Friday, 19 February 2010

Apabila mereka bersama, gua melihat mereka menjadi SATU


Selepas gua ‘diculik’ di Singapore Road oleh Nai dan Yati dengan Spektra perak, gua duduk diam-diam di kerusi belakang.
Gua merentas bandar Sandakan. Mata gua melilau-lilau. Gua seperti mencar-cari sesuatu, tapi gua sendiri pun tak tau apa yang gua cari.

“Apa yang cikgu nampak?” tanya Nai.
“Saya tak nampak, saya mencari,” kata gua.
“Apa juga yang cikgu cari?” tanya Nai lagi.
“Saya mencari Melayu. Saya mencari di mana Melayu,” kata gua. Gua meninjau-ninjau barisan kedai di situ.
“Tu na Melayu,” kata Yati sambil menunjukkan sebuah restoran. Ada papan tanda ‘Restoran Melayu’ di situ. Yati mengekeh-ngekeh sedikit. Nai pun sama. Gua senyum. Ya, Melayu hanya ada pada papan tanda restoran sahaja di Sandakan.

“Kamu mahu bawa saya ke mana ni?” gua tanya.
“Sim Sim cigu, kita pegi rumah si Rusni,” kata Nai.

Gua terbayang-bayang Sim Sim. Sebuah perkampungan yang terletak atas air. Tapi lebih tersusun kalau dibandingkan dengan BDC atau Kg Forest. Dulu, di sana ada satu pasar basah. Kadang-kadang gua singgah di sana.

Sebelum sampai Sim Sim, gua limpas Masjid Besar Sandakan. Dulu, di sinilah gua selalu solat Jumaat. Masjid itu masih kelihatan gagah seperti pahlawan yang mengawal Sandakan dari ancaman Laut Sulu.

Nai membelok ke Sim Sim. Gua lihat ada beberapa blok bangunan baru. Dulu, masa gua ada di sini, bangunan itu belum ada. Setelah memakir kereta, kami bergerak ke arah salah satu blok tersebut. Sambil berjalan, gua bersembang-sembang kosong dengan Nai dan Yati.

Tiba-tiba henfon gua menjerit. Gua tekan punat hijau. Ada suara separuh menjerit “Cikguuuu..!!!”.
“Iyer..” kata gua. Gua meneka-neka, siapa yang menelefon gua.
“Saya bah ini. Faridah. Si anu yang kasi nomor telepon cikgu,” kata suara itu.
“Ooo..Faridah. Bukan kau di Tawau ke sekarang ni?” gua tanya.
“Balik suda bah cikgu. Tadi baru sampai. Rasa macam mau jumpa sama cikgu bah. Tapi rasanya nda dapat sebab mau malam sudah. Saya mana bulih keluar malam. Baliau nda kasi,” kata Faridah.
“Hahahahaha….umur limpas 30 pun masih baliau yang jaga,” kata gua.
Dan Faridah pun hahahahaha sama-sama dengan gua.
Kemudian Faridah berbla! bla! bla!. Gua pun berbla! bla! bla! dengan Faridah.
Habis, gua terus menekan punat warna merah.
Nai dan Yati sudah masuk ke dalam rumah Rusni.

Gua melangkah masuk. Gua nampak Rahmatan. Tersenyum2 atas kerusi.
“Assalamulaikum cikgu…” kata Rahmatan, menyapa gua.
Rahmatan tak banyak berubah. Kulitnya tetap melepak. Keningnya hitam lebat. Dan Rahmatan tak pernah tinggi-tinggi.

Rusni sedang sibuk di dapur. Gua bersembang-sembang dengan Yati, Nai, dan Rahmatan sambil menggigit pisang goreng.

Petang itu, banyak cerita yang bertukar ganti. Semasa gua sedang bercerita dengan Nai, Yati, Rahmatan dan Rusni, gua sedang melihat anak-anak Sandakan yang pernah gua didik dulu. Sekarang mereka sedang membina hidup masing-masing. Nai, Rusni dan Rahmatan menjadi guru. Yati di imigresen. Masing-masing dengan hidup dan bacaan takdir tersendiri. Dan gua melihat mereka ini berkumpul dalam SATU.

Gua memandang Nai, Rusni dan Rahmatan. Gua kata, “Kamu, bila dah jadi cikgu ni, jadilah cikgu.” Gua pandang satu-satu wajah Nai, Rusni dan Rahmatan.
“Kamu jangan mengharapkan apa-apa, terutamanya daripada pelajar kamu. Berikan apa yang kamu ada, jangan minta apa yang kamu tiada.” kata gua.
“Itulah… saya mahu jadi macam cikgu,” kata Rusni.
Gua senyum.
“Cikgu sentiasa kami ingat,” kata Rusni lagi.
Gua menarik nafas, dan menghelanya perlahan-lahan.
“Saya rasa kamu tak pernah tahu apa yang saya buat semasa saya ada di situ,” kata gua.
“Apa yang cikgu buat?” tanya Nai.

Gua menarik nafas lagi.

Mata gua melihat alam yang sudah mulai gelap.
“Nai, hantar saya ke hotel. Maghrib sudah ni,” kata gua.

******
Malam tadi gua lepak-lepak di Batu 4. Baru lagi kawasan itu. Banyak bangunan kedai di situ. Tapi pada jam 12 malam, tempat itu sudah tiada apa-apa. Gua tertanya-tanya, apakah warga BDC ada tempatnya di situ? Warga TB Ward mungkinkah ada yang memiliki perniagaan di situ?

Gua mencicip teh tarik. Langit Sandakan gelap. Gua melihat langit itu. Ada bintang bertaburan. Sebiji bintang yang paling terang pun masih ada di situ.
Gua menyandarkan badan pada kerusi aluminium, bagai melepaskan satu lelah yang sudah lama tersangkut.
*******

4 comments:

  1. gua juga cari melayu yang hilang di tanah mereka. gua tak jumpa melayu, yang gua temui cuma kulit-kulit asing yang memaksakan warna melayu pada kulit mereka.

    ReplyDelete
  2. mcm dah x meriah blog cikgu nie.. mana sarasandakan..? seronok dia ada.

    ReplyDelete
  3. sarasandakan sedang bersantai. dia masih ada dengan pelurunya yg tak pernah habis. :-)

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...