Friday, 4 September 2009

Gua rasa, gua nak masuk National Geographic Channel

Kami sampai di persimpangan yang menghala ke Lembah Danum, pada jam 7.30 malam.
“Lebih kurang 1 jam setengah, sampailah nanti di Lembah Danum,” kata pengawal yang menjaga di persimpangan tersebut.

Pakcik Emran terus membawa coaster sekolah di atas jalan tanpa aspal. Hanya gravel. Berkelikir.
Makin lama, makin jauh.
Hari pun makin malam.
Jalan pun makin sempit.

1 jam. Tak ada apa-apa.
1 jam setengah. Tak ada apa-apa.
2 jam. Masih tak ada apa-apa.
Hari sudah malam. Gelap pekat di sekeliling.

Di kiri dan kanan jalan gravel itu, hutan dan hutan dan hutan sahaja. Tak ada apa-apa tanda bahawa manusia ada di situ.

“Jauh suda kita ni. Silap-silap nanti sampai Kalabakan juga kita ni,” kata pakcik Emran. Berseloroh.

“Pakcik, berhenti di depan sana tu,” gua kata kat Pakcik Emran.

Coster berhenti. Debu-debu mengapung.
Gua dengan Ahmad Masrizal turun. Fazman Mat Yatim pun ikut sekali. Gua usung tin biskut kering sekali ke bawah.

Gua tengok sekeliling. Tak ada apa-apa. Tak ada Pusat Kegiatan Luar Lembah Danum. Tak ada apa-apa tanda.

Dalam hutan rimba di tengah-tengah hutan hujan tropika tertua dunia, tanpa ada sebarang kelibat, memerlukan gua harus berfikir pantas.
Dalam coaster hampir 20 orang anak orang yang harus gua utamakan.
Gua yang harus selesaikan segala-galanya sebab gua yang jadi kepala xpdc ini.

Di tengah-tengah hutan hujan tropika tertua dunia, dalam gelap pekat malam gua mengunyah biskut kering bersama-sama Ahmad Masrizal dan Fazman Mat Yatim.

Perghhhh….gua rasa, gua Ahmad Masrizal dan Fazman Mat Yatim layak masuk National Geographic Channel kerana belum ada lagi mana-mana manusia yang duduk-duduk di tengah-tengah hutan rimba yang jutaan usianya, dalam suasana yang gelap pekat, sambil mengunyah bikut kering dengan penuh santai.

Macam tak ada apa-apa.

No comments:

Post a Comment

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...