Seekor sesumpah, melintas dan statik di depan gua. Gua letakkan mata gua pada sesumpah itu.
“Dude, apa lu buat?” sesumpah tanya gua.
Gua senyap. Mata gua masih lagi pada sesumpah.
“Lu tak kenal gua?” sesumpah tanya gua lagi.
“Tak,” jawab gua.
“HAHAHAHA… “kata sesumpah.
“Yesssss…” kata dia lagi. Tercungit-cungit ekornya. Kepak dilehernya dikembang-kembangkannya. Lidahnya keluar masuk dari mulut.
Gua diam.
Sesumpah itu masih di hadapan gua. Menari-nari di atas ranting kapas. Melompat ke sana. Melompat ke sini.
Tiba-tiba *pling*… sesumpah itu bertukar menjadi pipit.
“Lu ke tu pipit?” gua tanya.
Yup…it’s me!” kata pipit.
“Kenapa lu jadi sesumpah?” tanya gua.
“Gua dah penat la bro. Lari ke sana. Lari ke sini,” pipit kata. Matanya tiba-tiba nampak letih bila dia sebut ‘penat’. "Sebab tu gua memilih untuk menjadi sesumpah,” kata pipit.
“Lu tau apa lebihnya sesumpah?” tanya pipit.
Gua geleng-geleng kepala.
“Sesumpah ni, boleh bertukar-tukar warna badannya. Kalau gua pegi ke rimbunan daun-daun, badan gua boleh menjadi hijau. Kalau gua bermain dengan api, gua boleh menjadi merah. Kalau gua bermain ombak, badan gua boleh menjadi biru. Seronok.” kata pipit. Gua mendengar.
“Kenapa lu buat macam tu?” gua tanya.
“Alam yang minta gua menjadi begitu. Gua hanya mengikut permintaan alam,” kata pipit.
“Oh..” kata gua.
Semasa gua berkata ‘oh’ gua lihat pelangi yang kehilangan satu garis warnanya.
Sewaktu gua melihat pelangi yang kehilangan satu garis warnanya, pipit itu terbang lagi. Dan gua tak sedar bila pula pipit meninggalkan gula-gula kapas kat tapak tangan gua.
Gula-gula kapas itu kat tangan gua. Mula mencair.
Dan tangan gua melekit kerana gula-gula kapas itu.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
sapa lah plak sesumpah ni... adeh.. cikgu tembak itik lg ka? :-) cigu, tidak ramai yg berpaling tadah.. cuma 'diorg' nda suka berada di tengah2 kejadian tembak-menembak itik.. hikhikhik
ReplyDeleteWeng,
ReplyDeletegua tak tembak itik, gua tengok sesumpah. Tapi gua tak tembak sesumpah. Kadang-kadang gua kesian dengan sesumpah sebab penat sangat bertukar warna. Tapi itulah, setakat kasihan sahajalah. Gua tak ada kuasa sakti yang membolehkan gua naik ke angkasa raya.
Gua dah malas nak melayan itik-itik, penat gua nak tengok. Gua nak mencari payau pula kali ini. Itik kecil sangat, tak kenyang kalau dibuat gulai.