Entri untuk homo sapiens yang jauh ada di belakang
Homo sapiens,
Pertama gua nak bagi tau, ini zaman teknologi. Zaman ini bukannya zaman bla!bla!bla! apabila lu nak bercerita. Zaman ini bukan zaman lu angkat gangang telefon dan kemudian menekan butang-butang yang ada nombor. Kemudian lu pun cakap “Hello polan bin polan. Polan apa khabar? Ni saya call sebab nak tanya tentang projek aritu. Polan dah siap ke yang polan kena buat tu? Bla….bla….bla…bla… Jangan lupa kirim salam kat si anu, si anu , si anu dan si anu. Sudah lama kita…..bla…..bla….bla.. Nanti kita…bla…bla…bla..”.
Meleret dan entah apa-apa. Poinnya tak banyak, sifarnya yang berderet-deret.
Homo sapiens,
Mengangkat telefon dan mencari butang-butang yang ada nombor hanya digunakan pada zaman Hitler yang berangan-angan ingin menjarah Eropah. Dan sekarang lu masih lagi berbangga dengan teknologi zaman Hitler itu!
Homo sapiens,
Lu tau apa gunanya teknologi? Lu tak payah berdiri dan merayau dari meja ke meja memberi arahan dengan suara lu yang memang tak merdu, berbla! bla! bla! hampir 15 minit di setiap meja dan menganggu hampir semua manusia lain di jabatan itu. Lebih baik, lu duduk diam-diam, gunakan jari-jari lu, klik mana-mana yang perlu, ketuk butang keyboard dan, lu tak payah keluarkan apa-apa suara. Lagi mantap dan jauh ke depan.
Homo sapiens,
Lu memang selalu kat buntut orang lain…
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Tak gak kat buntut orang. Aku ingat orang macam ni egonya merantau-rantau. Dia fikir kita heran dan takjub kalau dia banyak orang kerja dan orang akur dengan titahnya. Tuih! Kesian, gua ingat ada orang kena tolong dia. Atau engkau tolong aku. Pegi sepak dia sekali!
ReplyDelete