Tengah hari. Tak ada apa-apa aktiviti. Gua pun masuk ke dalam Center Point. Gua buat macam orang perempuan biasa buat, membeli belah dengan jendela.
Ruang legar- Center Point luas. Ada air pancut. Apabila, kalori banyak terbakar, gua rasa penat. Gua pun duduk-duduk di ruang legar.
Dude, lepak-lepak sambil memakai t-shirt kaler hitam, bertopi adidas, dan berseluar katuk, gua cakap sama lu.....perghhhhh....cool brader!
Tengah syiok, duduk-duduk, seorang awek berlari-lari anak. Gua tak peduli. Dia nak berlari ke, nak merangkak ke, nak buat gimrama ke, gua tak peduli.
Gua duduk-duduk sambil menyilang kaki.
Awek tu terus berlari-lari anak. Gua tak peduli.
“Cigu! Cigu!...”
Gua tak peduli.
“Uiiinaaa...cigu ni. Indak pun dipedulinya orang mamangil dia,” dia kata.
Gua pandang dia. Dia sudah tidak berlari-lari anak. Dadanya turun dan naik. Naik dan turun
Gua ingat-ingat lupa.
Gadis bert-shirt putih, berskirt pendek, berkulit gebu, gua renung-renung.
Gua ingat-ingat lupa.
“Cigu sudah lupa sama saya ka?” dia tanya
Gua senyum.
“Patricia bah cigu. Patricia Joanis. 6 Atas 2” dia kata. Suaranya halus, gemersik.
Gua renung muka dia. Ada tahi lalat halus di hujung bibir atasnya yang seulas itu. Tahi lalat yang ada, tapi macam tak ada.
“Pat?” gua tengok dia. Gua sudah mula ingat. Tapi Pat yang gua kenal dulu, sedikit berbeza susuk wajahnya.
Dia senyum.
Gua terus tengok muka dia. Kulit mukanya putih, ada kemerah-merahan. Mungkin dipanggang matahari sebentar tadi. Dia selamba duduk di sebelah gua. Macam tak ada apa-apa.
“Buat apa cigu di sini?” dia tanya.
“Dangar-dangar cigu indak mengajar sudah,” dia sambung
“Cigu Jefri dengan Cigu Azli mana pigi suda?”dia tanya lagi.
“Cigu Bob katanya kawin suda sama si As yerk, budak 5 Merah? dia terus tanya.
Ada sedikit selang, gua mencelah:
“Kamu ni Pat, kalau cakap memang tak pernah berubah. Sama juga macam dulu, macam keretapi berkuasa turbo,” gua kata.
Dia senyum-senyum sambil menguis-nguis anak rambut yang bermain-main di hujung alisnya.
“Cuma satu sja yang indak pandai berubah,” gua kata.
“Apa tu cigu? dia tanya.
“Kamu tetap juga perempuan, macam dulu-dulu!”
“Iyalah bah. Mana bulih siya jadi laki-laki!” dia kata. Manja. Juga macam dulu-dulu.
Diam sebentar.
“Berapa suda anakmu” gua tanya.
“Indada,” dia kata.
“Ui...indak beranak lagi kamu. Kamu mandul ka?” gua kata. Dia tahu itu bahasa gua. Dia tahu gua suka bergurau.
“Macam mana mahu baranak kalau bapaknya indada,” dia kata.
“Belum kahwin?” gua tanya.
Pat geleng kepala. Tersenyum.
“Mengapa belum? Takkan tak ada boy friend?” gua sambung lagi.
“Dulu-dulu adala. Tapi pisah sudah,” dia kata.
Gua pun meminjam modal dialog si Hanafiah.
“Tu la kamu, dulu-dulu jual mahal. Saya nak mengorat, tapi kamu indak melayan,” gua kata. Intonasi seperti orang yang baru mati bini.
“Alaaaa.....cigu tu yang sumbung. Urang mengasi signal suda, tapi cigu buat-buat indak paham,” dia kata. Menempelak gua sebenarnya.
Ha!Ha!Ha!Ha! gua kata.
****************
Petang itu, setelah bla!bla!bla! dengan Pat, gua balik Premonade.
Pat melangkah ke arah Plaza Wawasan. Terminal bas ada di sebelahnya. Gua hanya menghantarnya dengan mata.
Sambil berjalan ke Premonade, gua cuba ingat-ingat, apakah signal yang telah diberikan oleh Pat, pelajar gua dari kelas 6 A 2 pelajar Kadazandusun yang ketika itu berusia 19 tahun, antara pelajar gua yang paling sulung.
Gua, dalam soal-soal yang macam ni, memang hampeh!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
"Gua pandang dia. Dia sudah tidak berlari-lari anak. Dadanya turun dan naik. Naik dan turun"
ReplyDeletegua suka ini ayat...haahhah
Dude, lu jangan buat imaginasi yang bukan-bukan....ha ha ha ha , takut gua plak nanti yang terlebih imaginasi!
ReplyDelete