Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Thursday, 25 February 2010
Tiba-Tiba Gua Rasa Nak Makan Nasi Ayam Buragas
Bro, ada org cr lu. dia nk no hp lu.
Gua balas:
saper? gua knl?
Lu knl dia. Bleh ke ni?
Gua balas lagi:
saper?
jo ann. dh 3 bulan dia balik. ada kt rumah parent dia di sr d’sara. dia ingat lu masih ada ofis kt sr d’sara.
Kemudian gua balas lagi:
tk kawin2 lg ke budak tu?
blum. bleh ke ni gua kasi no lu?
Gua balas:
suka ati lu lah.
Kemudian, gua tiba-tiba teringatkan gerai Nasi Ayam Buragas di Bandar Sri Damansara. Sudah lama tak makan nasi ayam itu. Dan gua seperti ditarik-tarik untuk merasai semula nasi ayam itu.
*****
“Saya nak sayap,” Jo Ann kata.
“Bang, bagi sayap. 2 yer bang!” kata gua.
“Kenapa u suka sayap?” tanya gua.
“Kalau ada sayap, saya boleh terbang. Boleh terbang bila-bila masa yang saya suka. Misalnya, bila orang tak suka, saya boleh terus terbang,” Jo Ann kata.
“Dan U boleh terbang pulang bila-bila masa yang U rasa patut pulang?” tanya gua.
Jo Ann senyum.
Dua pinggan nasi ayam dibawa dan diletakkan di atas meja. Gua ambil sayap ayam dari pinggang gua. Gua letakkan di atas piring sayap ayam Jo Ann.
“Supaya U punya dua sayap. Dua sayap lebih baik dari satu sayap. Kalau U terbang, akan cepat sampai,” kata gua.
Dan Jo Ann, seperti selalu…akan hanya tersenyum apabila gua bermetafora.
*pling*
Sebelum Asar, Dia Bercerita tentang Jesus
Gua menadah telinga.
“Dua tahun aku menjadi kepala dalam kumpulan itu. Banyak aktiviti yang aku rancangkan. Semua mengikut kata-kataku. Semua orang memuji aku sebagai pengikut Jesus yang taat,” dia kata lagi.
“Kau tahu..” dia tanya.
“Apa?” gua pula bertanya.
“Semua kawanku kata aku akan menjadi seorang sisters suatu hari nanti. Hidup sepenuhnya di bawah bumbung gereja. Membawa mesej kasih sayang Jesus ke setiap pelusuk,” dia kata. Mata dia kelihatan semakin redup, seperti ada sesuatu yang tertanggung untuk suatu masa yang agak lama.
“Bapakku…bapakku orang yang paling gembira tentunya. Melihat anak perempuan sulungnya menjadi seorang pengikut Jesus yang baik,: dia kata lagi.
“Dulu, kau pernah membawa sebuah bible dan tunjukkan padaku. Kau tanyakan aku tentang Allah yang terdapat dalam bible itu,” dia seperti memanggil peristiwa yang telah pergi.
Gua termanggu-manggu, cuba meningatkan kembali.
“Kau sudah lupa?” dia tanya.
Gua diam. Memang gua sudah lupa.
“Jadi, apa jawapanmu bila aku tanya tentang Allah yang terdapat dalam Bible itu?” gua tanya.
Dia tersenyum, sangat tawar.
“Aku sangat ego ketika itu. Allah ketika itu hanyalah bapa kepada Jesus, seorang manusia yang kononnya diutuskan untuk menebus dosa-dosa seluruh umat manusia,” dia kata.
“Dan engkau bilang, kalau kau mau tahu Allah yang sebenar, bukalah terjemahan al-Quran, cari surah al-Ikhlas. Siapa Allah, jawapannya akan ada di situ,” dia kata lagi.
Gua senyum. Peristiwa pertanyaan gua bertanyakan dia tentang Allah, muncul semula dalam kepala gua.
Kemudian, gua diam. Dia pun diam. Hanya angin panas musim el nino yang wujud di sekeliling dia dan gua.
“Aku dulu petah memberi khutbah di gereja. Isi Bible ada dalam kepalaku,” dia kata lagi.
“Dan aku juga pandai menjadi perancang misa di sana, di gereja tentunya,” dia sambung lagi.
Gua terbayang : Dia sedang sibuk mengepalai suatu upacara suci di dalam dewan sebuah gereja. Ada salib besar di sana. Ada pula lagu-lagu suci yang menyelit masuk. Lagu-lagu yang memuji Jesus.
Dan dia kata, dia sangat faham untuk memilih lagu-lagu itu.
“Rosari…kau tau apa itu rosari?” dia tanya.
Gua geleng kepala.
“Islam memanggilnya sebagai zikir,” dia kata.
“Dalam banyak-banyak upacara spiritual, rosari inilah yang paling susah. Perlu dihafal. Dan tidak semua yang mampu menguasainya. Tapi aku, aku mampu melakukannya. Semuanya kerana rasa kasihku kepada Jesus,” dia kata lagi.
“Doa-doa Kristian semuanya tersimpan dalam kepalaku.”
Tiba-tiba dia bangun. Melihat-lihat jam di tangannya.
“Kau mahu ke mana?” gua tanya.
“Solat Asar. Kau sudah solat?” dia jawab dan dia bertanya.
“Belum,” kata gua.
Dia senyum dan berkata, “Tak baik melewat-lewatkan waktu untuk berjumpa dengan Kekasih.”
Selepas membetul-betulkan tudungnya, dia berlalu, menuju ke sebuah surau di hujung sebuah bangunan.
Tuesday, 23 February 2010
Nagori Yuki
Gua mengumpal-ngumpal salju yang putih itu menjadi bebola salju. Kemudian gua membaling manja ke mukanya. Jatuh berderai bebola salju itu dan dia mengekek-ngekek manja. Sewaktu mengekek-ngekek itu, matanya yang kecil menjadi lagi kecil. Pipinya yang gebu diputihi dengan salju yang berderai tadi.
Tiba-tiba seekor raksasa datang, dan gua mengharapkan seorang ultraman akan segera datang!
I'm next to you,
who is waiting for the train to come
Looking down at my watch
Snow is falling at the end of the season
We see snow falling in Tokyo, and you whisper "This is the last of it", in a lonely way
I know that it's time for traces of snow to fall
After the season in which we had too much fun
Now spring is coming, and you've become beautiful
You're definitely more beautiful than the year before
Looking out the window of the train that's started to move
You were trying to say something to me
Scared that your lips were forming the words "goodbye"
I kept my head down
Now that the time has come, I'm still oblivious
To the fact that you who were so young, has now grown up
Now spring is coming, and you've become beautiful
You're definitely more beautiful than the year before
Still on the platform that you left on
I stayed and watched the snow that fell and dissolved away
Now spring is coming, and you've become beautiful
You're definitely more beautiful than the year before
Farewell
Dulu, masa gua kat bilik 205 Kolej Dayasari UM, bilik gua betul-betul kat sebelah bilik muzik. Instrument tak banyak, 2 gitar, satu bes, dan satu dram tanpa dram bas. Petang-petang, gua, Cipuk dan Samdol syok sendiri belasah instrument tu.
"Petang ni kita main Farewell," kata Ciput.
"Key dia?" gua tanya.
"Ada kat atas meja," kata Ciput. Dia menunjukkan segugus kunci di atas meja.
Gua rasa macam nak cabut dua simbal itu dan mengepitnya kat kepala Ciput.
Kotak-Kotak Kosong Teka Silang Kata itu Menyebabkan Aku Mati
Aku, perlu berhenti melepas lelah atau terusan menyelongkar setiap abjad dan aksara. Aku harus hidup dan bernafas untuk mati seketika. Dan sekiranya setiap kotak-kotak teka silang katamu itu itu telah menjadi kain putih membungkus sukma aku yang bisu, maka aku telah mati sebenarnya.
Biarkan horizon itu meneteskan darahnya. Horizon memang tetap akan berada di situ. Darah juga tetap akan menetes. Maka jangan kau terkejut, alir yang menghilir ke muara sebenarnya adalah himpunan sampah dan bangkai yang datang dari kawasan perbukitan dan pergunungan yang kemudiannya meresap masuk bersama darah yang menetes itu.
Dan jangan lagi kau pedulikan aku di sini sebab aku sedang mati.
Sebutir Bintang Gugur, Tinggal Lagi 6 Bintang
Dinihari ini, sewaktu dia bangkit dari perbaringan, dia mengintai di sebalik pelupuh. Warna-warna perak mengasak masuk melalui pelupuh yang bocor di sini sana. Bagaikan seorang soldadu di zaman Yunani, dia mengendap dan merangkak.
Sebiji bintang gugur di perhumaannya. Bintang itu bukanlah anak-anak raja yang turun di huma Wan Empuk dan Wan Malini yang mendaunkan perak, membatangkan suasa, dan membuahkan emas.
Dari jauh, bunyi pekikan rentaka yang dilepaskan dari laut lepas menuju ke tanah darat. Dan dia berlari sehingga lelah, dan nafas yang hampir tamat.
Tujuh bintang itu ada di langit. Setelah gugur sebutir, enam bintang yang masih ada.
“Datanglah…datang ke dalam mimpi aku…” bisik suara itu.
“Hei…”
Monday, 22 February 2010
3 helai kertas

Pic :Mas Mohd Yunus
Kota Damasara. Malam.
Gua pakir kereta di hadapan 7 E. Gua mencari-cari dia. Dia kata dia sudah ada, di sebuah restoran mamak. Gua tertinjau-tinjau.
Di suatu penjuru, gua nampak dia. Dia mengangkat tangan kanannya, isyarat kepada gua. Gua membalas balik.
Gua tarik kerusi. Gua duduk menghadap dia.
“Lu, tak pernah habis dengan t shirt kaler hitam,” kata dia.
“Ni jerlah t shirt yg gua ada. Orang marhaen seperti gua tak ada t shirt cap payung,” kata gua.
Dia tersengih-sengih.
“Pehal lu nak jumpa gua?” tanya gua.
“Mak aih…nak jumpa pun tak boleh ke?” dia kata. Buat-buat muka terkejut.
“Hahahaha…” gua kata.
“Nah..!” dia kata sambil menghulurkan beberapa helaian kertas kecil. Gua ambil. Gua baca tulisan kat atas kertas kecil itu.
“Korang nak reunion ke nak terus macam dulu?” gua tanya.
“Tak tau lagilah. Susah sekarang ni sebab masing-masing dah bawa hal masing-masing. Em sudah settle down kat Kanada. Lo pula sambung study dia kat state. Gua pula, bapak gua bising-bising suruh gua constrate buat insurans,” dia kata.
“Ni kira yang kedua guna line up yang sama selepas perfom kat IB,” dia sambung lagi.
Henpon gua berdenyut-denyut dalam kocek jeans gua. Gua ambil dan gua tengok henpon gua.
“Dude, ada orang kirim salam sama lu,” kata gua.
“Saper?” dia tanya. Jari-jari dia menyentuh-nyentuh skrin henpon dia.
Gua pun bla! bla! bla! … duduk kat bla! bla! bla!
Dia pun bla! bla! bla! .. dengan lu? bla! bla! bla!
Gua balas bla! bla! bla!...belah..bla! bla!bla!
Dia tanya bla!bla! apa kes… bla! bla!
Gua kata, “tak tau”
Dia ketawa. “Lu ni kadang-kadang gua tak paham betullah! Dulu masa Jo Ann nak himpit lu, lu bukan main lagi membuat sejuta alasan.”
Hahahaha…
“Mana dia sekarang hah?” gua tanya.
“Tah la, gua pun dah lost contact ngan dia. Dengar ceritanya dia pergi NZ. Merajuk la tu.. hahahaha!” dia kata
HAHAHAHAHA… gua ketawa lagi besar.
Kemudian gua dengan dia berbla! bla! bla! sampai gua habis 2 gelas nescafe o ais kurang manis.
“Bro, gua kena gerak dululah,” kata gua.
“Lu nak pegi mana? Dating?” dia tanya, lelucon.
“Gua nak balik la. Dah berlengas badan gua ni.” gua kata.
“Rileks la dulu bro. Temankan gua. Gua pun tengah tunggu kawan ni. This girl just came back from US. Gua dah lama tak jumpa dia. Nanti dia datang, lu belahlah kalau lu nak belah. Tapi lu temankan gua dulu borak-borak sementara tunggu dia sampai,” dia kata. Macam seorang kekasih merayu kepada kekasih.
“Mamak! air kosong satu!” gua melaung kat budak india pelayan.
Tak sampai 10 minit kemudian, seorang gadis berbaju kurung berdiri di sebelah meja gua dan dia.
“Ana..” dia memperkenalkan kat gua.
Gua senyum dan hangguk kepala.
“Bro, gua cau dulu.” kata gua.
“Orait” kata dia.
Ana menguntum senyum.
Dalam kereta, gua mendengar lagu Malayneum dan Chemistry. Gua mengisar-ngisar 3 helai kertas yang diberikan dia. 1 kertas boleh digunakan untuk gua. 2 kertas lagi gua tak tau mahu diberikan kepada siapa.
Saturday, 20 February 2010
Waktu itu gua mencari

Bila gua masuk sini, gua pilih tempat duduk di tepi cermin. Gua akan melihat denyut nadi Sandakan. Gua juga menyedut masuk mana-mana manusia yang tertangkap oleh mata gua. Gua memang suka melihat dan memerhati.
Dengan topi besball yang ada tenunan sekuntum ros merah dan sepucuk revolver, gua akan bersantai-santai cara gua. Selalunya gua bertshirt sempoi. Memakai levi’s lusuh yang koyak dan bersneaker reebok buruk, gua rasa aman dalam dunia gua. Kadang-kadang ada mata yang menjeling. Tapi, apa gua peduli. Takkanlah satu dosa bagi seorang manusia berimej marhaen duduk-duduk di sebuah restoran makanan segera kepunyaan sang kapitalis!
Suatu petang, sedang gua santai di situ, Lisawati limpas depan meja gua. Gua sudah nampak dia, tapi dia tak nampak gua. Gua terus berada dalam dunia gua. Sambil menyedut coke sejuk, gua membelek-belek Sabah Times.
“Eh…cigu..!” tiba-tiba Lisa menegur gua. Gua mendongak. Gua lihat Lisa sedang senyum-senyum. Kat sebelah Lisa ada seorang lelaki muda. Gua rasa balak dia. Balak dia pandang gua, gua pandang balak dia.
“Cigu kelasku ni,” kata Lisa kat balak dia. Balak dia pandang gua semacam. Gua tak kisah dia nak tengok gua macam tu. Mungkin dia cuak tengok guru kelas awek dia macam kasanova yang bukan kasanova. “Bro, gua tak akan kebas awek lu,” kata gua dalam hati.
Beberapa pasang mata dari kanan, kiri, dan depan ada yang mencuri-curi pandang. Mungkin mereka mendengar suara seorang gadis remaja memanggil seorang kutu dengan panggilan cikgu.
Gua bangun. Melangkah keluar dari premis itu menggunakan pintu yang sama yang gua masuk tadi. Dengan Levi’s koyak, gua menyusur blok bangunan di situ.
Melihat dan mencari sesuatu. Tapi gua belum jumpa lagi.
Friday, 19 February 2010
Sebuah Planet yang hilang
Gua ambil pass itu. Gua terus ambil dan masukkan ke dalam saku gua. Gua tak pun mengucapkan “terimakasih” kat Kadak, drummer Butterfinger.
Kemudian, gua berada dalam Planet Hollywood. Gua layan Butterfinger dengan genre grunge yang diorang bikin. Muzik Butterfinger bagi gua lain dari band lain. Vokal Emmet pun kira boleh tahan juga. Dan sekali sekala Lord akan menjadi back up vokal.
Kemudian, kalau gua nak layan band-band yang gua suka, gua akan lepak kat sana. Kalau malam-malam hari biasa, gua akan layan NRG.
Kemudian malam-malam Isnin yang seterusnya gua layan Ramli Sarip, Wings, Hattan, Search, dan May. Kali terakhir gua lepak kat Planet Hollywood rasanya dua tahun lepas. Masa tu Cromok perform. Hilary baru join Cromok. Edry Hashim pula sebagai sessionist. Miji dan Sam macam biasa, dengan posisi masing-masing. Dan muka mereka bukan lagi seperti sekumpulan geng pecah rumah. Semua dah bermuka ketua persatuan belia. Tapi muzik mereka tetap mengaum macam dulu juga. Dan Kurt Hammert pernah pakai t shirt Cromok semasa Metalica buat show.
Lepas tu, gua dah lama tak lepak sana. Rupa-rupanya, Planet Hollywood sudah menjadi sebahagian sejarah di Bukit Bintang. Planet Hollywood sudah ditutup. Dan Cromok merupakan band terakhir yang gua sempat layan di planet itu.
Apabila mereka bersama, gua melihat mereka menjadi SATU

Gua merentas bandar Sandakan. Mata gua melilau-lilau. Gua seperti mencar-cari sesuatu, tapi gua sendiri pun tak tau apa yang gua cari.
“Apa yang cikgu nampak?” tanya Nai.
“Saya tak nampak, saya mencari,” kata gua.
“Apa juga yang cikgu cari?” tanya Nai lagi.
“Saya mencari Melayu. Saya mencari di mana Melayu,” kata gua. Gua meninjau-ninjau barisan kedai di situ.
“Tu na Melayu,” kata Yati sambil menunjukkan sebuah restoran. Ada papan tanda ‘Restoran Melayu’ di situ. Yati mengekeh-ngekeh sedikit. Nai pun sama. Gua senyum. Ya, Melayu hanya ada pada papan tanda restoran sahaja di Sandakan.
“Kamu mahu bawa saya ke mana ni?” gua tanya.
“Sim Sim cigu, kita pegi rumah si Rusni,” kata Nai.
Gua terbayang-bayang Sim Sim. Sebuah perkampungan yang terletak atas air. Tapi lebih tersusun kalau dibandingkan dengan BDC atau Kg Forest. Dulu, di sana ada satu pasar basah. Kadang-kadang gua singgah di sana.
Sebelum sampai Sim Sim, gua limpas Masjid Besar Sandakan. Dulu, di sinilah gua selalu solat Jumaat. Masjid itu masih kelihatan gagah seperti pahlawan yang mengawal Sandakan dari ancaman Laut Sulu.
Nai membelok ke Sim Sim. Gua lihat ada beberapa blok bangunan baru. Dulu, masa gua ada di sini, bangunan itu belum ada. Setelah memakir kereta, kami bergerak ke arah salah satu blok tersebut. Sambil berjalan, gua bersembang-sembang kosong dengan Nai dan Yati.
Tiba-tiba henfon gua menjerit. Gua tekan punat hijau. Ada suara separuh menjerit “Cikguuuu..!!!”.
“Iyer..” kata gua. Gua meneka-neka, siapa yang menelefon gua.
“Saya bah ini. Faridah. Si anu yang kasi nomor telepon cikgu,” kata suara itu.
“Ooo..Faridah. Bukan kau di Tawau ke sekarang ni?” gua tanya.
“Balik suda bah cikgu. Tadi baru sampai. Rasa macam mau jumpa sama cikgu bah. Tapi rasanya nda dapat sebab mau malam sudah. Saya mana bulih keluar malam. Baliau nda kasi,” kata Faridah.
“Hahahahaha….umur limpas 30 pun masih baliau yang jaga,” kata gua.
Dan Faridah pun hahahahaha sama-sama dengan gua.
Kemudian Faridah berbla! bla! bla!. Gua pun berbla! bla! bla! dengan Faridah.
Habis, gua terus menekan punat warna merah.
Nai dan Yati sudah masuk ke dalam rumah Rusni.
Gua melangkah masuk. Gua nampak Rahmatan. Tersenyum2 atas kerusi.
“Assalamulaikum cikgu…” kata Rahmatan, menyapa gua.
Rahmatan tak banyak berubah. Kulitnya tetap melepak. Keningnya hitam lebat. Dan Rahmatan tak pernah tinggi-tinggi.
Rusni sedang sibuk di dapur. Gua bersembang-sembang dengan Yati, Nai, dan Rahmatan sambil menggigit pisang goreng.
Petang itu, banyak cerita yang bertukar ganti. Semasa gua sedang bercerita dengan Nai, Yati, Rahmatan dan Rusni, gua sedang melihat anak-anak Sandakan yang pernah gua didik dulu. Sekarang mereka sedang membina hidup masing-masing. Nai, Rusni dan Rahmatan menjadi guru. Yati di imigresen. Masing-masing dengan hidup dan bacaan takdir tersendiri. Dan gua melihat mereka ini berkumpul dalam SATU.
Gua memandang Nai, Rusni dan Rahmatan. Gua kata, “Kamu, bila dah jadi cikgu ni, jadilah cikgu.” Gua pandang satu-satu wajah Nai, Rusni dan Rahmatan.
“Kamu jangan mengharapkan apa-apa, terutamanya daripada pelajar kamu. Berikan apa yang kamu ada, jangan minta apa yang kamu tiada.” kata gua.
“Itulah… saya mahu jadi macam cikgu,” kata Rusni.
Gua senyum.
“Cikgu sentiasa kami ingat,” kata Rusni lagi.
Gua menarik nafas, dan menghelanya perlahan-lahan.
“Saya rasa kamu tak pernah tahu apa yang saya buat semasa saya ada di situ,” kata gua.
“Apa yang cikgu buat?” tanya Nai.
Gua menarik nafas lagi.
Mata gua melihat alam yang sudah mulai gelap.
“Nai, hantar saya ke hotel. Maghrib sudah ni,” kata gua.
******
Malam tadi gua lepak-lepak di Batu 4. Baru lagi kawasan itu. Banyak bangunan kedai di situ. Tapi pada jam 12 malam, tempat itu sudah tiada apa-apa. Gua tertanya-tanya, apakah warga BDC ada tempatnya di situ? Warga TB Ward mungkinkah ada yang memiliki perniagaan di situ?
Gua mencicip teh tarik. Langit Sandakan gelap. Gua melihat langit itu. Ada bintang bertaburan. Sebiji bintang yang paling terang pun masih ada di situ.
Gua menyandarkan badan pada kerusi aluminium, bagai melepaskan satu lelah yang sudah lama tersangkut.
*******
Wednesday, 17 February 2010
Suatu Hari Nanti, Kau Bagitaulah Aku

Pada suatu pagi, ada sehelai tabir terpasang antara lantai bumi dengan dada langit. Maka aku,
aku harus sedar, bau-bau rumput, harus berada di rumput. Bau-bau tanah harus terhampar di tanah. Tiada apa lagi yang boleh melintasi tabir itu kerana itu ialah sempadan yang tak seharusnya aku pergi. Bumi dengan buminya, dan langit dengan langitnya. Dan batang tubuh aku, dan bayang-bayang aku, dan nafas aku, harus lenyap dari penjuru kamarmu.
Cuma kalau nanti ada tabir yang terpasang itu, kau bagitaulah aku.
Thursday, 11 February 2010
Malam tu gua pakai t shirt hitam, dia pun pakai t shirt hitam
Gua berpaling. Gua tengok muka dia. Dia tengah tersengih tengok kat gua.
“Hah...lu! Mana ada gua sombong. Gua tak ada mata kat belakang gua. Sebab tu gua tak nampak lu,” gua kata.
“Lama betulkan kita tak jumpa. Sembang-sembang,” kata dia.
“Iyerlah, lu kan artis terkenal. Mana ada masa nak campur dengan gua,” gua kata.
HAHAHAHA..dia ketawa.
“Lu punya statement tu, bikin gua geli kat ketiak gua. Lu ingat artis terkenal boleh cari makan kat Malaysia,” kata dia sambil mengetatkan tocang rambutnya.
“Lu kecewa jadi artis. Jadi penyanyi rock?” tanya gua.
“Gua main muzik, gua menyanyi sebab gua suka. Gua bukan mahu jadi orang kaya. Kalau gua nak kaya gua dah jual tanah bapak gua kat Kelang tu. Tak pun gua masuk direct selling, jual gelang besi,” dia kata sambil. Dia membuat isyarat ajak gua pergi gerai yang ada dekat hujung.
Gua dengan dia duduk di sebuah meja. Gua keluarkan sebatang nikotin. Gua menunggu teh o ais kurang manis. Dia yang berambut panjang itu menunggu teh tarik halia.
“Bro, kalau lu tengok politik huru-hara kat Malaysia, dunia muzik dia pun sama. Haru biru. Kalau lu tak pandai pusing-pusing, lu jangan mimpilah lu nak terus popular. Lu kena kencing, biasalah dalam muzik Malaysia. Apatah lagi untuk orang-orang macam gua. Kalau lu artis perempuan lain cerita. Lu tak popular, tak ada show, tak ada filem pun lu boleh hidup mewah,” dia kata. Panjang lebar.
“Lebih baik gua macam ni. Ada show gua pergi. Gua melalak sampai gua puas hati. Lepas dapat payment, gua belah. Kalau tak ada show pun gua tak kisah. Gua boleh sewakan karaoke set gua. Saper-saper yang nak kawin, selalu cari gua. Gua angkut sendiri, gua pasang sendiri. Kalau gua gian, gua pun melalak sekali. Dua kepuasan gua dapat kat situ. Gua dapat duit, dan masa yang sama gua dapat kepuasan,” kata dia.
“Lu punya Mpire apa cerita sekarang,” gua tanya. Gua sedut nescafe o ais kurang manis gua.
“Sebab tu gua kata, susah nak cari makan kalau lu hanya main muzik. Line up Mpire selalu bertukar-tukar. Nak ambik show pun susah. Baik gua buat bisnis karaoke jer. Gua tak payah risau apa-apa.” dia kata lagi.
Kemudian, gua dengan dia berbla! bla! bla! tentang hal lain. Dia tanya gua, gua jawab. Gua tanya dia, dia jawab.
“Ok, gua cau dulu. Kirim salam ngan Pae kalau lu jumpa dia,” kata gua sambil bersalam dengan dia.
“Orait!” dia kata.
Malam tu gua ada persamaan dengan dia, gua pakai t shirt hitam, diapun pakai t shirt hitam. Sama seperti gua mula-mula bertemu dengan dia, dulu.

Wednesday, 10 February 2010
Kita akan hidup dan bernafas dengan kasih sayang.
Ayahnya, masih di bendang. Sekejap lagi matahari akan semakin tinggi. Sebentar tadi dia menyuap nasi bersiram air garam. Dia tidak mahu ayahnya turut menyuap nasi yang sama. Nasi dan air garam sahaja. Dia tahu, ayahnya sudah lama merasainya. Jauh lebih lama daripadanya.
Dia turun. Dengan serawan jala di tangan, dia menuju ke sungai. Hatinya berbunga harapan. Setidak-tidaknya ayahnya nanti akan ada lauknya untuk hidangan tengahari. Naluri dan kasih seorang anak yang baik sepertinya, tidak mahu ayahnya menyuap nasi tanpa ada apa-apa lauk.
Di sungai, dia menebar jala. Dia menebar jala seperti menebar nasibnya.
Matahari semakin tinggi. Sekejap lagi tentu ayahnya akan pulang dari bendang. Tapi jala itu masih kosong, tidak memberikannya apa-apa.
Dia menebar dan terus menebar.
Tebarannya yang terakhir membuahkan rezeki. Seekor ikan toman yang membawa anak terperangkap di dalam jala rezekinya. Sangat besar toman itu. Dia tahu toman itu sangat besar kerana dia sempat melihat toman itu melompat sehingga ke pucuk jala. Dia mula terbayang-bayang gulai ikan toman untuk hidangan ayahnya tatkala makan tengahari nanti.
“Kalu bulih ikan hok besar, jala itu mesti kito rendam dulu. Baru ikan itu terperangkap baru ikan itu tak terlepas,” dia teringat akan pesanan orang-orang tua.
Dia merendam jala. Dia berharap agar toman itu akan turut sama berada di dalam jalanya dan tidak akan pergi ke mana-mana. Demi mendapatkan lauk untuk ayahnya, dia bersabar dan merendam serta menanti jala itu terendam dalam sungai. Dia melihat arus sungai itu. Arus sungai itu seperti sebuah jalan kehidupan. Kadang-kadang tenang, kadang-kadang beralun. Selalu sahaja membawa segala sampah sarap apabila musim tengkujuh tiba.
Hampir sejam jala terendam. Kemudian dia menarik jala itu perlahan-lahan. Toman yang terperangkap bergelut untuk melepaskan diri. Dia menarik jala itu dengan harapan.
Toman yang terperangkap itu masih bergelut untuk melepaskan diri. Sudah hampir benar toman itu untuk dicapainya. Sangat hampir.
Tiba-tiba toman bawa anak itu melompat. Sangat tinggi dan kuat. Pucuk jalanya tidak mampu menahan asakan toman itu. Koyak pucuk jala itu. Toman bawa anak berjaya melepaskan diri. Dia melihat pucuk jala yang koyak itu dengan hatinya yang turut sama terkoyak. Toman yang melepaskan diri itu telah membawa lari harapannya. Dan jauh lebih pedih untuknya, ayahnya tentu tidak ada lauk untuk dijadikan juadah tengahari nanti.
Dia melangkah dengan langkah yang kosong. Sama seperti nasi kosong yang baru disuapkannya pagi tadi.
“Lagu lagu mano pong, aku nak cari jugok lauk ko ayah aku,” kata dia dalam hati.
Dia kemudiannya menuju ke permukaan sungai yang deras airnya. Selalunya akan adalah ikan-ikan yang bermain di situ.
“Mitak-mitak ado la rezeki aku sini,” kata dia dalam hati.
Dia menebarkan jalanya. Dia menariknya perlahan-lahan. Dia melihat jalanya. Ada 3 ekor ikan haruan di dalamnya, sebesar lengan budak 7 tahun.
Dia tersenyum. Ada kepuasan pada senyumannya. Toman bawa anak yang terlepas tadi telah berganti dengan 3 ekor haruan.
Dia terus pulang ke rumah. Terus dihulurkan ikan itu kepada ibunya. 3 ekor haruan itu dimasak gulai kuning daun kadok, kegemaran ayahnya.
Dia terbayang-bayang wajah ceria ayahnya yang akan kekenyangan kerana menikmati ikan haruan gulai kuning daun kadok. Dia merasa sangat puas.
Dia puas kerana dapat menggembirakan ayahnya. Menggembirakan ahli keluarganya yang lain.
Petang itu dia makan lagi. Kali ini dengan ayahnya. Dengan ahli keluarganya yang lain. Kali ini dia tidak makan nasi kosong bersiram air garam lagi, seperti yang dia makan pagi tadi.
Dia sangat gembira melihat ayahnya gembira.
Cuaca petang itu semakin meremang. Dia merasai angin segar petang itu dengan hati yang sangat lapang. Dia datang dari keluarga yang miskin harta, tapi kaya dengan kasih sayang.
Kita akan hidup dan terus bernafas dengan kasih sayang.
Dedikasi untuk Cikgu Mat Daud Ibrahim,
SM Sandakan 1998-2002
Perempuan yang Gua sayang itu telah pergi meninggalkan gua
Memang gua sayang dia. Gua sangat sayang perempuan itu.
Gua dengan dia berkongsi rasa yang sama. Kalau gua menulis, dia juga akan menulis. Kalau gua membaca, dia juga akan membaca.
Ke mana dia pergi, gua akan pergi.
Tapi sekarang dia sudah pergi, tapi gua tak boleh pergi ke tempat dia pergi.
Perempuan itu pergi tanpa sempat gua mencium dahinya, atau mengusap pipinya. Gua tak sempat pun mengucapkan selamat tinggal untuk dia. Dia pergi terlalu awal dan cepat. Gua tak sempat menangkap tanda ucap selamat tinggal daripadanya. Dia pergi dan tinggalkan gua begitu sahaja.
Yang terdaya gua buat hanyalah mengusap pasir di pusaranya. Yang mampu gua buat hanyalah memperelok pusaranya. Gua tanam pohon kemboja untuk meredupkan pusaranya. Gua tau, di dalam pusara itu ada jasad perempuan itu, perempuan yang gua sangat sayang. Perempuan yang gua sayang itu pergi dengan bayi yang sedang dikandungnya.
Adik perempuan gua, dia pergi sangat cepat dan tiba-tiba, tanpa gua bersedia apa-apa.
Adik perempuan gua, dia telah pergi, tapi gua tak boleh pergi ke tempat dia pergi.
Tuesday, 9 February 2010
Nasinya kosong, jiwanya tak kosong
Sejak awal pagi, dia sudah berada di bendang. Ayah dia pak tani. Maka dia harus menjadi seorang anak kepada pak tani. Selut di bendang ialah mainannya. Air bendang yang masam ialah mainannya. Segala jenis lintah ialah alat mainannya.
Dia ke bendang dengan hanya beralaskan nasi dingin lebihan semalam.
Menjadi anak kepada seorang yang mengais rezeki di bendang menjadikannya seorang anak yang menumpahkan rasa belas kepada ayahnya. Ayahnya tidak pernah meminta dia berada di bendang, bermain dengan selut dan lumpur. Tapi jiwa dan rasa seorang anak ialah anugerah Tuhan yang paling bernilai. Dia harus berada bersama dengan ayahnya di bendang. Membantunya mengais rezeki.
Pagi itu, ayahnya membajak sawah. Maka dia juga harus membajak sawah. Menumpahkan segala keringat di bendang. Dia sangat puas kerana, itu ialah alam ayahnya dan dia turut sama merasai alam tersebut.
“Kamu pulanglah dulu, hari sudah tinggi. Panas di sini,” kata ayah kepada dia. Kasih seorang ayah…tidak mahu anaknya dibakar panas matahari.
“Banyak lagi, tentu ayah penat mengerjakannya seorang diri,” kata dia. Kata-kata seorang anak yang sangat kasih akan ayahnya. Seorang anak yang tidak mahu ayahnya berpanas sendirian mengerjakan sawah yang tidak seluas mana.
“Tak apa, kamu balik dulu. Panas ni,” kata ayah dia lagi.
Dia melangkah perlahan-lahan. Pulang. Sambil berjalan, dia sempat melemparkan pandangan kepada susuk tubuh ayahnya di tengah bendang.
Dia mendongak. Matahari semakin tinggi. Hawa semakin membahang.
Tenaga dan keringat yang ditumpahkan di bendang sebentar tadi, menjadikannya sangat lapar. Sangat lapar.
Sesampai di rumah, dia terus menuju ke dapur. Kakinya masih berselut. Tangannya masih berselut. Di rambutnya ada selut.
Dan dia berasa sangat lapar.
Dia membuka tutup saji. Ada nasi. Nasi sahaja tanpa lauk. Dia mencari-cari kalau-kalau ada lauk. Tapi dia hanya mencari sahaja, lauknya memang tiada.
Dia keluar dari dapur, menuju ke bawah rumah. Terbongkok-bongkok mencari-cari nasibnya di situ. Dia hanya berharap agar adalah sebiji dua telur ayam yang boleh digoreng untuk dijadikan lauk. Tapi dia tak berjumpa apa-apa. Kosong, tiada apa-apa.
Dia naik ke rumah dan menuju ke dapur. Melihat nasi kosong tanpa ada apa-apa lauk.
“Tak apalah, nasi kosong sahaja,” kata dia.
Dia menyuapkan nasi kosong itu ke dalam mulutnya. Bau selut yang datang dari tangan, dari kaki, dan dari rambutnya bercampur gaul dengan aroma nasi kosong.
Dia menyuap dan menelan nasi kosong itu, satu satu. Hinggalah suapan yang seterusnya, dia tidak mampu lagi untuk menelannya. Sangat kosong nasi itu. Tiada rasa apa-apa. Dia berhenti menyuap. Bukan dia tidak bersyukur dengan nasi kosong itu, jauh sekali merintih sedih kerana hanya ada nasi kosong. Tidak sama sekali.
Di atas para-para, terdapat bekas berisi garam. Dia ambil semangkuk air. Garam dikacau sehingga larut. Air garam itu dia jiruskan di atas nasi kosong itu.
“Biar ada sedikit rasa,” kata dia dalam hati.
Dan dia makan nasi yang disiram air garam itu sehingga habis. Air garam sahaja. Tanpa lauk, tanpa ada apa-apa.
“Tuhan, kalaulah ini rezeki yang Engkau anugerahkan kepada aku, aku amat bersyukur,” kata dia dalam hati.
Dia kemudiannya bersandar di penjuru rumah. Dia merenung pinggang kosong yang sebentar tadi berisi dengan nasi kosong yang bersiram air garam.
Pinggang itu kosong. Nasi yang dijamahnya sebentar tadi juga kosong. Tapi jiwa dia tidak kosong. Dia memang miskin kerana ayahnya hanyalah petani yang tidak punya apa-apa. Tapi dia sentiasa percaya, kemiskinan bukanlah untuk diwarisi. Dia harus keluar dari lingkaran kemiskinan itu. Dia tak mahu ayahnya menghabiskan sisa umurnya di bendang.
Sambil bersandar, dia teringat-ingat akan nota-nota yang terpaksa disalinnya sendiri. Untuk mendapatkan sebuah buku rujukan baginya, umpama meniti di atas bendang sawah padi yang sangat kecil. Lunyai dan berselut.
Dia terus bersandar di penjuru rumah. Kemudian merebahkan badan untuk membebaskan lelah yang terperangkap.
Dia memejamkan matanya.
Matanya terpejam, hatinya tetap dibuka.
Matahari semakin tinggi. Hawa semakin panas. Sebentar lagi ayahnya akan pulang.
Dedikasi untuk Cikgu Mat Daud Ibrahim
Smk Sandakan 1998-2002
Metal Health
Sori dude!

pic sedekah amal jariah daripada mas mohd yunus
Sunday, 7 February 2010
Janji yang tersimpan dalam kotak.
Dia kata," Nanti kalau u dengar apa-apa cerita yang tak baik tentang aku, apa yang akan u buat?"
Gua senyum dan kata, "Tak akan ada apa-apa."
"Walau apapun ceritanya?" dia tanya.
Gua angguk.
Gua menarik rasa jauh ke dalam. Kemudian rasa itu tersimpan, juga jauh ke dalam.
"Tentu nanti ada kisah yang macam-macam tentang aku," dia kata.
"Saya dah mendengarnya," kata gua.
"Tentu banyak lagi yang u tak dengar," kata dia. Perlahan.
"Yang awal dan yang akhir sahaja yang saya mahu. Yang di tengah-tengah, saya tak mahu," kata gua. Gua senyum.
"Asal sahaja u tak berpatah pada bahagian tengah, bagi saya itu sudah memadai," gua sambung lagi.
"Promise?" dia tanya.
Kepala gua, gua angguk.
"Thanks," dia kata lagi.
Kemudian, langit senja itu semakin gelap. Selepas itu,janji gua, gua simpan dalam kocek baju gua sebelah kanan. Dan janji dia, dia bawa pergi bersamanya.
Selepas senja tamat, dan malam mengetuk, dia pergi. Gua terlihat akan janji-janji yang dia bawa itu telah tercicir. Sepanjang jalan. Dia yang mengatur janji, dan dia yang telah mencicirkannya.
Gua kutip dan gua ambil janji yang dia tercicir.
Gua simpan di dalam kotak.
Malam itu sangat gelap. Dinihari pula sangat lama untuk datang membawa embun.
Dari Gua Layan Pengtau, Bagus Gua Layan Megadeth
Gua dah lama layan megadeth. Dulu masa di SMK Sandakan, budak-budak dia tengah gila layan 4u2C, Nico, dan tah apa-apa lagi. Sekali bila gua layan Megadeth dalam kereta, durang terkedu. Pehal cikgu ni dengar lagu pecah kapal! Megadeth ni gua suka bila Dave buat rifting.
Dan Nirvana ni kira yang paling sendu yang gua layan. Gua suka cara Kurt ekpsresikan lagu melalui vokalnya.
Sepuluh ringgit itu sangat besar nilai untuk orang sepertinya.
“Nantilah cikgu, saya belum ada duit lagi,” kata dia. Sayu pada suaranya.
“Kamu kena bayar cepat. Atau kamu tiada lagi tempat di asrama,” kata cikgu itu, tetap dengan suara yang tebal.
Dia. Melangkah keluar dari bilik guru. Hatinya sebak. Kerana sepuluh ringgit, dia dihambat oleh rasa yang sangat resah.
Petang itu, dia diam-diam keluar dari asrama. Destinasinya ialah bandar Sandakan, ke tempat neneknya menjaring rezeki.
“Nek, saya perlukan duit,” kata dia. Suaranya pahit keluar dari kerongkongnya. Dia tahu, nilai sepuluh ringgit amat besar bagi seorang nenek tua yang berjualan secara kecil-kecilan.
Neneknya memandang dia dengan mata yang sayu. Mata tua neneknya telah memberikan jawapan. Dan dia sudah tahu apa jawapannya.
Sebuah bekas tempat menyimpan hasil menjaring rezeki dibuka tutupnya. Yang ada beberapa helain wang kertas yang tidak seberapa.
“Nenek ada lima ringgit sahaja. Hasil jualan hari ini,” kata neneknya. Sayu lagi. Sangat sayu.
Dia memandang neneknya. Terjatuh air mata dari kelopaknya.
“Kamu jangan risau. Nanti nenek pinjam dari orang lain,” neneknya memberikan dia bunga harapan.
Pause
“Nah, ini duitnya. nenek pinjam dari kawan nenek,” kata neneknya. Dia mengambilnya dengan rasa yang gundah. Kerana sepuluh ringgit, neneknya terpaksa berhutang. Tapi dia tahu, dia tidak mempunyai banyak pilihan. Sepuluh ringgit itu harus diambilnya walaupun dia tahu itu adalah harga maruah seorang nenek tua yang terpaksa berhutang. Dia juga harus mengambil sepuluh ringgit itu supaya dia tidak lagi diherdik seperti seorang yang tidak punya apa-apa yang dipanggil maruah dan harga diri.
****
Betapa.
Betapa kerana sepuluh ringgit, rasa hormat seorang guru kepada seorang pelajar remaja seperti tiada nilai.
Betapa.
Betapa ‘bangga’ seorang guru kerana berjaya menjadikan pelajar itu takut akan dirinya. Mungkin guru itu tidak sedar yang rasa takut seorang pelajar kepada gurunya tidak seharusnya ada. Rasa takut itu seharusnya diganti dengan rasa hormat.
Dan gua,
Gua melihat betapa bernilainya sepuluh ringgit bagi manusia yang tak punya apa-apa. Hidup sekadar mengais rezeki Tuhan yang tidak seberapa. Tapi masih mampu menyekolahkan cucunya dengan kudrat tua.
Dan gua cuba meraup titis air matanya untuk dirasa pada hati.
Jolyena, air mata kamu yang terjatuh waktu itu sebenarnya lebih bernilai dari manik-manik intan...
Friday, 5 February 2010
Pipit yang sesumpah.
“Dude, apa lu buat?” sesumpah tanya gua.
Gua senyap. Mata gua masih lagi pada sesumpah.
“Lu tak kenal gua?” sesumpah tanya gua lagi.
“Tak,” jawab gua.
“HAHAHAHA… “kata sesumpah.
“Yesssss…” kata dia lagi. Tercungit-cungit ekornya. Kepak dilehernya dikembang-kembangkannya. Lidahnya keluar masuk dari mulut.
Gua diam.
Sesumpah itu masih di hadapan gua. Menari-nari di atas ranting kapas. Melompat ke sana. Melompat ke sini.
Tiba-tiba *pling*… sesumpah itu bertukar menjadi pipit.
“Lu ke tu pipit?” gua tanya.
Yup…it’s me!” kata pipit.
“Kenapa lu jadi sesumpah?” tanya gua.
“Gua dah penat la bro. Lari ke sana. Lari ke sini,” pipit kata. Matanya tiba-tiba nampak letih bila dia sebut ‘penat’. "Sebab tu gua memilih untuk menjadi sesumpah,” kata pipit.
“Lu tau apa lebihnya sesumpah?” tanya pipit.
Gua geleng-geleng kepala.
“Sesumpah ni, boleh bertukar-tukar warna badannya. Kalau gua pegi ke rimbunan daun-daun, badan gua boleh menjadi hijau. Kalau gua bermain dengan api, gua boleh menjadi merah. Kalau gua bermain ombak, badan gua boleh menjadi biru. Seronok.” kata pipit. Gua mendengar.
“Kenapa lu buat macam tu?” gua tanya.
“Alam yang minta gua menjadi begitu. Gua hanya mengikut permintaan alam,” kata pipit.
“Oh..” kata gua.
Semasa gua berkata ‘oh’ gua lihat pelangi yang kehilangan satu garis warnanya.
Sewaktu gua melihat pelangi yang kehilangan satu garis warnanya, pipit itu terbang lagi. Dan gua tak sedar bila pula pipit meninggalkan gula-gula kapas kat tapak tangan gua.
Gula-gula kapas itu kat tangan gua. Mula mencair.
Dan tangan gua melekit kerana gula-gula kapas itu.
Hidup, roda yang berpusing, tak berhenti
Setiap pagi gua akan merantau. Dari satu ufuk ke ke satu ufuk. Kadang-kadang gerimis tumbuh di celah-celah sinar membahang matahari. Kadang-kadang kemarau datang pada musim tengkujuh.
Setiap petang, gua akan bermain-main. Kadang-kadang dengan ikan-ikan emas yang santai di akuarium, kadang-kadang dengan anjing-anjing yang rakus menyalak.
Malam - pagi - petang - malam …. hidup satu putaran. Susah untuk diteka apa yang akan hadir pada esok hari.
“Woiii…tidurlah,” kata pipit.
“Lu dari mana?” gua tanya.
Pipit tak menjawab soalan. Pipit terbang selepas gua berkelip, laju menyongsong angin.
Kata Sarasandakan kat gua
"CM sanggup kembali ke sandakan....tgk dia menjejaki kenangan lalu sepenuh hati...yg korang tak tau.........jiwanya duka....jiwanya nestapa...hatinya sedih dan bimbang...lukanya tertoreh kembali....senyuman terpaksa....ketawanya sinis berselindung duka...hatinya bergelora.....harapannya menggunung........kakinya menapak setiap inci bumi sandakan, matanya memandang setiap ruang, akalnya dipenuhi seribu kenangan pahit dan manis.....jauh di sudut hatinya.....dia MENYESAl menapak jauh ke destinasi lain....akhirnya.....titisan gugur di sebalik kaca, kaca, kaca nya.....heheheheh........."
Kata gua:
Bila gua balik Sandakan, gua balik ke akar gua semula. Akar yang berselirat dengan pelbagai rencam. Memang gua menjejaki apa-apa yang gua tertinggal. Sandakan berada hati gua pada ruang yang paling dalam. Di Sandakan, gua menjadi manusia. Bila gua kata gua menjadi manusia, tak ramai manusia yang dicipta Tuhan faham dan tahu apa yang gua maksudkan. Dan lu, Sarasandakan memang faham. Sebab apa? Sebab kita datang dari satu gelanggang. Kita dari satu mahaguru. Bunga silat kita adalah sama. Jadi kerana itu, bila lu menjeling kat gua, gua tak rasa apa-apa. Sebab gua tahu, lu cuba tolong gua.
Memang gua telah tersilap memilih destinasi. Gua tidak sepatutnya meninggalkan destinasi itu. Bila lu kata gua tersilap tuju, memang gua akui. Bila gua tersilap dan tersesat, lu pegang tangan gua, dan kata "Jangan pergi ke sana, datang ke sini". Memang gua ikut cakap lu, cuma lu yang tak nampak yang gua ikut laluan yang lu cakapkan.
Sarasandakan,
Lu memang sahabat gua. Gua perlukan sahabat macam lu. Gua dan lu mesti meneruskan pemburuan kita. Lu dengan gua tidak boleh berhenti memburu. Lu tahukan, sebenarnya kita memburu di padang yang sama?
Suatu petang sebelum ke Sim Sim
“Tersesat suda bah aku ni, dah sampai Singapore,” via sms, gua kata.
“Hah?”
“Singapore Road bah,” kata gua.
“Ok, cikgu tunggu situ, nanti saya ambil,” kata Junainah, via sms.
Gua kemudian menekan butang o dan k, dan hantar kat Junainah.
Junainah sekarang menjadi cikgu. Menabur bakti di SMK Libaran. Dulu masa sekolah, dia ni boleh dikatakan akan menjadi bank bergerak kepada geng-geng dia yang lain. Selalunya kalau mereka lepak kat mana-mana, Junainahlah yang akan menjadi penghulu. Sekarang ini, dia sedang berada di satu landasan hidup yang agak mencabar. Tidak semua orang bertuah sepertinya, dipilih Tuhan untuk merasai ujian itu.
Sambil menunggu Junainah, gua duduk-duduk di atas tembok batu. Di belakang gua ada padang MPS. Kalau dulu, sekiranya ada pesta-pestaan, di padang inilah tempatnya. Di hadapan gua, tiga blok bangunan. Agak usang tapi tak terlalu uzur. Ada beberapa buah kedai makan. Ada juga dua buah hotel bajet di situ. Gua perhatikan, tempat itu tidak berubah, sama seperti semasa gua tinggalkannya bertahun-tahun yang lalu. Kalau dulu, di bahagian hujung blok-blok kedai ini ada perempuan-perempuan jadian mencari rezeki dengan caranya. (Kali pertama gua limpas situ berbelas-belas tahun yang lalu, gua terkejut bila melihat seorang perempuan seksi berskirt pendek, kencing berdiri!)
Gua menunggu-nunggu Junainah.
“Bang, teksi ke?” tanya seorang lelaki. Usianya dalam lingkungan 30-an gua rasa.
Gua mengeleng kepala. Gua sangkakan dia bertanyakan gua inginkan perkhidmatan teksi, tapi rupanya dia ingatkan gua ini pemandi teksi yang sedang menunggu pelanggan. Cehhh…baru gua tau, rupanya gua ni boleh juga kelihatan seperti pemandu teksi. Caranya senang saja. Lu duduk-duduk dengan santai dekat dengan teksi dan lu akan dianggap sebagai pemandu teksi!
Dia mengeluarkan sebatang suria. Dia menyalakannya. Disedutnya dalam-dalam suria itu.
“Mana mau cari cewek kat sini?” dia tanya kat gua, tiba-tiba.
“Sori saya tak tau, saya bukan orang sini,” kata gua.
“Nda apa,” dia kata sambil berlalu dan meninggalkan sisa asap suria di atas kepala gua.
Mula-mula dia ingatkan gua si pembawa teksi, kemudian dia sangkakan gua orang situ yang tau di mana mahu mencari ‘cewek’. Dalam hati gua kata, “Hampehhh…!!!”
“Di mana cigu ni?” Jerit Junainah via henfon gua.
“Di Singapore Road la. Depan Sepilok Inn” kata gua.
“Saya di sini sudah, depan Sepilok Inn, nda nampak pun cigu,” kata Junainah.
Memang Junainah tak nampak gua. Gua bukan berdiri betul-betul di depan Sepilok Inn. Gua ada di seberang jalan. Gua sebenarnya sudah nampak, Junainah dan Yati dalam Spektra perak. Tapi gua sengaja. Lama sudah tidak menyakat mereka.
Gua melambai, Junainah dengan Yati melambai. Cermin kereta yang menjadi pemisah kami ketika itu.
Petang itu, matahari semakin merangkak ke bawah. Gua, Junainah, dan Yati menuju ke Sim Sim.
Sekejap lagi, langit Sandakan akan gelap semula…
Thursday, 4 February 2010
Maisarah
Gua, memang suka tengok wajah kepunyaan Jovita Gustin ini. Lembut dan sopan. Kalau dalam kelas, Jovita memang dalam kelompok yang sangat susah nak didengari suaranya. Selalunya kalau gua tanya, dia akan jawab dengan senyuman dan muka yang ditunduk-tunduk ke bawah.
“Manalah cikgu ingat saya. Saya dulu mana dalam golongan pelajar yang pandai. Cikgu hanya melayan pelajar yang pandai saja.” kata Jovita kat gua.
“Hahahaha…mana ada. Saya tak pernah mewujudkan kasta bagi pelajar-pelajar saya. Semua sama, “ kata gua.
Memanglah, gua, kalau pelajar perempuan yang sangat pendiam, gua akan berasa kekok. Kalau gua tanya soalan, kemudian dijawab dengan senyuman malu-malu, gua memang tak tau nak buat apa. Kadang-kadang gua sendiri akan berasa segan untuk bercakap-cakap dengan mereka, tidak seperti gua bercakap dengan pelajar-pelajar yang lain.
Dan Jovita, kamu pun berada dalam kelompok itu.
Dulu, namanya Jovita Gustin. Sekarang dia telah menjadi Maisarah Gustin Abdullah.
Memang takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menduga. Gua tak pernah menduga, Jovita akan menjadi Maisarah suatu hari nanti. Dulu, gua tak pernah tersilau riaknya untuk masuk ke dalam Addin ini kerana pada pandanga gua, dia sangat teguh dengan trinitinya. Tapi, itulah… kita hamba-Nya memang sangat daif untuk membaca aksara-aksara hidup, kerana aksara-aksara itu hanyalah kepunyaan Dia.
Maisarah Gustin Abdullah, saya ucapkan selamat datang dan saya tahu saya terlewat mengucapkannya.

Epol yang jambu
Epol yang jambu masuk bilik air. Epol yang jambu membersihkan badan dia. Epol yang jambu kasi cuci bersih-bersih. Epol yang jambu pakai tuala.
Bang Nuar menunggu Epol yang jambu.
Lepas tu Bang Nuar men*****kan Epol yang jambu.
HAHAHAHA
Duhai Epol yang jambu,
Lu muda lagi. Umur 20-an. Kalau lu tak mau, lu boleh terajang warga emas tu sampai tunggang terbalik. Apalah sangat kudrat warga emas tu kalau nak dibandingkan dengan kudrat lu yang gagah perkasa.
Epol yang jambu,
gua ada satu cerita kat lu. Ini cerita benar. Ada seorang perempuan. Dia kena paksa kawin. Orang tua paksa dia kawin. Tapi dia tak mau. Tapi kena paksa juga. So, dia kawinlah tapi tanpa kerelaan.
Pastu waktu malam, dia pakai segala seluar jeans yang paling ketat. Dengan tali pinggang sekali. Sebab apa? Sebab dia tak mau laki dia yang dikahwini secara paksa itu sentuh dia. Tu belum cukup lagi. Bila ‘laki paksaan’ merayap di atas katil, dia tendang laki dia tu sampai terjunam kat lantai. Terjunam mamat tu bergelimpangan atas lantai.
Tu kudrat perempuan. Kalau lu lelaki muda, gua rasa kalau lu tendang bang Nuar, mahu melayang warga emas yang kurus itu keluar tingkap!
Kamonlah bro, lojiklah sikit. Agak-agaklah kalau lu nak kelentong pun.
Wednesday, 3 February 2010
Yang Sulung

Hafsa, cikgu Azli kata satu-satunya anak komando askar dalam kelas. Dalam kelas dulu, selalu berperanan sebagai ASTRO. Semua channel dia ada. Sekarang inipun masih sama. Dan gua paling suka dengan cerita seluar jeansnya di malam hari dan segala jurus penendang di tengah malam. Ahaaakkksss...!!!!

Yunus, gua memanggilnya sang kapitalis muda. Dulu, sangat vokal. Sekarang pun tetap sama. Tapi gua tak sangka jodohnya adalah dengan JJ sebab dulu mereka selalu bercakaran. Dan itulah titik mereka yang telah ditentukan Tuhan. Walau jauh terpisah awalnya, dengan jarak masa yang agak panjang, namun titik tetap titik. Tidak boleh lari walau sedikit pun.
Sapiah, selalu terlelap dalam kelas. Tapi gua memang tak kisah sebab gua tau dia penat membantu ibunya meraih rezeki di pasar malam. Cuma gua selalu cakap kat dia, "Saya tak kisah kamu nak tidur sebab saya tau kamu penat. Cuma saya nak tengok kamu masuk universiti." Dan Sapiah telah membuktikan yang dia belajar dalam kelas dengan mata yang ditutup tetapi telinganya tetap mendengar.
Gua, pulang untuk melihat mereka...
Pagi itu sangat awal
Hawa di sekitar Hotel Tyng Garden agak nyaman.
Gua, melangkah keluar dari lobi hotel. Kat depan ada wakaf. Berbumbung dan berbangku. Telinga gua masih menangkap muzik kasar dari karaoke yang tak sampai 30 meter dari gua lepak.
Gua lepak. Gua lepak dengan diri gua. Tak ada sesiapa.
Gua menekan butang2 bernombor kat henfon gua. Gua menunggu jawapan dari Sarasandakan. Kosong tiada jawapan. Mungkin Sarasandakan sedang bermain-main dengan mimpinya.
******
“Bro, lu tinggal tak terjun KLCC jer lagi,” kata Sarasandakan pagi tadi.
“Lu tau, gua dah lama berangan-angan mau buat terjun bungee. Gua rasa, KLCC tempat yang bagus kalau nak buat macam tu,” kata gua.
“Hahahaha…,” kata Sarasandakan.
Kemudian gua senyap. Sarasandakan pun diam.
“Lu metal la bro..!” kata Sarasandakan tiba-tiba.
“Hah, apahal tetiba lu kata macam tu?” gua tanya.
“Gua tengok lu dah jadi Mat Jiwang-Jiwang,” kata Sarasandakan. Tangannya memulas stering Sylhpynya mendaki dari Tanah Merah menuju ke lebuh raya baru.
“Gua tetap macam nilah bro,” kata gua.
“HAHAHAHA…” jawab Sarasandakan. Kali ini ketawanya lagi besar dan lagi panjang.
**********
Pagi yang sangat awal. Gua masih lagi di atas wakaf di depan hotel.
Gua tidak tahu mana mahu pergi. Sandakan memang tempat gua. Tapi gua seperti rusa yang hilang belukarnya.
Tiba-tiba *pling* muncul seekor rusa tergedek-gedek di hadapan karaoke.
Rusa itu melihat gua. Gua melihat rusa itu. Gua duduk-duduk dan tidak ke mana-mana.
Rusa itu datang ke arah gua. Gua bangun lalu pergi meninggalkan rusa itu. Sarasandakan pula masih bermain-main dengan mimpinya.
Pagi yang sangat awal itu dingin tiba-tiba.
Sarasandakan, gua memilih untuk meninggalkan rusa itu. Dan gua harap bukan sebab itu lu hahahakan gua.
Sandakan, malam itu langitnya kosong.
Gua berjalan keluar. Gua tak tahu siapa yang ada di luar sana. Gua tak pasti sama ada yang kata nak tunggu gua akan ada di situ untuk berdiri di atas janji dia.
Gua keluar. Gua nampak ramai orang. Tapi gua tak nampak orang-orang yang kenal gua. Yang berjanji pun tiada.
“Tak apalah,” gua kata dalam hati.
“Ini Sandakan. Gua takkan tersesat di tanah ini,” kata hati gua lagi.
Gua ke bangku plastik. Bangku cokelat gelap itu diam sahaja. Gua mengeluarkan kotak yang sudah menjadi teman gua semula. Dulu gua pernah meninggalkanya. Dan kotak ini tidak pernah berkata apa-apa kat gua bila gua menghumbankannya ke dalam longkang. Kemudian bila gua menjadi peresah, gua kembali mencarinya. Dan dia tetap berada di situ. Sangat setia dan tak berganjak ke mana-mana.
Semasa gua sedang membakar, gua nampak Yunus. Yunus, masa sekolah dulu antara yang selalu berdebat dengan gua. Gua suka dengan cara dia masa tu. Yunus suka berdebat dengan gua. Dan gua pun suka berdebat dengan dia.
“Bro, lu jaga beg gua,” kata gua sambil mencampak beg hitam gua ke atas kerusi plastik.
“Mau pergi mana?” dia tanya.
“Panggilan alam,” kata gua.
Selesai, gua menghampiri Yunus.
“Suda aku buking hotel untuk cigu,” kata Yunus.
“Hah?” kata gua.
“Saya suda kasi bayar semuanya,” kata Yunus lagi.
Gua senyum. Masa Yunus mengajak gua ke keretanya, gua kata “rileks dulu bro, gua nak menyedut sigup ini dengan udara Sandakan. Sudah lama gua tak buat begitu.”
Yunus duduk di kerusi plastik sebelah depan gua.
Mata gua melihat langit Sandakan yang sudah gelap. Dalam gelap macam tu, gua tak nampak apa-apa. Tapi gua dapat nampak lampu-lampu yang berada jauh di sana.
Sambil menyedut, gua sembang-sembang kosong dengan Yunus.
Gua hanya memberitahu Yunus sejurus gua keluar dari ofis. Gua tinggalkan mesej untuk dia. Semasa gua usai solat Jumaat, Yunus membalas mesej gua. Tapi gua tak sempat membalas mesej Yunus sebab gua harus segera ke KL Sentral. Cuma gua sempat membaca mesejnya. Dia akan tunggu gua kat air port nanti. Itu janji Yunus.
Masa gua ke KL Sentral, gua tak tahu siapa yang akan menanti gua. Yunus sudah berjanji. Dan ada lagi yang sudah berjanji. Gua, memang sangat percaya pada janji.
Tapi ada lagi yang berjanji. Lebih lama dari Yunus sebenarnya. Tapi yang ada hanyalah Yunus sahaja.
Semasa gua melangkah untuk ke kereta Yunus, gua ternampak Abdullah. Dia menyalami gua.
“Gua ikut Yunus balik hotel. Kamu follow ikut belakang,” kata gua.
Abdullah mengangguk.
Kemudian Jipran pula sampai.
“Bro, gua ikut Yunus balik hotel. Lepas tu kita ikut dia pegi makan. Tapi gua tak tahu kat mana lagi. Nanti lu follow jer,” kata gua. Jipran angguk sambil senyum.
Gua naik Harrier kepunyaan Yunus. Sepanjang perjalanan ke hotel, langit gelap.
Sampai kat hotel, gua, Yunus, Abdullah dan Jipran lepak-lepak sekejap kat dalam bilik.
“Jom kita makan,” kata Yunus.
“Cikgu mau makan kat mana?” tanya Yunus.
“Woii…gua ni ibarat pendatang. Ke mana-mana lu bawa gua, gua ikut jer,” kata gua.
“Ok, kita pegi Ocean King, Pasir Putih,” kata Yunus.
Abdullah dengan Jipran mengangguk.
Untuk ke sana, gua naik kereta Jipran pula. Abdullah dan Yunus dengan kereta masing-masing.
Sambil makan, kami berbla! bla! bla! pelbagai perkara dan topik.
Gua tengok sekitar Ocean King. Gua tengok kerusi-kerusi plastik dan meja bulatnya. Mungkin sudah ramai juga pelajar gua yang lain pernah makan di sini.
“Jom, kita cari teh tarik,” kata Yunus setelah hampir dua jam menghabiskan masa sambil mengotorkan lantai dengan asbak sigup.
Kali ini gua ikut Abdullah pula.
“Lu bawa gua ikut jalan bandar. Limpas Sim Sim. Gua nak tengok Sandakan gua,” gua kata.
“Boleh,” balas Abdullah.
Pasir Putih – Bandar Sandakan – Sim Sim; masih tetap begitu. Bangunannya masih sama. Cuma lantai jalannya tiada lagi aspal. Semua bersimen.
Limpas BDC, gua tengok kosong. Tiada apa-apa. Gua tertanya-tanya kemana para baliau yang pernah mengusung gua sewaktu gua dilanggar kereta dahulu? Ke mana perginya pakcik Jumarang yang pernah menitiskan air matanya sewaktu gua berkunjung ke rumahnya di jambatan yang paling hujung. Gua tak tahu ke mana mereka semua membawa diri. Apakah mereka diberi pilihan untuk hidup di tempat yang lebih selesa, atau di terus dikejar seperti anjing kurap di bumi sendiri.
Gua melihat BDC yang kosong. Hati gua kosong bila melihat kekosongan.
Sandakan, malam itu langitnya gelap. Walau ada lampu-lampu, langitnya tetap gelap.
Kosong.
Tiada apa-apa.
Dan gua, tetap mampu menikmati teh tarik sambil menyambung lagi puntung-puntung sigup sampai ke awal pagi. Kosong itu tiada apa-apa bagi gua.
Tuesday, 2 February 2010
Ujikaji Cara Gua
Setelah sekian lama, gua terasa nak buat uji kaji ini untuk yang beruniform merah pula.
Sesampai Sandakan, gua sengaja menjadikan diri gua penumpang yang paling lewat keluar dari pesawat.
Selepas semua menuju ke tangga, gua juga berjalan ke sana.
Tiba di pintu keluar, gadis beruniform merah tersenyum. Memang ada gula kat bibir dia.
Dia senyum, gua pun senyum.
“Terima kasih, jumpa lagi,” dia kata bila gua sampai kat depan dia.
Gua tengok kat dia. Kemudian gua kata, “Boleh, nak jumpa kat mana?”
Dan dapatan daripada uji kaji ini sama. Baik gadis berkebaya batik dengan gadis beruniform merah, dapatannya sama.
Kedua-duanya akan tersipu-sipu bila gua tanya nak jumpa kat mana.
Gua meninggalkan pesawat, menuju ke balai ketibaan. Gua tinggalkan gadis beruniform merah itu yang tersipu-sipu malu bila kena usik. Bahang enjin pesawat bermain-main di pipi gua.
Sandakan sedang menunggu gua.
Tiba-tiba gua terdengar-dengar kata Radzfar, "The return of Cikgu Zamani". Dan gua tak tahu apa yang sedang menanti gua. Sandakan sekarang dengan Sandakan dahulu tentunya ada beza. Dan gua menanti perbezaan itu.
sarasandakan
Lu kata “Sedap ayam kampung ini.”
Kemudian selepas gua menggigit sikit ayam kampung itu, dan gua kata “Tak sedap sangat,” lu tak boleh kata selera gua selera kelas marhaen!
Memang lu dengan gua berada di atas satu peterana. Cuma kadang-kadang gua akan turun sekejap dan mencari kuda bedi. Kadang-kadang gua terjumpa dengan unikorn. Kadang-kadang gua nampak kuda padi yang berlagak kuda yang turun dari keinderaan! Dan lu, lu tetap berada di atas peterana itu dan tak mahu turun-turun. Sebabnya atas peterana itu ada anggur yang pelbagai jenis dan warna. Tapi lu tau, anggur itu kalau diperah dan diambil airnya, kemudian diperam, ia boleh membawa akal lu terbang entah ke mana. Gua harap bukan lu yang jadi begitu.
Gua, memang suka melata di segenap muka bumi. Gua akan melihat dengan mata gua. Kaki yang gua ada gua gunakan untuk bergerak. Kadang-kadang gua melompat longkang. Kadang-kadang gua memijak pemaidani Turki yang paling mahal. Kalau gua jumpa longkang, gua tak akan meludah ke dalam longkang itu. Mungkin longkang itu penuh dengan sampah. Ada buih-buih hanyir yang hanyut di situ. Tapi gua juga tahu kenapa longkang itu wujudnya seperti itu. Kalau tak ramai yang mahu turun dan membersihkan longkang itu, sampai bila-bila longkang itu akan jadi macam tu. Dan kita tak boleh menyalak dan melolong mengatakan orang lain bodoh apabila dia sanggup turun ke dalam longkang tersebut.
Kalau gua turun ke dalam longkang itu, memang gua tau badan gua juga akan berbau busuk. Tapi bagi gua, itu adalah lebih baik dari berada jauh dari longkang dan terpekik terlolong macam orang hilang akal mengatakan longkang itu busuk.
Bro,
Kadang-kadang kita hanya nampak longkang kat tepi jalan. Tapi kita sering terlepas pandang kekotoran yang ada dalam rumah kita sendiri. Kita tengok dulu kekotoran yang ada dekat dengan kita. Kita jangan sibuk tentang longkang orang lain.
Kadang-kadang kita berjalan. Lepas tu kita juga selalu bermain dengan hujan. Kadang-kadang kita alpa apabila dibasahi hujan. Lu juga macam tu bro! Gua pun sama. Tapi tak salah dan tidak jatuh martabat kalau gua mencari teduh di bawah bangsal robek.
Bro, lu mencari gadis-gadis genit, gua mencari bidadari dari syurga!
Suatu Malam di Mekdi
“So, apa lu punya problem?” kata dia selamba. Lepas berkata begitu, dia menggigit french fries. Matanya melihat-lihat awek yang jaga kaunter depan.
“Maksud gua, semua IP akan pegi satu tempat. Kalau lu ada Sandakan, IP lu juga akan muncul di KL atau merata-rata. Atau kalau lu ada di Perak, lu punya IP mungkin akan timbul di Penang,” kata gua.
HAHAHAHA…dia ketawa. Bila dengar dia ketawa macam tu, gua rasa semacam. Mesti ada benda yang simple, tapi gua tak faham.
“Bro, benda-benda macam tu kacang jer. Lagikan yang invi dia punya IP pun kita bleh trace, apa lagi yang memang tercongok IP dia kat depan mata. Apalagi yang durang nak buat? Pakai proksi? Kita boleh buat by pass la bro! Lu ingat Raja Petra tu pakai dia punya IP sendiri ke? Tapi kita tau di mana dia berada.” kata dia. Gua terkebil-kebil mendengar.
“Tapi kalau durang pergi c.c., macam mana?” gua tanya.
“C.c. tu ada kat mana? Negara China? Monggolia? Uzbekistan? Semua kita boleh trace. Kalau kat atas bumi Malaysia ni, lu tak yah tanya boleh trace ke tidak. Kalau lu tanya macam tu, memang lu bebal.. hahahaha” kata dia.
Gua diam. Dia terus menggigit french friesnya.
“Mana lu punya lappy?” dia tanya gua.
Gua memusingkan lappy gua kat dia. Dia mengeluarkan lappy dia. Seutas wayar hitam di cucuk kat usb port gua dan usb port dia.
Dia mengetik-ngetik lappy dia. Gua tengok kat skrin. Ada tertulis “file transfering”
Lepas tu gua dengan dia berbla bla bla bla.
“Ok, dah siap. Lu bagi gua masa sekejap.” kata dia.
Gua tengok dia mencucuk external hard disk kat lappy dia. Lepas tu, dia mengetik-ngetik. Khusyuk, tapi selamba.
Hehehehe.. tiba-tiba dia ketawa,
“Pehal bro?” gua tanya.
“Nanti lu tau sendirilah, malas gua nak cerita,” kata dia. Dia senyum.
“Meh sini, tengok ni apa yang gua bawa naik dari dalam tanah,” dia kata. Matanya merenung mata gua.
Gua tengok skrin lappy dia. Ada beberapa aksara yang gua tak paham. Macam ditulis dengan format note pad. Ada angka, ada simbol, ada macam-macam. Sekali tengok macam formula matematik pun ada.
“Kalau lu tak faham, lu skrol pegi bawah,” kata dia.
Gua tekan-tekan butang page down.
“Ok…ok…stop kat situ. Cuba lu tengok,” dia kata lagi.
Mata gua ada kat skrin lappy dia.
“Ada? Jumpa?” dia tanya.
“Inikah makhluk Tuhan tu?” gua tanya.
“Habis tu lu ingat apa?” dia tanya gua balik.
HAHAHAHAHA….makhluk Tuhan ini rupanya yang duk jadi anjing buruk kepala selama ini. ….HAHAHAHAHa….
“Thanks bro!” kata gua.
“Small matter jer tu,” kata dia.
Lepas tu gua dengan dia bla bla bla bla.
Malam makin larut. Orang yang masuk McD makin ramai.
“Bro, gua nak kena balik ni. Besok gua kena fly pegi Singapore. Ada miting,” kata dia.
“Ok,nanti kalau ada apa-apa hal, gua roger lu,” kata gua.
Gua menapak ke kereta. Sambil berjalan gua berfikir. Gua nak buat apa dengan makhluk Tuhan ini.
Apa yang gua nak buat…?
Gua taulah.
Masa gua nak masuk dalam kereta, gua nampak pipit bertengek atas kabel telefon.
“Woiii…apa lu buat kat atas tu?” gua tanya.
“Gua tengah cek trafik internet la,” kata pipit.
Monday, 1 February 2010
BINGO!!!
ADRESS? Check
NAME? Check
PROXY? Check by pass
Verified by ***v**h*
Jangan nanti ada yg jatuh ke dalam lubang jamban sebab nak lari!
Nanti gua datang
Nanti gua masuk balik.
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...