Tuesday, 15 September 2009

Joleyana, semalam kamu bertanya, hari ini baru saya berikan jawapannya

Katakan:
Kamu berlari 100 meter. Kamu berlari dengan sekuat tenaga kamu. Kamu perah segala tenaga yang kamu ada. Kamu tak pedulikan kepada apa-apapun.

Kemudian,
Kamu menjadi orang yang pertama sekali mendada pada reben garisan penamat. Kamu menjadi juara. Segala sorak-sorai hanyalah untuk kamu.

Kamu telah menjadi juara.

Setelah kamu kerah segala tenaga, kamu dah benar-benar penat. Kamu dah tak rasa nak berlari lagi. Kamu dah kalahkan semua juara lumba lari. Masa itu, yang kamu rasa hanyalah ingin balik ke rumah, mandi di bawah pancuran, dan selepas itu berehat sambil menjulurkan kaki di atas meja kopi.

Kamu dah tak mahu berlari lagi kerana kamu sudah menjadi seorang juara. Lalu kamu mencari gelanggang lain untuk terus bersaing.

Nota tumit kaki : juga untuk mereka yang selalu bertanya mengapa gua tidak ada di dalam bilik darjah lagi.

3 comments:

  1. Kini, saya faham kenapa cikgu tidak lagi berkecimpung di dalam dunia perguruan tetapi masih setia di dalam bidang pendidikan.

    ReplyDelete
  2. Tetapi, cikgu merasakan diri cikgu telah menjadi juara. Juara yg bagaimana?

    ReplyDelete
  3. saya menjadi juara apabila anak-anak seperti kamu terus berjaya. Itu juara saya.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...