Tuesday, 2 February 2010

Ujikaji Cara Gua

Uji kaji ini gua selalu gunakan untuk gadis-gadis yang beruniform kebaya batik. Uji kaji ini gua belum pernah laksanakan untuk gadis-gadis beruniform merah menyala.

Setelah sekian lama, gua terasa nak buat uji kaji ini untuk yang beruniform merah pula.

Sesampai Sandakan, gua sengaja menjadikan diri gua penumpang yang paling lewat keluar dari pesawat.

Selepas semua menuju ke tangga, gua juga berjalan ke sana.

Tiba di pintu keluar, gadis beruniform merah tersenyum. Memang ada gula kat bibir dia.
Dia senyum, gua pun senyum.

“Terima kasih, jumpa lagi,” dia kata bila gua sampai kat depan dia.

Gua tengok kat dia. Kemudian gua kata, “Boleh, nak jumpa kat mana?”

Dan dapatan daripada uji kaji ini sama. Baik gadis berkebaya batik dengan gadis beruniform merah, dapatannya sama.

Kedua-duanya akan tersipu-sipu bila gua tanya nak jumpa kat mana.

Gua meninggalkan pesawat, menuju ke balai ketibaan. Gua tinggalkan gadis beruniform merah itu yang tersipu-sipu malu bila kena usik. Bahang enjin pesawat bermain-main di pipi gua.

Sandakan sedang menunggu gua.

Tiba-tiba gua terdengar-dengar kata Radzfar, "The return of Cikgu Zamani". Dan gua tak tahu apa yang sedang menanti gua. Sandakan sekarang dengan Sandakan dahulu tentunya ada beza. Dan gua menanti perbezaan itu.

3 comments:

  1. gua ada try gak ujikaji ni, tapi hasil akhir dapatannya tu tak sama. gua dapat senyum, tapi pastu gua juga dapat cubitan, dari isteri gua.

    ReplyDelete
  2. Dude,
    masa buat uji kaji tu syarat pertama yng lu perlu ikut ialah pastikan lu bukan dengan mana2 perempuan yang ada apa2 hubungan dengan lu. Kalau syarat pertama pun lu sudah kantoi, lu memang naif. :)

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...