Thursday, 3 December 2009

Gua kutip dan gua pungut

Dulu, kalau gua lepak-lepak kat bilik guru, di telinga gua akan selalu terdengar kata-kata seperti:

“Aku menyampah betul dengan si ….”
“Si … tak pernah nak buat kerja rumah. Lantak dialah.”
“Ponteng lagi si …. Kali ini aku nak cadangkan dia kena buang sekolah.”
“Dia nak belajar ke, tak nak belajar ke. aku tak peduli!”
“Si…tu memang jenis baka hantu raya. Jangan pedulilah kat dia tu”

Macam-macam lagi sebenarnya.

Kalau gua, gua tak tengok dengan mata kosong.
Gua kata, “Aku nak budak tu, bagi kat aku”.
Lalu gua pun selalu menjadi pengutip dan pemungut.

Tak semua sanggup memungut dan mengutip mereka kerana memungut dan mengutip mereka ini ada seninya. Dan seni itu amat payah dikuasai oleh manusia idealis yang ego.

2 comments:

  1. kenapa fikiran kita sebagai pendidik sama ya cikgu, saya pun rupanya memungut dan mengutip. Saya tidak sampai hati membiarkan pelajar saya dibuang begitu sahaja terutama anak bangsa sendiri. sebab telah banyak yang saya lihat budak-budak cam nilah yang masih ingat kita sebagai gurunya berbanding pelajar yang menjadi pujaan guru kerana kerajinannya dan kebaikannya ( yg sebenarnya berudang ). Saya tahu suatu hari apabila kesedaran mereka tiba, mereka akan berubah. Sebab itu bekalan untuk perubahan itu perlu ada agar tidak menghalang perubahan ke arah kebaikan itu.

    Lyena..

    ReplyDelete
  2. teruskan usahamu cikgu ku sayang...hancur badan di kandung tanah, budi yang baik di kenang juga

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...