“Dude, bukan lu anak buah Dr. Nik ke?” dia tanya gua.
Gua tengok dia. Gua hangguk-hangguk kepala. “Dulu,” gua kata.
“Lu belajar dengan Dr. Nik, kenapa lu tulis semacam jer?” tanya dia lagi kat gua.
Gua tengok dia yang tengok gua.
Gua tahu apa yang dia cuba kasi tau kat gua. Dalam bahasa mudahnya dia nak kata macam ni: Kenapa lu tak ikut Tatabahasa Dewan bila lu menulis?
Kalau dia tanya begitu, gua nak tanya balik:
“Lu pernah tengok seorang profesor humbankan Tatabahasa Dewan ke dalam tong sampah dalam satu seminar?”
*****
Gua suka dengan bahasa gua. Gua masuk unsur pop dalam bahasa gua. Gua rasa sempoi semacam… dan gua pun bukan ahli jamaah profesor yang menghumbankan Tatabahasa Dewan ke dalam tong sampah itu.
Gua ada kepala gua. Gua menulis ikut kepala gua.
Lu nak peduli haper!?
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Dalam kalangan Profesor yang pakar Bahasa Melayu, tidak semua bersetuju untuk menggunakan Tatabahasa Dewan sbg sumber rujukan khusus; ada yang berkiblatkan Chomsky.
ReplyDeleteBiasalah tu Saha, setiap intelektual ada fahamam dan pegangan masing2. Dulu, saya belajar dengan Prof Nik, Prof Hashim, Prof Hamid dan semua pakar bahasa yang bertunjangkan TG yang menjadi kerangka asas pembinaan Tatabahasa Dewan. Memang saya kagum dan beranggapan tatabahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Kemudian apabila saya berguru buat kali kedua di UKM, saya lebih memahami tatabahasa Melayu yang sebenarnya. Dan memang, secara peribadi saya kecewa dengan Tatabahasa Dewan yang terlalu beracuan kepada TG, sebab TG bukanlah teori yg terbaik untuk menghuraikan fenomena bahasa Melayu.
ReplyDeleteCikgu, kerana saya hasil produk UKM lah maka saya mengetahui sedikit sebanyak mengenai ketidaksesuaian Tatabahasa Dewan utk menguraikan fenomena sintaksis bahasa Melayu; walaupun saya tdk pernah berguru secara khusus hanya sekadar mendengar dan berbincang secara santai dgn kawan2 yang mendalami bidang sintaksis bahasa Melayu.
ReplyDelete