Monday, 30 November 2009

Para tikus yang diberi sebuah ladang

Apabila al-Qaeda menentang kezaliman AS, Osama Ben Laden dan kumpulannya dikatakan pengganas.

Dulu, semasa gua di SMK Sandakan, gua rasa gua ni dari spesies yang sama dengan Osama. Gua dan beberapa orang kawan gua, yang satu kepala ngan gua, selalunya menyongsang arus. Gua, kalau gua rasa ada aturan dan hala tuju yang songsang, yang tidak banyak memberikan pelajar-pelajar gua, kirim salamlah kalau gua nak terima bulat-bulat.

Dalam keadaan macam ni, memang gua akan menjadi Osama Ben Laden yang menentang gerembolan tentera Amerika yang lengkap bersenjata canggih-manggih!

“Zaman kita dulu, kita yang menentukan arus mana yang hendak kita letakkan budak-budak ni,” kata kawan gua. Kami lepak-lepak di Restoran Kayu Nasi Kandar, Bandar Sri Permaisuri.

“Dulu, segala yang kaki bodek tak berani nak kacau kita,” dia kata lagi.
“Dulu, mana ada *tuuut*, *tuuutt*, *tuuuttt* berani masuk campur dalam arus yang kita telah tetapkan. Semua menikus.”
“Mereka tahu, kalau kacau kita, kita akan rempuh semua,” gua kata.
Kawan gua tersenyum.

Memang. Dulu apa-apa sahaja yang gua buat, gua letakkan pelajar-pelajar gua di tangga nombor satu. Pengetua, Penolong Kanan dan segala kaki bodek tiada langsung dalam senarai.
Dude, mereka bekerja kerana nak kejar nama! Gua bukanlah seorang yang idealis. Tapi gua meletakkan pelajar gua di tingkat yang paling atas. Bagi gua, mereka adalah tanggungjawab gua. Amanah yang gua harus laksanakan sebaik mungkin.
Natijahnya, gua bukanlah guru yang populardalam kalangan orang-orang yang di atas.
Tapi gua peduli haper!

*******
“Saya harap cikgu faham, kita buat ini semua untuk nama baik sekolah,” kata sang pengetua itu kat gua.
Gua kata, “Kalau Puan mencipta nama dengan cara begini, puan merupakan pengetua yang paling haprak!” gua kata. Memang tegas dan tiada kompromi.
Matanya yang penuh dengan maskara terkebil-kebil. Lentikan bulu matanya pun dah penuh dengan kepalsuan, kemudian dia nak gua jadi seperti dia.

Gua tahu siapa yang mencadangkan nama-nama pelajar yang kononnya “bodoh” itu dikeluarkan dari senarai calon sekolah. Gua juga tahu guru (guru yang paling haprak, paling bangang, paling bodoh,) yang membawa visi memujuk pelajar-pelajar yang “bodoh” itu supaya tidak datang sewaktu peperiksaan STPM.

Gua memang tentang habis-habisan. Gua tidak peduli siapa di depan gua. Kalau gua kata gua akan rempuh, lu cakaplah apa-apapun, gua tetap akan rempuh. Sama ada gua sendirian, atau gua ada rakan kongsi lain, gua tak peduli.

*******
“Si tuuuutttt, tuuuttt, tuuuuttt, dan tuuuuttt telah dilantik kepala sekolah.” kata kawan gua. Si tuuuttt pula telah menjadi PPD T******. Aku heran, PTK tak lepas tapi boleh jadi PPD. Mutu kerja takyah cakaplah, hancur lebur bersepai-sepai,” dia kata lagi.
“Kalau semua tu macam Matnor, aku tak kisah,” dia kata lagi

Gua duk menconggak-conggak. Gua dah boleh bayangkan, semua pelusuk Bumi Di Bawah Bayu memang begitu keadaannya. Gua dah mampu menconggak nombor untuk kualiti pendidikan di sana untuk 10 dan 20 tahun akan datang.

Dude, pendidikan merupakan yang paling dasar untuk maju. Kalau lu letakkan sekumpulan tikus untuk menjaga ladang labu, maka lu jangan harapkan apa-apa dari ladang tersebut.

“Manusia di Sabah mundur bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan mereka sendiri” gua selalu kata kat pelajar-pelajar gua.

Sayang sekali Pengetua SMK Kobota bukan seperti Tok Kenali yang boleh berada di banyak tempat dalam masa yang sama!

5 comments:

  1. gua sokong. gua dlu pun kalau x sebb gua hensem, gua rasa dah kena buang bila gua selamber sound pengetua pompuan tu. apa kejadah bodoh paksa member2 kitorang jadik calon persndirian sbb nak lulus 100%? masa tu kalau gua dakyah member2 sekolah bakar sekolah amacam? sampai skrng gua panas lagi ni.

    ReplyDelete
  2. Uhhhhhhhhhh, pahitnya untuk menelan realiti ini. Pencapaian matlamat diminta dengan menghalalkan cara "songsang" sebegitu. Aduhhhhh, patutlah banyak anak yang bersekolah tidak lagi menjadi anak bangsa tetapi anak bangsat!

    ReplyDelete
  3. kenangan lama, cerita lama terus MEMBARA walaupun masa 10 tahun sudah berlalu..................

    ReplyDelete
  4. Anoy,
    tiada bezanya 10 tahun yang lepas dengan sekarang. Di sana semua tetap sama.

    ReplyDelete
  5. baru la ku tahu apa yg tidak ku tahu....susah la mcm ni... lamad

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...