“Kawe suka betul mengusik si Rujiah,” kata Cikgu Azli Husin kat gua.
“kawe pun,” gua kata sambil tersengih.
“Kenapa demo suka usik dia,” Cikgu Azli Husin tanya gua.
“Kawe suka tengok muka dia bila dia malu-malu kena usik. Macam nampak segala darah yang mengalir kat mukanya, kemudian turun ke bahagian kerongkong,” kata gua.
Gadis Sungai memang mempunyai kulit yang putih, sangat putih. Mempunyai kening yang lebat, alis lentik, dan mata yang agak sepet. Dan Rujiah pun demikian juga.
Pelajar gua, Rujiah, gadis Sungai dari Kota Kinabatangan, pun sudah pergi bertemu-Nya. Terlalu lama untuk gua tahu akan ketiadaannya.
Hassan Basri, Rozita Kahar, dan sekarang Rujiah Yusuf…
Semoga kamu semua damai di sana.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Ya, terasa sedih saya baca bahagian ni. Saya tahu berita ni sekitar bulan Mei 2009 walhal dia dah meninggal kira-kira 5 atau 6 tahun yg lalu. Al-Fatihah utk Allayahamah Rujiah - salah seorang rakan sekelas saya Tingkatan 6A1 1994. Menarik, cikgu ingat lagi cerita ni.
ReplyDeleteSaya memang rapat dengan semua pelajar saya dan saya ingat setiap apa-apa yang berkaitan dengan mereka. Bila mereka pergi, memang saya amat terasa. Sedihnya terlalu dalam.
ReplyDelete