
“Dekat sudah bah ini. Kejap lagi kita akan sampai kat Gunting Lagadan. Sikit saja lagi ni,” kata gua, macam pujuk anak kecil makan ubat.
“Cikgu baa….” Mary terus duduk di atas hamparan batu.
“Inda larat bah aku ni,” kata dia.
“Cikgu dokong ler aku….” Dia kata lagi.
“Inda payah nak ngada-ngada. Kau jalan saja,” kata gua sambil melihat Low’s Peak yang semakin jauh ditinggalkan.
Awan semakin tebal.
Guide kata, kalau terlewat turun dari puncak, agak bahaya nanti. Bila awan dah semakin tebal dan banyak, kita akan kehilangan arah. Kita tak nampak apa-apa pun. Kita mungkin boleh tersesat atau terjatuh ke dalam gaung yang dalam.
Gua tengok Mary. Sudah jadi macam sayur kangkung kecut budak tu.
“Kalau cigu inda mahu dokong saya, saya mahu tidur sini,” kata Mary.
“Ha, tidurlah! Nanti aku golek kamu sampai bawah,” gua kata kat Mary.
“Nah, kamu minum air ni dulu. Rehat dulu kejap. Pasni kita terus turun Gunting Lagadan,” kata gua.
Selepas meneguk 100 Plus, Mary menapak satu satu ke bawah.
Panjat Gunung Kinabalu memang penat dan melelahkan….untuk sesetengah orang la….
No comments:
Post a Comment