Sebenarnya, dah lama gua lalu-lalu kat depan bilik tu. Sebuah bilik yang mempunyai kaca cerah, yang menyebabkan gua dapat tengok terus ke dalam bilik itu.
Suatu malam, gua cuba-cuba nak buka pintu bilik tu. Gua pulas-pulas tombolnya. Tapi tak boleh.
“Dude, apa lu buat tu?” tanya kawan gua, Abdul Aziz Japari yang tiba-tiba muncul kat belakang.
“Ni hah, gua nak buka pintu bilik ni, tapi ada problem sikit la,” gua kata sambil menolak-nolak pelan-pelan pintu bilik berkaca cerah itu dengan bahu gua.
“Eh, ini bukan lu punya bilik ke?” tanya Abdul Aziz Japari.
Gua angguk. Memang bilik yang berkaca cerah itu bilik gua.
“Lu ni apahal? Bilik sendiri pun tak boleh nak buka…” tembak Abdul Aziz Japari kat gua.
“Lu ada kunci bilik ni?” Abdul Aziz Japari tanya gua.
“Ada,” gua kata dengan suara yang ala-ala dengar tak dengar.
“Bawak sini kunci tu, biar gua tolong buka untuk lu. Gua dulu pernah kerja kat kilang kunci. Kalau setakat karat-karat tu, gua boleh kasi ejas,” kata Abdul Aziz Japari.
“Errrrr…tak ada. Kunci tu tak ada,” balas gua. Masih lagi dengan suara yang ala-ala dengar tak dengar.
“Woiiii…lu ni lalok ke apa? Tadi cakap ada, sekarang dah tak ada. Lu punya kunci tu beskut cips mo ke?” Abdul Aziz Japari menembak gua. Lagi sekali.
“Kunci memang ada. Tapi gua tertinggal kat dalam bilik tu. Gua lupa nak bawa keluar,” gua kata dengan mata yang terkebil-kebil.
“Huuuhhhh…” dengus Abdul Aziz Japari.
Abdul Aziz Japari cuba godek-godek tombol pintu bilik berkaca cerah itu.
“Dah lama pintu ni tak buka,” kata Abdul Aziz Japari, seolah-oleh bercakap dengan pintu bilik tu.
“Dude, dah berapa lama lu tertinggal kunci kat dalam bilik ni?” Abdul Aziz Japari tanya gua.
Gua terkebil-kebil. Mata gua tengok-tengok syiling. Gua membuat conggakkan.
“Rasanya dah 12 tahun kot…” kata gua.
“Lu ni memang hampeh la bro!” lagi sekali gua kena tembak.
Abdul Aziz Japari memang suka tembak gua.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment