"Apabila kita hendak menyampaikan dakwah, jangan sampai maruah kita sebagai pendakwah terjejas. Sebaiknya sampaikan dakwah dari luar. bawa mereka (pengunjung pusat hiburan) ke kawasan yang lapang dan adakan ceramah untuk beri kesedaran pada mereka."
Itu kata-kata seorang yang berada di tingkat paling atas yang menjaga Islam di sebuah negeri yang kaya di Semenanjung Malaysia.
Dude, cuba lu fikir dengan akal. Makhluk-makhluk yang mengunjungi pusat hiburan, yang berpakaian ala kadar, menggoyangkan kepala sampai ke awal pagi, lu tiba-tiba masuk ke sana dan lu pun kata :
“Wahai saudara dan saudari sekalian, jom kita pergi ke padang sekolah sebelah. Saya nak buat ceramah agama.”
Lu agak-agak, ada ke makhluk-makhluk itu akan dengar cakap lu. Buat satu barisan, kemudian berderet beratur menuju ke padang sekolah. Kemudian mereka pun duduk sambil mendengar ceramah agama lu dengan penuh khusyuk.
Kalau lu nak bikin filim, bolehlah lu masukkan scene macam tu. Masalahnya, berdakwah bukan seperti membikin sebuah filim. Semudah, camera rolling, action!, dan kemudian cut!
Nak hambat budak-budak sekolah yang tinggal di asrama supaya pergi ke surau pun payah, apatah lagi nak panggil dengan ‘penuh berhikmah’ dan ‘sopan santun’ anak-anak muda yang sedang lalok di disko-disko.
Memang gua skeptikal tentang itu.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
sekurang-kurangnya ada yang mahu berdakwa. Kalau semua mahu kononya asyik memikirkan cara terbaik, sudahnya tiada apa yang berlaku..maka semakin bergentayanganlah para penghuni neraka jahanam itu menghuni hati-hati manusia yang lalai kerana asyik memikirkan sesuatu yang ideal..Kalau bukan semua ahli syurga dunia tu nak dengar, mesti ada hamba Allah yang terdengar seruan itu, hidayah Allah SWT tidak mengira tempat. Manalah tahu dengan seruan itu, kita berjaya menyelamat seorang umat Muhammad, bukankah itu lebih baik daripada terus berfikir dan berfikir. Kalau Nabi SAW asyik berfikir pada zamannya, nescaya Islam tidak berkembang sehingga ke hari ini....
ReplyDelete