Wednesday, 9 September 2009

Bayangkan, ada Pilihan Raya di Hari Raya


“Gua belum pergi shoping lagi untuk raya ni. Gua nak tunggu duit bonus,” kata Mat Lan Kapak, rockers vateran zaman Sweet Charity.

“Ada bonus ke?” gua tanya.
“Dengar-dengar, gitulah,” Mat Lan Kapak, kata.
“Oooo..dengar-dengarlahhhhhh…” kata gua

“Tapi, gua rasalah. Lu takyah tunggu duit bonus. Takder bonus hari raya tu,” gua kata.
“Tapi, diorang cakap ada bonus,” Kata Mat Lan Kapak. Mungkin dia nak menyedapkan hatinya.

“Kalau ada orang cakap macam tu, gua boleh kata, lu dah kena kencinglah bro,” gua balas balik.

Mat Lan Kapak diam. Matanya terkebil-kebil. Racun gua dah mula berjalan ke segala pelusuk urat sarafnya.

“Lu ingat kerajaan banyak duit ke sekarang ni?” kata gua.
“Hampeh!” gua tambah lagi.

“Lagipun pilihanraya lambat lagi. Kalau pilihanraya tu bulan 12 ni, memang confirm ada bonus.”

“Lu dah jadi rockers semenjak zaman Sweet Charity lagi. Tu pun lu tak boleh nak tengok ke?” gua kata lagi.

Mat Lan Kapak buat muncung. Gua tengok muncungnya dah sama macam mulut kerbau yang rabik terkena sabit.

Robek hati Mat Lan Kapak bila pilihan raya lambat lagi. Gua faham, Mat Lan Kapak amat berharap agar hari raya selalu muncul bersama-sama pilihan raya. Kerana pada masa itulah para pemimpin elitis akan menjadi manusia yang paling peramah, paling prihatin, paling beriman, paling baik, paling pemurah, di atas muka bumi ini!




No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...