperti orang Sungai Manila dapat makan angin di Mid Valley!

Gua tak peduli kuih makmur. Buras? Apa kelas….

Gua mencangkung di perdu pokok salak. Buahnya sebesar penumbuk kanak-kanak. Setiap kali isinya digigit, seperti air gula masuk ke dalam rongga tekak gua. Ranggup, berjus dan sangat manis.

“Mana kawan-kawanmu?” tanya pak cik Sima, ayah Matnoor kepada Matnoor.
“Di saaanaaaaa…” kata Matnoor.

Gua syak, ayah Matnoor tentu tertanya-tanya, gua ni dari spesies manusia yang mana kerana terlalu lahap makan salak pada hari raya.

Orang lain makan biskut raya, gua pula makan buah salak sambil mencangkung di perdu pokok salak.

Sungai Manila, nanti gua datang lagi!

Joleyana, semalam kamu bertanya, hari ini baru saya berikan jawapannya

Katakan:
Kamu berlari 100 meter. Kamu berlari dengan sekuat tenaga kamu. Kamu perah segala tenaga yang kamu ada. Kamu tak pedulikan kepada apa-apapun.

Kemudian,
Kamu menjadi orang yang pertama sekali mendada pada reben garisan penamat. Kamu menjadi juara. Segala sorak-sorai hanyalah untuk kamu.

Kamu telah menjadi juara.

Setelah kamu kerah segala tenaga, kamu dah benar-benar penat. Kamu dah tak rasa nak berlari lagi. Kamu dah kalahkan semua juara lumba lari. Masa itu, yang kamu rasa hanyalah ingin balik ke rumah, mandi di bawah pancuran, dan selepas itu berehat sambil menjulurkan kaki di atas meja kopi.

Kamu dah tak mahu berlari lagi kerana kamu sudah menjadi seorang juara. Lalu kamu mencari gelanggang lain untuk terus bersaing.

Nota tumit kaki : juga untuk mereka yang selalu bertanya mengapa gua tidak ada di dalam bilik darjah lagi.

Monday, 14 September 2009

Shamsul Marabang

Dia datang sambil menjabat tangan setiap guru.
“Terima kasih cikgu. Saya berjaya kerana didikan cikgu,” begitulah yang dia ucapkan kepada semua guru.

“Terima kasih cikgu kerana mengajar saya,” dia kata sambil mengengam tangan gua. Sangat erat. Sangat terasa akan keikhlasannya.

Dia ialah antara pelajar gua yang paling baik. Sangat menghormati guru-guru.

Dia datang menjabat tangan gua selepas mengambil keputusan STPMnya. Dia lulus dengan cemerlang. Semua pelajar mengidam keputusan sepertinya, tetapi tidak semua mendapat keputusan seperti dia.

Selepas itu, seorang demi seorang rakan-rakan dia yang lain datang ke sekolah. Mereka mulai membuat urusan untuk ke IPT.
Gua tunggu dia. Tetapi dia tak datang.

Selepas dia mengucapkan terima kasih kepada semua guru, dia seperti terbang entah ke mana.

“Mana Shamsul?” gua tanya kepada rakan-rakannya yang sedang sibuk mengisi borang.
“Inda tau bah cigu,” kata mereka.
“Dia inda minta ke mana-mana?” gua tanya.
“Entahlah cigu. Dengar-dengar dia ada masalah dengan dia punya ic,” kata mereka.

Seperti banyak anak-anak Sabah yang lain, dia juga terperangkap dalam lingkaran tersebut. Gua lihat ini bagaikan suatu warisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Yang ada IC pula tidak berstatus bumiputera.

Kadang-kadang gua lihat, bangsa imigran di sana lebih beruntung. Kahwin sahaja dengan orang Kadazan, maka warisan mereka layak digelar bumiputera. Mereka ialah bumiputera yang menyambut Tahun Baru China saban tahun. Terlalu sinis!

Tetapi, dia yang urat nadinya mengalir darah rumpun Melayu, bagaikan tersisih di tanah ini. Dia bukan bumiputera lantaran leluhurnya dikatakan datang dari Kepulauan Sulawesi.

Dia ialah suatu manifestasi yang mewakili ramai lagi yang senasib dengannya. Tanpa taraf warganegara dan tanpa taraf bumiputera.

Di negara yang mempunyai Perdana Menteri yang sedarah dengan mereka, mereka seperti tidak mempunyai apa-apa.

Nota tumit kaki: “Dia” ialah Shamsul Marabang, pelajar gua yang cemerlang dalam STPM. Selepas dia “terbang entah ke mana” selepas STPM, gua akhirnya tahu di mana dia berada sekarang ini. Adam yang kini jauh berada di Negara Matahari Terbit, membuka jalan untuk gua mengesan di mana Shamsul.

Thursday, 10 September 2009

Kepala lembu


“Bro, apa komen lu tentang demonstrasi kepala lembu hari tu?”
“Gua nampak sesuatu,” kata gua.

“Apa yang lu nampak?”

Gua nampak otak lembu tu ada kat dalam kepala diorang” gua kata.

Wednesday, 9 September 2009

Bayangkan, ada Pilihan Raya di Hari Raya


“Gua belum pergi shoping lagi untuk raya ni. Gua nak tunggu duit bonus,” kata Mat Lan Kapak, rockers vateran zaman Sweet Charity.

“Ada bonus ke?” gua tanya.
“Dengar-dengar, gitulah,” Mat Lan Kapak, kata.
“Oooo..dengar-dengarlahhhhhh…” kata gua

“Tapi, gua rasalah. Lu takyah tunggu duit bonus. Takder bonus hari raya tu,” gua kata.
“Tapi, diorang cakap ada bonus,” Kata Mat Lan Kapak. Mungkin dia nak menyedapkan hatinya.

“Kalau ada orang cakap macam tu, gua boleh kata, lu dah kena kencinglah bro,” gua balas balik.

Mat Lan Kapak diam. Matanya terkebil-kebil. Racun gua dah mula berjalan ke segala pelusuk urat sarafnya.

“Lu ingat kerajaan banyak duit ke sekarang ni?” kata gua.
“Hampeh!” gua tambah lagi.

“Lagipun pilihanraya lambat lagi. Kalau pilihanraya tu bulan 12 ni, memang confirm ada bonus.”

“Lu dah jadi rockers semenjak zaman Sweet Charity lagi. Tu pun lu tak boleh nak tengok ke?” gua kata lagi.

Mat Lan Kapak buat muncung. Gua tengok muncungnya dah sama macam mulut kerbau yang rabik terkena sabit.

Robek hati Mat Lan Kapak bila pilihan raya lambat lagi. Gua faham, Mat Lan Kapak amat berharap agar hari raya selalu muncul bersama-sama pilihan raya. Kerana pada masa itulah para pemimpin elitis akan menjadi manusia yang paling peramah, paling prihatin, paling beriman, paling baik, paling pemurah, di atas muka bumi ini!




Tuesday, 8 September 2009

Selamat berbaring, Rozita

“Cikgu, nanti lepas bersungkai, cikgu rasalah kuih ni,” dia kata sambil menghulurkan gua satu bekas plastik yang lutsinar.
“Apa ni?” gua tanya sambil memusing-musing bekas itu.
“Kuih makmur, cantik dipandang, berderai di tangan,” dia kata. Ada sedikit nada gurauan di situ.
“Sedap ke?” gua tanya.
“Sedap. Saya yang buat sendiri tu,” dia kata lagi.

*******
Tapi dia sudah tidak ada lagi.
Kuih makmurnya, hanya tertinggal dalam memori yang gua tercicir menjelang Aidilfitri 14 tahun yang lalu.

Dia pergi terlalu cepat, tetapi terlalu lama untuk gua tahu.
Dia sedang berbaring pada lena yang panjang, sangat panjang.

**********
Rozita,
kalau mungkin kamu pernah mencalarkan sedikit rasa saya, telah lama saya redhokan.
Kalau mungkin ada sedikit rezeki melintasi jantung kamu, telah lama saya halalkan.
Kamu tiada apa-apa khilaf dengan saya.

*********
Selamat berbaring.
Semoga kamu aman di sana…

Friday, 4 September 2009

FTG di Hari Raya

“Dude, lu tengah layan lagu apa?” tanya Abdul Aziz Japari kat gua.
Dia tengok gua tengah angguk-angguk kepala.
Telinga gua disumbat dengan dua fon telinga sebesar kuku jari manis.

Gua tak layan pertanyaan Abdul Aziz Japari.

“Lu dengar lagu hari raya ke?” dia tanya lagi.

Gua hangguk-hangguk kepala dengan dua fon telinga di dalam lubang telinga gua.

“Lagu hari raya DJ Dave, ada?” Abdul Aziz Japari tanya lagi.

Gua tetap hangguk-hangguk kepala dengan dua fon telinga di dalam lubang telinga gua.

Tiba-tiba, dua tangan Abdul Aziz Japari mencengkan dua fon telinga gua.
Cepat-cepat dia sumbatkan fon telinga gua ke dalam lubang telinga dia.

Tiba-tiba dia kata:
“Apa hal lu bro. Orang nak raya, tapi lu duk layan FTG. Main la lagu raya. Takder cita rasa langsung,” kata Abdul Aziz Japari sambil membaling dua fon telinga gua ke atas meja.

“Dude, kalau lu nak layan lagu raya, lu pegi Maidin. Tesco pun ada pasang lagu raya. Lu pegi sana la beb!” kata gua.

Eh, kalau nak raya mesti dengar lagu raya ke?

*pling*

Gua rasa, gua nak masuk National Geographic Channel

Kami sampai di persimpangan yang menghala ke Lembah Danum, pada jam 7.30 malam.
“Lebih kurang 1 jam setengah, sampailah nanti di Lembah Danum,” kata pengawal yang menjaga di persimpangan tersebut.

Pakcik Emran terus membawa coaster sekolah di atas jalan tanpa aspal. Hanya gravel. Berkelikir.
Makin lama, makin jauh.
Hari pun makin malam.
Jalan pun makin sempit.

1 jam. Tak ada apa-apa.
1 jam setengah. Tak ada apa-apa.
2 jam. Masih tak ada apa-apa.
Hari sudah malam. Gelap pekat di sekeliling.

Di kiri dan kanan jalan gravel itu, hutan dan hutan dan hutan sahaja. Tak ada apa-apa tanda bahawa manusia ada di situ.

“Jauh suda kita ni. Silap-silap nanti sampai Kalabakan juga kita ni,” kata pakcik Emran. Berseloroh.

“Pakcik, berhenti di depan sana tu,” gua kata kat Pakcik Emran.

Coster berhenti. Debu-debu mengapung.
Gua dengan Ahmad Masrizal turun. Fazman Mat Yatim pun ikut sekali. Gua usung tin biskut kering sekali ke bawah.

Gua tengok sekeliling. Tak ada apa-apa. Tak ada Pusat Kegiatan Luar Lembah Danum. Tak ada apa-apa tanda.

Dalam hutan rimba di tengah-tengah hutan hujan tropika tertua dunia, tanpa ada sebarang kelibat, memerlukan gua harus berfikir pantas.
Dalam coaster hampir 20 orang anak orang yang harus gua utamakan.
Gua yang harus selesaikan segala-galanya sebab gua yang jadi kepala xpdc ini.

Di tengah-tengah hutan hujan tropika tertua dunia, dalam gelap pekat malam gua mengunyah biskut kering bersama-sama Ahmad Masrizal dan Fazman Mat Yatim.

Perghhhh….gua rasa, gua Ahmad Masrizal dan Fazman Mat Yatim layak masuk National Geographic Channel kerana belum ada lagi mana-mana manusia yang duduk-duduk di tengah-tengah hutan rimba yang jutaan usianya, dalam suasana yang gelap pekat, sambil mengunyah bikut kering dengan penuh santai.

Macam tak ada apa-apa.

Thursday, 3 September 2009

Dinihari Yang Membeku Di Gunting Lagadan

Dinihari itu – sangat sejuk – sejuk yang amat. Hujan dari malam tadi belum berhenti.

“Lu dah mandi?” gua tanya Wan Zul Speaker.

“Gua masuk jamban, gua buang air kecil….gua dengar bunyi ting! ting! ting! Air kecil gua dah jadi air batu. Sejuk tahap gaban. Kemudian lu tanya gua dah mandi ke belum,” jawab Wan Zul Speaker.

Dinihari itu sangat sejuk – sejuk yang amat.

Nafas gua dengan nafas Wan Zul Speaker keluar asap berkepul-kepul.

Budak-budak F6 yang gua bawa, sedang tidur. Nyenyak yang amat. Cuba lu bayangkan:

“Bangun awal pagi di kaki Gunung Kinabalu. Kemudian berjalan melawan graviti sejauh 3 kilometer, dengan 10kg beban dibelakang, , basah sepanjang denai, perut yang bukan lagi berkeroncong , dalam suhu yang sangat sejuk. Kemudian lu sampai ke tempat penginapan setelah 8 jam berhuh hah huh hah, kemudian makan nasi goreng panas-panas dengan sup ayam dan secangkir kopi pahit panas. Dan hujan pula semakin lebat. Lu penat. Penat giler. Hawa sangat dingin. Lu ada sebuah katil dan tilam empuk. Lu ada sleeping bag di atas tilam itu. Lu juga ada heater.

Dan hujan semakin lebat. Hawa sangat dingin.

Apa yang ada dalam kepala otak hanyalah zzzzzzzzz.”

Jadi gua tak salahkan budak-budak itu kalau mereka lena bagai seekor ular sawa yang baru menelan seekor anak babi hutan!

Dinihari itu sangat sejuk – sejuk yang amat.
Gigi atas bercumbu rayu dengan gigi bawah.
Hujan masih lebat.

“Macam mana? Nak naik ke tak?” gua tanya Wan Zul Speaker.
“Hujan tu bro,” gua kata.
“Nanti gua tanya guide tu. Kalau dia kata ok, kita on,” kata gua lagi.

“Bulih juga kamu naik ke atas sana tu. Tapi kana hati-hati sikit. Batu licin,” kata guide yang gua rasa mungkin berusia sekitar awal 20-an.

“Ok, on!” gua kata kat Wan Zul Speaker.
“Budak-budak tu?” tanya Wan Zul Speaker kat gua.
“Tak payah bawa. Jadi apa-apa hal, susah nanti kita nak jawab. Anak orang tu.” gua kata.

Gua pun pakai beberapa lapis pakaian. Gua pakai wind breaker kat luar. Gua pakai sarung tangan kulit yang gua pinjam daripada Alias Che Long.

Wan Zul Speaker pun sama. Cuma dia tak ada sarung tangan kulit sahaja. Sarung tangan dia dari jenis yang kodi, sangat kodi…sarung tangan para buruh kasar yang buat bangunan batu. Ha! Ha! Ha! Ha!

Kemudian gua dengan Wan Zul Speaker, melangkah ke pintu Gunting Lagadan.

Dinihari itu – hujan masih lebat – hawa sangat dingin

“Kamu mahu ke mana ni?” tanya seorang guide tiba-tiba.
“Mahu mendaki ke atas,” Wan Zul Speaker jawab.
“Mana bulih mandaki. Hujan lebat bah itu. Bahaya.” guide itu kata.
“Tak apa, kamu dua orang sahaja. Budak-budak tu tak ikut,” gua kata.
“inda bulih bah. Aku indak bulih kasi kabanaran untuk kamu. Nanti kalau apa-apa terjadi, susa siya mau kasi jawab,” guide itu kata lagi. Bersungguh-sungguh.

Gua tengok Wan Zul Speaker. Wan Zul Speaker tengok gua.

Hujan masih lebat – hawa sangat dingin – dinihari itu sangat gelap

“Aku sendiri pun yang dah beratus-ratus kali mandaki pun indak berani ke sana,” guide itu kata lagi.

Gua dengan Wan Zul Speaker terpaksa akur.
Gua kecewa. Wan Zul Speaker lagi kecewa.

Gua dengan Wan Zul Speaker kemudian memanskan air. Secangkir kopi kami cicip dalam kedinginan di Gunting Lagadan. Di luar sana hujan masih lebat.

7.00 pagi. Baru hujan reda.

“Woiiiiii…!!!!” Wan Zul Speaker memanggil gua. Dia berada di luar.

Gua menyusur ke tempat Wan Zul Speaker.

“Cuba lu lihat sana,” Wan Zul Speaker kata sambil jari telunjuknya mendongak ke atas.

Gua tengok air terjun yang sangat besar berasak-asak di laluan pendakian. Patutlah guide itu tidak membenarkan gua dengan Wan Zul Speaker mendaki ke Low’s Peak.

“Kalaulah guide itu tak sedar yang kita akan pergi ke sana. Kemudian tiada siapa yang larang, lu rasa-rasalah apa yang akan jadi kat kita?” Wan Zul Speaker tanya gua.

“Sama ada kita beku di sana dan menjadi patung air batu yang paling hensem pada dekad ini, atau mungkin juga kita tidak akan ditemui oleh sesiapa kerana jasad kita tidak tahu berada di celah lurah yang mana satu,” gua kata.

Nafas gua dengan nafas Wan Zul Speaker mendesah-desah sambil mengeluarkan asap.

***
Di depan Gunting Lagadan, beberapa orang pelajar F6 sedang bergaya di depan kamera. Dan mereka masih lagi mempunyai guru Pengajian Am dan guru Ekonomi untuk mengajar mereka pada hari Isnin nanti.

Tuesday, 1 September 2009

Haaaauuuummm......

Begini:
Lu berlari-lari-lari-lari-lari-lari di sepanjang kaki langit. Ada beberapa lapis warna pelangi yang bercantum dari muka bumi ke dada langit. Kemudian, lu meniti lapis-lapis warna pelangi itu, dan bermain kejar-kejar dengan bintang-bintang.

* *
* * *
* * * * * *
* * * * *


Bro, apa yang lu merepek ni?
Tak, gua tak merepek….gua mengantuk!

Apek itu memang bodoh!

Latar masa : zaman sebelum mykard
Latar tempat : sebuah kedai fotostat di sandakan, kepunyaan seorang cina.

Gua bawa kad pengenalan gua. Gua nak buat salinan. Dulu, kp ini taklah seperti namanya, kad pengenan bermutu tinggi. Bila dah lama keluar masuk dompet, lama-lama plastik pembalutnya terkopak.

“Buat 4 salinan,” gua kata kat cina tu.

Dia belek-belek kp gua.

“Mana kamu beli ni. Berapa kamu bayar? dia tanya.

“Ini original. Tak ada beli-beli,” gua kata.

Dia terus membuat salinan.

“Kalau yang original, mana boleh koyak-koyak begini,” dia kata.

“Kamu beli kp ini, lepas tu mengaku bumiputera. Ramai orang yang buat begitu,” cina tu kata.

Gua dah panas telinga. Gua ambil kp gua dan gua kata:

“Apek, kalau lu boleh buktikan ini kp palsu, gua bagi lu 10 ribu ringgit. Tapi kalau lu tak boleh buktikan, gua potong lu punya kepala!”

“Lu memang bodoh la apek…” gua kata kat apek tu.

Apek tu terkebil-kebil.

Monday, 31 August 2009

Merdeka!Merdeka!

"Woiiii..." Mat Lan Kapak teks gua.
"Wasap bro?" Gua balas, via sms.
"Lu tak sambut merdeka. Kat Genting diorang nak bakar bunga api" Mat Lan Kapak balas, via sms.

"Malas" gua balas balik.

Dude, orang putih tu datang ambil tanah kita. Kita tak pernah bagi pun tanah itu. Lepas tu, orang putih buat macam-macam. Korek bijih timah, hisap susu getah. Bawa masuk para imigran.

Itulah jasa orang putih.

Kemudian tanah yang dia ambil itu, hendak dikembalikan kepada kita.

P***m*k orang putih.

Darah para pejuang sudah banyak mengalir di bumi Tanah Melayu. Lepas tu, dia bagi pelbagai syarat untuk memerdekan Tanah Melayu.

"Merdeka"

Dia ambil tanah kita, kemudian kembalikan dengan syarat-syarat yang hanya dianggukan kepala oleh Tunku Abdul Rahman seorang sahaja.

Ya, Tunku Abdul Rahman dan kumpulannya sahaja!

Kemudian, kita pun merdeka....

Kemudian kita pun jadi macam ni....satu hilang

hilang satu lagi....

hilang lagi...

Dan kita hilang semua kerana hanya kita sahaja yang meletakkan tolak ansur di atas batu jemala kita.

Hanya kita sahaja...

"Dude...bangun woi. Dah nak berbuka ni!" gua terasa bahu gua digoncang-goncang.

Gua buka mata. Gua nampak Mat Lan Kapak dengan kurma rotab bam dia.

Aiseyyyyy...gua mimpi lagi la.

Kalau gua jadi Menteri Pelajaran

Gua nak ubah sukatan pelajaran Sejarah. Nak cerita yang sebenarnya hakikat kemerdekaan tanah air. Sejarah para pejuang kemerdekaan yang sebenar. Bukan hanya setakat orang-orang itu sahaja.

Gua nak bersihkan sejarah yang tertulis dalam buku teks sekolah.

Friday, 28 August 2009

Tamparuli

Dulu, lama dahulu, beberapa tahun dahulu, gua pernah limpas Tamparuli.

Baru-baru ini, gua berkesempatan ke Tamparuli, bukan limpas sahaja.

Gua berada dalam dewan ini : Dude, cuba lu bayangkan, dulu-dulu orang ini pernah jadi Ketua Menteri. Sekarang ini dia turun pangkat, jadi Timbalan sahaja. Cuba lu bayangkan…


Antara atur cara majlis pada hari itu ialah ucapan Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Selatan, Kumpulan Yayasan Sabah.


Saya dulu, masa mengajar di SMK Sandakan, kawan saya Encik Zamani tu hensem sikit daripada saya. Saya hensem banyak…ngeeehhh..ngeeeehhhhh…. Ketua Pentadbir Zon itu berkata.

Kalau disebut Tamparuli, maka sudah semestinya jambatan gantungnya ialah kembar siamnya

Tapi sampai ke sudah, gua tak jumpa cari Marsha.

List terkini

Sahawati Harun, Eryiani Japar, Juliana Abd Khamid, Norhayati, Ct Zuraidah...ini pelajar gua tahun '94.

Mmmmm....pelajar perempuan lagi. Yang jantan-jantan tu memang buta Internet kot...

Apek yang Machiavelli

“Dude, lu rasalah kenapa apek tu kena halau?” tanya seorang kawan kat gua.

“Apek mana? Apek yang jual katak kat pasar malam tu ke?” gua jawab soalan dia dengan soalan.

“Tu la, apek yang seorang tu. Yang pernah menjadi aktor terlampau secara tak sengaja tu,” dia kata.

“Ooooo….apek tu,” kata gua.

“Gua berani potong kuku kaki kiri gua yang dia kena halau bukan kerana masalah moral,” kata gua dengan mulut penuh karipap. Bersembur-sembur tepung karipap tu.

“Apa hal lak lu kata begitu?”, dia tanya. Tangannya merayap-rayap atas meja, nak ciluk karipap gua.

“Apek tu bergaduh dengan apek spek tu. Semua orang tahu la bro!” gua kata sambil menepis tangannya yang merayap-rayap tu.

“Kira cam apek spek tu pakai konspirasi bapak PPSMI ler tu. Bunuh pesaing” gua kata lagi.

Machiavelli…Machiavelli…

Thursday, 27 August 2009

One morning with Tan Sri

Gua ada miting dengan seorang Tan Sri. Seorang Cina berbadan sederhana, umur sedang-sedang dipanggil kubur.

Lepas miting, dia cerita-cerita.
“My flend just came back prom Cincinatti. All the television there ha, covered up about the modhel who was punish to be canned. So bad la. Our image were tanished because op this issue.,” kata Tan Sri itu dengan muka yang berkedut-kedut.

“I think aaa…the canning is not civilised. How can you treat a weak creature like that?” dia kata lagi.

Gua dengar. Gua senyum-senyum.

Bila dia habis, gua pun kata:
“American even worst than us. They punish to death a woman by electric chair or poisionus liquid. We just canned that woman. just 6 canning, not 40. Not a single stripe will be appear at the skin. But do you know how the prisoner take their canned punishment according to civil law? 10 times worst than syariah law. But why anybody did not talk about that?”

Tan Sri tu terkebil-kebil. Entah dia faham atau tidak.

“Tan Sri, this is just a half of the propaganda from there.” gua kata.

“From where?” Tan Sri tu tanya.

Gua senyum-senyum sahaja.

Wednesday, 26 August 2009

Di negara 1Malaysia

Gua duduk di gerai sambil makan-makan colek kerang, keropok gotel dan minum air nira kelapa. Perghhhh…itu ialah aktiviti yang menyegarkan otak dan badan pada malam-malam bulan puasa.

“Dude, siapa minah tu?” Asri Comel tanya gua. Mata dia tertancap pada kaca televisyen.

“Minah mana?” gua tanya.

“Tu..!” kata Asri Comel sambil memuncungkan bibirnya ke kaca televisyen. Mulutnya mengunyah-mengunyah.

“Oooo…minah ni yang kena tangkap hari tu. Dia minum Tiger,” gua kata.

“Minum Tiger pun boleh jadi glamour gak! Apa barang! Hari-hari keluar tivi. Hari-hari keluar suratkhabar. PM pun bagi komen sekali suruh dia merayu. PM tu bro, PM!” kata Asri Comel.

“Nak buat macam mana? Peminum arak di 1Malaysia ni lebih bertuah daripada masa depan anak-anak bangsa yang dibunuh oleh PPSMI. Peminum arak itu sentiasa dibela hingga ke peringkat golongan dewa-dewa. Anak-anak pasca PPSMI siapa yang mahu bela. Silap-silap lu kena tuduh tak mahu kemajuan,” gua kata.

“Mmmm…..” kata Asri Comel.

Tiba-tiba Asri Comel melaung:
“Bang, tukar channel ESPN!”

Tuesday, 25 August 2009

Saing Sobat

Selain anak-anak didik, gua juga mempunyai banyak rakan guru. Antaranya
1. Hanafiah – guru lelaki yang paling bergaya di SMK Sandakan. Sekarang ini menjadi orang penting Yayasan Sabah.
2. Mat Nor Sima – Cikgu berbangsa Bugis yang berasal dari Sungai Manila. Dia ni handsome dan juga menjadi idaman para pelajar perempuan. Sekarang menjadi pengetua di SMK Kabota, Tawau
3. Kalana Jaman – Datang dari Sungai Kayu, sekampung dengan Musa Aman. Dia ni jenis yang tak tahu macam mana nak marah orang.
4. Shahrudin – Ensiklopedia bergerak Hindustan.
5. Esmadi Ismail – Berasal dari Sungai Petani, Kedah. Orangnya kecil molek. Tali leher yang dipakainya sering kali sampai ke celah kelengkangnya kerana tali leher yang ada di pasaran semuanya terlalu panjangnya untuk saiz tubuhnya. Sekarang menjadi pemangku pengetua di SMK Taman Fajar
6. Wan Zulkifli – Gua memanggilnya Wan Zul speaker, sebab volume suaranya yang begitu lantang. Kalau dia mengajar Ekonomi di kelas Tingkatan 6 Atas, pelajar-pelajar tingkatan 5 di blok sebelah boleh tumpang belajar sekali.
7. Rosli Jusuh – Cikgu yang paling cool dan mempunyai mata yang romantik. Menjadi SUP yang sentiasa sibuk dari awal bulan Januari hinggalah habis peperiksaan STPM.
8. Musa Abdul Aziz – Mengajar Pengajian Am kertas 1. Berbadan kecil molek tetapi menjadi cikgu yang tegas semasa menjawat jawatan PK HEM.
9. Mamat Asri Awang Besar – Ada pelajar-pelajar yang memanggilnya sebagai bapak komunis lantaran kegarangan dan kepayahannya untuk senyum.
10. Maidul Empau – “aku kawin dulu pun sebab kena paksa. Masa tu aku mabuk tapai bah”
11. Megat Yusuf Tapa – Lone ranger, selalu bertapa seorang diri di rumah sewanya.
12. Asri Harun – cikgu yang paling banyak percaya benda tahyul. Dia selesema pun dia kata ada orang sudah santet sama dia.
12. Husairi – badan kecil, makanan kegemaran roti kobra. Sekarang menjadi PK 1 di SMK Muhibbah
13. Ustaz Azhar – pernah tertinggal isterinya di tempat kenduri
14. Rozi – cikgu prinsip akaun yang berjiwa peniaga
15. Jafri Jafar – cikgu yang paling banyak makwe dari kalangan budak-budak sekolah
16. Ahmad Bohari Salleh – Romantik ketika mengajar sastera melayu tingkatan 6
17. Azli Husin – budak form 6 memanggilnya sebagai The king of Kumpau

Sunday, 23 August 2009

Kamera atau Kepayang? Lu pilih mana satu

“Bang”, dia memanggil dengan suara yang amat kecil.
Gua berpaling. Kepalanya dirapatkan ke telinga gua.
“Ada kamera. Bagus bah ini,” dia kata. Dia membuka sebuah beg kecil. Di dalamnya ada sebuah kamera berjenama Canon.
“Ambillah ini kamera. Murah sja,” dia kata.
“Berapa?” gua tanya.
“500 sja,”. dia balas.

********
“Bro, ada mamat nak tolak kamera digital kat gua. Murah giler,” gua bagi tau Hanafiah, via sms.

“Kalau lu nak tidur kat Kepayang, lu angkatlah,” jawab Hanafiah, via sms.


Lepas tu bila gua bayangkan kat muka depan akhbar Sabah Times pada besok pagi akan terpampang kepala berita begini:

BEKAS SETIAUSAHA AKHBAR MUSA AMAN MENGIKAT JAMIN KAWANNYA YANG TAK BERAPA NAK HENSOM KERANA MEMBELI KAMERA CURI DARI SEORANG PENDATANG FILIPINA

terus gua batalkan niat nak beli kamera tu.

Tak pasal-pasal nanti, kalau gua nak bertanding pilihan raya kecil, tajuk berita itu boleh dijadikan modal untuk melakukan pembunuhan karakter gua macam yang berlaku kat Permatang Pasir sekarang ni!

Friday, 21 August 2009

Lim Tek kata, bulan ini dia dapat makan yang sedap-sedap

“U tau ka, I memang tunggu bulan puasa datang,” Lim Tek kata kat gua.

Seorang Cina, bukan Islam, tertunggu-tunggu bulan Ramadan, bagi gua suatu yang agak di luar jangkaan.

“Mengapa lu suka sangat dengan bulan puasa?” gua tanya Lim Tek.

“I dapat banyak makan yang sedap-sedap maaa!. Lain bulan mana ada pesta makanan,” kata Lim Tek sambil mengenyeh-ngenyeh hidungnya yang pesek itu.

“I tak payah jalan jauh-jauh mau cari makanan yang sedap-sedap. Banyak gerai ada. Kalau I jemu makan kat gerai, I boleh pegi hotel. Sana hotel pun banyak makan-makan sedap dalam bulan puasa,” kata Lim Tek lagi.

Dude, bila non-muslim asosiasikan bulan Ramadan dengan bulan untuk makan-makan, lu rasa salah siapa?

Thursday, 20 August 2009

Kota Kinabalu, Selamat Hari Raya

Malam. Jam lapan malam, berlebihan beberapa minit.

“Bro, kamu di mana?” Hanafiah tanya gua via sms.
“Sembulan, dekat tugu double six. Tengah makan. Datanglah” gua balas, via sms.

Gua, Vincent dan Chong makan kat situ. Tak lama kemudian Hanafiah sampai. Kami berbla! bla! bla! bla! sambil mencemarkan udara.

“Kamu mahu ke mana lepas ni? gua tanya Vincent dengan Chong.
“Terus balik hotel. Tidur. Penat suda ini,” Vincent kata.
“Ok, lah kamu balik dululah. Aku nak berhari raya dengan Hanafiah.
Vincent dan Chong macam blur blur bila gua kata nak berhari raya.

Hanafiah senyum-senyum.

Dan malam itu, gua dengan Hanafiah berhari raya di Kota Kinabalu.

Gua dengan Hanafiah Cuma berhari raya korban sahaja, bukan raya puasa.

Dude, lu rasa-rasalah, apa reaksi sumandak-sumandak KK bila lihat four wheel drive berwarna hitam yang ada grill BMW kat depan yang diisi oleh dua jejaka somboi?

“Bro, gua rasa gua dah kena raya korban la.” gua kata kat Hanafiah.
“Hahahahahaha…anggaplah sedekah sempena Ramadan,” Hanafiah kata.

“Selamat ‘Hari Raya’ ” Hanafiah kata kat gua.

Wednesday, 19 August 2009

Sikul yang Bangsal

“Gua rasa macam nak menangis melihat sikul itu,” Hanafiah kata. Ada tekanan suaranya di situ.

“Mengapa?” gua tanya.

“Lu bayangkan :tak ada apa. Hanya ada atap, kerusi dan meja. Tiada dinding. Daif yang amat,” kata Hanafiah.
“Sikul itu ialah bangsal” sambung Hanafiah.

Gua tadah telinga.

Kemudian Hanafiah sambung lagi:
“Bro, gua rasa lembu-lembu kat Tawau tu lagi beruntung dari budak-budak ini,”
“Mengapa?” gua tanya.

“Lembu-lembu tu ada bilik-biliknya. Diberi makanan kelas pertama. Biliknya ada air cond! Tapi budak-budak tu….” Hanafiah kata. Kata-katanya berhenti di situ. Tak terucap. Gua tahu kepayahan perasaan Hanafiah.

Dude, nasib lembu ada ketikanya lebih baik dari nasib anak-anak Sabah pada abad ke-21 ini!

*sikul = sekolah

Tuesday, 18 August 2009

Patricia

Tengah hari. Tak ada apa-apa aktiviti. Gua pun masuk ke dalam Center Point. Gua buat macam orang perempuan biasa buat, membeli belah dengan jendela.

Ruang legar- Center Point luas. Ada air pancut. Apabila, kalori banyak terbakar, gua rasa penat. Gua pun duduk-duduk di ruang legar.

Dude, lepak-lepak sambil memakai t-shirt kaler hitam, bertopi adidas, dan berseluar katuk, gua cakap sama lu.....perghhhhh....cool brader!

Tengah syiok, duduk-duduk, seorang awek berlari-lari anak. Gua tak peduli. Dia nak berlari ke, nak merangkak ke, nak buat gimrama ke, gua tak peduli.

Gua duduk-duduk sambil menyilang kaki.

Awek tu terus berlari-lari anak. Gua tak peduli.

“Cigu! Cigu!...”

Gua tak peduli.

“Uiiinaaa...cigu ni. Indak pun dipedulinya orang mamangil dia,” dia kata.

Gua pandang dia. Dia sudah tidak berlari-lari anak. Dadanya turun dan naik. Naik dan turun

Gua ingat-ingat lupa.
Gadis bert-shirt putih, berskirt pendek, berkulit gebu, gua renung-renung.
Gua ingat-ingat lupa.

“Cigu sudah lupa sama saya ka?” dia tanya

Gua senyum.

“Patricia bah cigu. Patricia Joanis. 6 Atas 2” dia kata. Suaranya halus, gemersik.

Gua renung muka dia. Ada tahi lalat halus di hujung bibir atasnya yang seulas itu. Tahi lalat yang ada, tapi macam tak ada.

“Pat?” gua tengok dia. Gua sudah mula ingat. Tapi Pat yang gua kenal dulu, sedikit berbeza susuk wajahnya.

Dia senyum.

Gua terus tengok muka dia. Kulit mukanya putih, ada kemerah-merahan. Mungkin dipanggang matahari sebentar tadi. Dia selamba duduk di sebelah gua. Macam tak ada apa-apa.

“Buat apa cigu di sini?” dia tanya.
“Dangar-dangar cigu indak mengajar sudah,” dia sambung
“Cigu Jefri dengan Cigu Azli mana pigi suda?”dia tanya lagi.
“Cigu Bob katanya kawin suda sama si As yerk, budak 5 Merah? dia terus tanya.

Ada sedikit selang, gua mencelah:
“Kamu ni Pat, kalau cakap memang tak pernah berubah. Sama juga macam dulu, macam keretapi berkuasa turbo,” gua kata.

Dia senyum-senyum sambil menguis-nguis anak rambut yang bermain-main di hujung alisnya.

“Cuma satu sja yang indak pandai berubah,” gua kata.
“Apa tu cigu? dia tanya.
“Kamu tetap juga perempuan, macam dulu-dulu!”
“Iyalah bah. Mana bulih siya jadi laki-laki!” dia kata. Manja. Juga macam dulu-dulu.

Diam sebentar.

“Berapa suda anakmu” gua tanya.
“Indada,” dia kata.
“Ui...indak beranak lagi kamu. Kamu mandul ka?” gua kata. Dia tahu itu bahasa gua. Dia tahu gua suka bergurau.
“Macam mana mahu baranak kalau bapaknya indada,” dia kata.
“Belum kahwin?” gua tanya.

Pat geleng kepala. Tersenyum.

“Mengapa belum? Takkan tak ada boy friend?” gua sambung lagi.
“Dulu-dulu adala. Tapi pisah sudah,” dia kata.

Gua pun meminjam modal dialog si Hanafiah.
“Tu la kamu, dulu-dulu jual mahal. Saya nak mengorat, tapi kamu indak melayan,” gua kata. Intonasi seperti orang yang baru mati bini.
“Alaaaa.....cigu tu yang sumbung. Urang mengasi signal suda, tapi cigu buat-buat indak paham,” dia kata. Menempelak gua sebenarnya.

Ha!Ha!Ha!Ha! gua kata.

****************
Petang itu, setelah bla!bla!bla! dengan Pat, gua balik Premonade.
Pat melangkah ke arah Plaza Wawasan. Terminal bas ada di sebelahnya. Gua hanya menghantarnya dengan mata.

Sambil berjalan ke Premonade, gua cuba ingat-ingat, apakah signal yang telah diberikan oleh Pat, pelajar gua dari kelas 6 A 2 pelajar Kadazandusun yang ketika itu berusia 19 tahun, antara pelajar gua yang paling sulung.

Gua, dalam soal-soal yang macam ni, memang hampeh!

Pilak yang silap

Petang, gua tak ada benda yang nak dibuat.
“Apa barang terperap dalam bilik!” gua jerit dalam hati. Gua turun ke lobi. Kemudian di muka pintu depan lobi hotel, gua terfikir-fikir mana mau lepak. Tengah gua terlangut-langut, gua baru sedar, hotel gua berjiran dengan Centre Point. Maksudnya, sudah dekat benarlah tu dengan pasar filipin.

Gua pun melangkah ke sana. Bila gua tiba di sana, gua lihat pasar filipin tetap macam dulu. Tak berubah. Bau hanyir dari longkang berhampiran tetap sama seperti 10 tahun lepas. Barang-barang yang didagangkan pun sama seperti dulu : mutiara, batu permata murahan, mutiara, batu permata murahan, dan mutiara serta batu permata murahan. Benda-benda itu masih lagi menjadi penghuni di dalam almari pameran kaca.

Cuma satu sahaja yang berubah : pasar filipin sudah ada nama baru; Pasar Kraftangan.

Gua tinjau-tinjau. Tak ada yang menarik buat gua. Kemudian gua duduk-duduk di atas bangku di depan pasar filipin.

Gua tengok-tengok rencah hidup orang-orang Kota Kinabalu. Tetap sama macam dulu. Pendatang filipin masih lagi berdagang dari satu manusia ke satu manusia menjaja barang dagangan dan nasibnya.

“Bang, cermin mata. bagus ni. Original,” seorang dari mereka menyapa gua.
Gua menjawab dengan gelengan kepala.
Dia mungkin tahu yang gua bukan orang tempatan, sebab sebentar tadi gua ada sembang-sembang dengan seorang makcik yang datang bercuti dari Semenanjung.

“Angkatlah satu bah. Susah mau dapat ini barang di Samananjung. Bagus bah cermin mata ini,” dia kata lagi.

“Bagus ke cermin mata ni?” gua saja-saja tanya dalam bahasa “urang Malaya”.
“Original bah ini. Aku ambil dari kapal di palabuhan,” dia kata.

Gua tahu dia bohong.
“Indak payah la kao membuyut sama aku. Ini dari filipin bah ini,” gua kata dalam loghat Sabah yang maha pekat.

Bila dia dengar sahaja gua bercakap loghat Sabah, dia terus belah.

Pilak, kamu tersilap oranglah nak kelentong!

Monday, 17 August 2009

Hari Pertama Gua di KK, Gua Dah Jadi VIP!

Gua sampai di terminal 2 lapangan terbang Kota kkinabalu. Macam biasa, gua kena beratur untuk pengesahan imigresen. Gua rasa macam nak masuk negara Siam sebab kena periksa imigresen. Tapi gua tak kisah. Semua itu sudah terangkum dalam 32 Perkara. Gua hormat.

Bila sampai giliran gua, gua hulurkan mykad gua. Pegawai imigresen tu tanya:

“Apa kabar bah sigu?”
Gua terkebil-kebil. Tapi gua sudah tahu, kalau ada makhluk Tuhan yang panggil gua ‘sigu’, ni sahih pelajar gua. Tapi gua tak cam pelajar gua yang jadi pegawai imigresen tu. Musim selesema babi ni, semua orang pakai topeng macam doktor kat dewan bedah.
“Sigu tak kenal saya ka?” dia tanya lagi.
“Manalah aku cam. Kamu pakai topeng,” gua kata.
Dia melondeh topeng selesema babinya. Serta merta gua cam. Pelajar tingkatan 6 gua kat smk Sandakan dulu. Rahman nama dia, kembar si Rahim.

Lepas tu, gua dapat layanan kelas pertama dari dia. Penumpang lain tengok-tengok gua. Gua dah mula syak, mungkin diorang ingat yang gua ni VIP atau tauke balak yang kaya raya. Tapi diorang tak tahu, gua jadi VIP sebab gua pernah jadi cikgu. Dan seorang pelajar gua kebetulan menjadi “penyambut” semua penumpang di terminal itu.

Nah, siapa cakap yang kalau jadi cikgu, lu tak dapat layanan kelas pertama!

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...