Dude, pehal ada darah kat kaki lu?
“Ada orang letakkan duri kat jalan yang biasa gua lalu tadi”
Lu tak nampak ke duri tu?
“Tak, sebab gua tak tahu warna duri.”
Habis tu macam mana lu tahu itu duri?
“Tajam, halus dan tidak terpandang oleh mata gua. Walau apa pun nama benda tu, gua tetap memanggilnya duri.”
Eh, kat dada lu ada darah la!
Gua angguk, dan berlalu pergi.
Semasa melangkah, gua melihat titisan darah gua. Mula mengering dan dihurungi agas.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
gua tak pakai selipar, gua suka pinjam kaki yang ada kat ayam.
ReplyDeletemgkn duri tu sdah lama lekat di tapak kaki cikgu, cuma selama ni tak perasan...
ReplyDeleteAnony,
ReplyDeletekadang-kadang duri yang terlekat di kaki, kita tak perasan. Mungkin sebab ikhlasnya kita dalam perjalanan. Kita tak sedar bahawa satu permainan sedang dimainkan oleh watak yang sangat pandai berkata disebalik mulut yang terkunci. Tuhan Maha Adil... jawapan itu tetap datang dalam pelbagai cara dan bentuk.
Sesungguhnya yang baik hanya untuk yang baik sahaja.
ya..sessungguhnya yang baik adalah untuk yang baik sahaja...dan yang jahat itu tempatnya bersama sama orang orang yang jahat. Dan kasihan lah buat mereka yang jahat itu tidak dapat merasa berkawan dengan orang orang yang baik..
ReplyDeletekalau ikhlas tidak perlu dinyatakan, kalau jujur tidak perlu dibesar-besarkan. Orang boleh menilai keikhlasan dan kejujuranmu..dan orang juga boleh menilai andai kejujuran dan keikhlasan itu terselit sesuatu yang hanya Allah saja yang tahu.
ReplyDeleteAnony 1,
ReplyDeletekita tidak boleh menilai diri kita sendiri. Apabila kita berbuat demikian, hanya 2 sahaja yang akan terjadi. Siapa kita untuk mengatakan seseorang itu baik atau jahat. Mungkin nampak jahat dipandang, tetapi rahsianya sangat misteri. Mungkin nampak baik dipandang, tetapi sentiasa bermain di tepian longkang.
Anony 2,
Yang tersembunyi memang hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui.