Gua sampai di terminal 2 lapangan terbang Kota kkinabalu. Macam biasa, gua kena beratur untuk pengesahan imigresen. Gua rasa macam nak masuk negara Siam sebab kena periksa imigresen. Tapi gua tak kisah. Semua itu sudah terangkum dalam 32 Perkara. Gua hormat.
Bila sampai giliran gua, gua hulurkan mykad gua. Pegawai imigresen tu tanya:
“Apa kabar bah sigu?”
Gua terkebil-kebil. Tapi gua sudah tahu, kalau ada makhluk Tuhan yang panggil gua ‘sigu’, ni sahih pelajar gua. Tapi gua tak cam pelajar gua yang jadi pegawai imigresen tu. Musim selesema babi ni, semua orang pakai topeng macam doktor kat dewan bedah.
“Sigu tak kenal saya ka?” dia tanya lagi.
“Manalah aku cam. Kamu pakai topeng,” gua kata.
Dia melondeh topeng selesema babinya. Serta merta gua cam. Pelajar tingkatan 6 gua kat smk Sandakan dulu. Rahman nama dia, kembar si Rahim.
Lepas tu, gua dapat layanan kelas pertama dari dia. Penumpang lain tengok-tengok gua. Gua dah mula syak, mungkin diorang ingat yang gua ni VIP atau tauke balak yang kaya raya. Tapi diorang tak tahu, gua jadi VIP sebab gua pernah jadi cikgu. Dan seorang pelajar gua kebetulan menjadi “penyambut” semua penumpang di terminal itu.
Nah, siapa cakap yang kalau jadi cikgu, lu tak dapat layanan kelas pertama!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
No comments:
Post a Comment