Monday, 26 October 2009

Gua pernah lepak dengan Sayap

Kat tangan gua sedulang dinner plate. Malam itu, KFC Bangsar Utama banjir dengan pengunjung. Gua tercari-cari tempat kosong.
“Brader, sini!” kata seorang anak muda berambut gondrong kat gua. Tangannya menepuk-nepuk kerusi yang ada di sebelah dia.
Gua pun menapak ke situ. Setelah gua duduk, gua hulurkan tangan.
“Zamani” kata gua.
Pemuda berambut gondrong dan berbadan gempal itu tersenyum.
Gua pun melahap dinner plate sambil berbla!bla!bla! dengan dia dan seorang lagi anak muda yang berkulit putih dan berkening lebat. Badan dia amat sesuai jadi bonzer kelab malam.
Seorang lagi, juga berambut panjang mengurai kat belakangnya. Juga mempunyai kening yang agak hitam.
Seorang lagi, berambut ombak-ombak. Berkulit agak gelap sikit.
Seorang lagi, agak berisi badan dia. Tapi agak pendiam.

Malam itu, gua berKFC dengan Bob, Awie, Joe, Eddie dan Black. Gua tak tahu kenapa Brader Bob panggil gua ke meja diorang. Cuma gua syak mungkin dia “jatuh hati” kat gua sebab masa tu gua pun berambut panjang. Mungkin pada pandangan matanya, gua ni satu spesies dengan diorang.

Lepas tu, kalau gua pergi lepak-lepak kat Bangsar Utama atau Benteng, kalau diorang ada, memang gua akan join sekali. Gua juga selalu tengok Wings ini jamming secara live di sebuah studio di Kompleks Campbell. Memang superb! Muzik dan vokal mereka yang raw memang kelas. Kalau lu dengar dalam kaset (masa tu belum zaman CD lagi) muzik dan vokal diorang, begitulah juga kalau lu dengar live. Kalau vokal Awie dalam kaset 18 harkat, maka yang live pun 18 harkat juga, tak lebih dan tak kurang.

Suatu malam, masa gua lepak dengan diorang kat Benteng ada seorang pemuda menghulurkan sebatang Dunhill kat Awie. Awie menolak sambil mengurut2 kerongkongnya. Pemuda itu tersenyum dan terus berlalu.
“Kenapa lu tak ambil rokok dia?” gua tanya.
“Tak maulah. Nanti diletakkannya apa2 kat dalam rokok tu, jahanam gua,” kata Awie selamba.

Gua terus mencicip teh tarik panas kurang manis.

3 comments:

  1. mmg kurafat awie tu

    ReplyDelete
  2. gua, no komen. Lu yang kata macam tu..

    ReplyDelete
  3. phergh...lu memang sempoi la cikgu...x pernah cerita pun dulu...lamad

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...