“Hei..!”
Gua donggakkan kepala. Ah, dia datang lagi. Sara datang lagi.
“Hei.!” dia kata lagi.
“Kenapa I lihat u macam ada di sini, tapi tak ada di sini?” Sara tanya gua. Rambut rebondingnya menari-nari di atas bahunya.
Gua senyum. Sara pun senyum bila lihat gua senyum. Ah, senyuman Sara memang bergula.
“Sara..” gua panggil nama dia.
“Ya..” kata dia ringkas. Semakin bergula bibirnya.
“U nak ikut saya?” gua tanya.
“U nak bawa I pergi mana?” Sara tanya kat gua. Jari-jari runcingnya menyisir-nyisir rambut rebondingnya. Beberapa helai gugur, dan singgah di atas bahunya.
Gua senyap. Gua senyum melihat muka Sara yang mula berbunga dengan tanda tanya.
“Jauh ke tempat tu?” Sara bertanya.
“Tak jauh…tapi tinggi..” kata gua.
“Menara Kuala Lumpur?” tanya Sara.
“Tak,” kata gua.
“U nak bawa I pergi mana?” Sara bertanya.
“Jom kita pergi ke langit!” kata gua. Gua bangun tiba-tiba. Gua menapak beberapa langkah. Gua toleh ke belakang. Gua nampak Sara. Muka Sara tak ada emosi. Bibir Sara mencair gulanya.
“Tak nak ikut?” gua tanya.
“Tinggi sangatlah langit tu. I gayat,” kata Sara.
Ha!Ha!Ha! gua kata sambil menyeluk saku seluar dan berlalu pergi.
“Hei, tunggu I !” gua dengar sayup-sayup. Gua lihat di hadapan ada horizon, kaki langit bercantum dengan hujung dunia.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELAMAT KEMBALI KEPADA SELAMAT DATANG
tiada apa-apa yang harus aku kesali untuk hari-hari 2025 kerana aku mengenggam akan rasa yakin "tuhan tidak kejam" yang datang d...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
kasihan..
ReplyDelete