Wednesday, 13 January 2010

Kata-kata itu bagaikan fatamorgana.

“Kata-kata itu, kadang-kadang seperti fatamorgana,” kata gua. Sara mendengar.
Wap-wap nipis yang kapas, masih mengapung.
“Fatamorgana tu apa?” tanya Sara.
“Sesuatu yang nampak macam ada. Tapi tiada sebenarnya,” gua kata.

(Gua melihat sekawan hering sedang mematuk-matuk seekor bangkai antelop.)

“Ok…ok… I faham..kata-kata ialah fatamorgana yang U maksudkan tu…” ujar Sara. Riang.

(Gua masih melihat sekawan hering yang sedang mematuk-matuk seekor bangkai antelop)

“Maksudnya, ada kata-kata yang tidak ada benarnya. Tapi kata-kata itu nampak macam benar jer kan,” kata Sara.
“Betulkan?” tanya Sara.

“Kesian antelope tu,” balas gua.
(Gua masih melihat sekawan hering mematuk-matuk bangkai antelop itu.)

“Ishhh… U ni… Bila I cakap bukannya nak dengar,” kata Sara bernada rajuk.

Gua pun bangun setelah hering yang mematuk-matuk bangkai antelop itu pergi ke awan. Gua melangkah satu-satu. Gua tertinggal Sara tanpa sedar.

Sayup-sayup, gua dengar suara Sara, “Hei…!”.
Sayup dan perlahan.

9 comments:

  1. Anony,
    fatamorgana memang ajaib bagi para pengembara di padang pasir. Tetapi fatamoorgana tetap fatamorgana, tidak boleh menggantikan oasis...

    ReplyDelete
  2. jadi berpijaklah di bumi nyata, jangan diturut rasa kelak membinasa, yang terbinasa bukan sendiri sahaja tetapi yang lain turut berasa natijahnya.

    ReplyDelete
  3. Oasis itu memang ada di bumi yang nyata. Fatamorgana pun ada di situ. Kebinasaan itu berlaku dalam pellbagai cara dan bentuk. Dan ramai yang terbinasa di alam yang nyata kerana terlalu banyak tipu daya yang tak terlihat dek mata.

    ReplyDelete
  4. aku ni org yg naif dlm bahasa...aku tdk faham sekerat habuk pun kata2 depa..tapi oasis dan fatamorgana tu cantik...ciptaan NYA memang cantik.

    ReplyDelete
  5. Anony,
    sebaiknya jika kita tak paham, kita bertanya, atau sekurang-kurangnya cuba mencari setiap makna yang tersembunyi di sebalik setiap kata. :) Terpekik terlolong seperti sesetengah anonymous yang lain, bukan cara orang "terpelajar".

    ReplyDelete
  6. biar fatamorgana berbayang-bayang..biar oasis sejernih sumur..jgn hilang ditelan zaman..

    berkata itu pasti
    berdiam itu sunyi
    bertindak itu bukti
    bertikam pasti mati

    PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA

    ReplyDelete
  7. Kata yang tak sehaluan, maka dipanggil orang itu sebagai pengampu. Gua pun tak tau apa menataliti dalam kepala lu...

    ReplyDelete
  8. saudara/i/homo Anonymous...

    mat penagih kat kg gua ada berkata:

    tak kenal maka tak cinta...
    tak belajar maka buta mata...

    benarkah Jebat tak tau apa yg diperjuangkan?

    benarkah Jebat bertindak membutatuli?

    kalau benar...BODOHKAH JEBAT DERHAKA?

    atau ...JAHIL KAH SANG PENGATA?

    ReplyDelete
  9. rupanya Jebat Sandakan bernama Yunus...dulu di asrama kami panggil Abang Yunus sebab senior di asrama...

    sorrylah bro..mungkin aku yg jahil tak habis baca Hikayat Hang Tuah yang tebalnya 3 inci tu..dan hal yang kita perkatakan memang hal bebeza, tapi tak apa, aku tak kisah

    apabila membaca blogmu, jangan kau bimbang, aku akan jadi followermu yang paling setia..rajin-rajinlah menulis tentang Sandakan dan pembangunannya...Aku sayang Sandakanku walaupun sudah hampir 16tahun duduk Selangor ni..

    mungkin Jebat tak kenal aku tapi aku kenal Jebat. Abang Yunus adalah antara nama abang senior yang meniti d bibir pelajar Aspuri SMK Sandakan...

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...