
“Nak tengok apa? Nombor ekor?”, gua tanya Mat Lan Kapak. Gua tetap tup-tap! Tup tap! Butang-butang komputer.
“Hampeh betul universiti gua. Nombor 345 tu! Tiga ratus empat puluh lima weh! Kalau lu jatuh dari 345 anak tangga kat Batu Caves, mahu patah tulang belikat!” bentak Mat Lan Kapak. Seperti biasa, hidungnya akan kembang kempis, kembang kepis kalau dia marah.
“Gua tak hairan. Cuba lu peratikan…universiti mana kat negara kita ni yang paling banyak ada pelajar PJJ? Universiti mana kat negara kita ini menawarkan program sarjana dan doktor falsafah secara PJJ? Universiti mana yang mempunyai pelajar sarjana dan dokor falsafah PJJ yang bersepah-sepah?” gua tanya balik Mat Lan Kapak.
Mat Lan Kapak terkebil-kebil. Lubang hidungnya sudah kekurangan keluasan kembang kempisnya.
“Iyalah, kalau dah bersepah-sepah pelajar PhD, mahu semput nafas para pensyarah dan penyelia,” kata Mat Lan Kapak. Perlahan saja suaranya. Suaranya dah jadi macam serati yang baru jatuh dalam air parit. Sambil berkata, dia ciluk dua biji gula-gula Halls gua.
Lepas Mat Lan Kapak berlalu, gua tengok akhbar yang dihempaskan Mat Lan Kapak tadi. Kemudian gua tertanya-tanya UMS ni agak-agaknya masih ada tangga lagi ke. UMP pulak kat tangga mana. UNITEN, UPN, UMP, UNIMAS, U itu, U ini, kat tangga mana pulak.
Banyak sungguh U kat bumi Malaysia bertuah ini, sehinggakan tak cukup tangga nak diletakkan.
Tapi kali ini gua pula kembang kempis lubang hidung bila tengok UM duduk kat tangga nombor satu.
“Woiiiiii ….. Mat Lan! Universiti aku nombor satu la” gua jerit kat Mat Lan Kapak.
Walaupun gua bukan Naib Canselor Universiti Malaya, dan gua tak kenal pun Naib Canselor Universiti Malaya sekarang, tapi gua bangga dengan Naib Canselor gua dulu, Prof Ungku Aziz dengan Prof Syed Hussein Al-Attas. Satu dunia kenal diorang. Lu punya Naib Canselor, ada orang kenal?
ukm xde naib canselor. ketua cawangan umno ada la
ReplyDeleteNak jadi NC, kena cerdik main politik; termasuk pelbagai jawatan pentadbiran tertinggi pada peringkat fakulti. Bersepah universiti di Malaysia sehingga intan sama banyak dengan batu.
ReplyDeleteA'aaa...naper la gua tak nampak...U kita ni memang diterajui oleh ketua umno cawangan la
ReplyDeleteNC=Ketua UMNO cawangan - (cawangan halimunan).
ReplyDeletesayalah kat UPM tu, papepun , saya tetap bangga ngan UPM walau pun terasa macam mat kapak tu.
ReplyDeleteOlyen....kesian kan kat mat kapak tu.. hehehehe
ReplyDelete