Sara datang. Gua sedang santai-santai di beranda. Langit petang merah selepas hujan.
“Hei…” Sara menyapa.
Gua mendongak. Gua tak tengok muka Sara. Gua tengok langit merah selepas hujan.
“Apa yang U sedang buat?” tanya Sara.
Gua diam. Selepas melihat langit merah selepas hujan, gua tup!tap!tap! papan kekunci komputer riba gua. Gua tak tengok Sara.
Sara datang ke sisi. Sara melihat skrin lap top gua.
“U mengarang? Apa yang U karang?” tanya Sara.
Gua diam. Bunyi papan kekunci lap top gua, bagaikan not-not muzik “Aku Tak Peduli” laungan FTG.
“Mmmm… U memang sedang mengarang,” kata Sara.
“Kali ini U tulis cerita apa?” tanya Sara.
Gua berhenti. Gua melihat langit merah selepas hujan. Gua tak melihat Sara.
Gua kata, “Sara, saya bukan tukang karang cerita. Saya bukan pengarang cerita yang bagus,” sambil membuang jauh-jauh sisa nikotin.
“Tapi, I pernah terlena dengan cerita U. I terdodoi dengan bahasa U,” kata Sara.
“Saya bukan pengarang cerita yang baik. Cerita saya ialah cerita tentang hidup. Bahasa saya ialah bahasa tentang hidup,” kata gua.
“Tapi, I pernah terlena dengan cerita U. I terdodoi dengan bahasa U,” kata Sara lagi.
“Hahahahaha….” gua ketawa. Gua memang ketawa.
Sara menggigit bibir. Dahi Sara berkerut.
“Kenaifan U untuk mengerti akan suatu hakikat, menyebabkan U membuat kesimpulan yang sangat mudah. Bagi U, hidup ini bagai bidak-bidak di atas papan catur. U melihat hidup ini tak berengsot, hanya statik di situ sahaja,” kata gua.
“Mmmm… U tau Sara?” tanya gua.
“Saya pun pernah terlena dan terdodoi dengan nyanyian U. U memang sangat pandai bernyanyi” kata gua.
Gua senyum.
Sara pergi.
Gua diam dan duduk-duduk dengan santai di atas kerusi. Kalau sebelum ini gua melihat setiap langkahan yang diaturkan Sara, kali ini gua hanya melihat langit merah selepas hujan.
“Dude, mana dia nak pergi?” tanya seekor burung pipit yang hinggap di atas bahu gua.
“Pergi bermain di taman permainannya, barangkali,” kata gua.
Sara pergi.
“Pergilah..” kata gua.
Semasa Sara pergi, gua mendengar lagu “Aku Tak Peduli” laungan FTG. Gua tak tengok Sara. Gua tengok akan suatu kenaifan…
Langit senja itu merah. Hujan pun baru berhenti.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Ya.Sara sudah pergi...
ReplyDeletesara tidak akan pergi jauh. sekarang atau bila2 saja sara akan kembali.
ReplyDeleteBukan kah Sara dipermainkan???
ReplyDeleteprejudis yang sadis...
ReplyDelete.
..
...
ada part Sara saya tertinggal ke? bila masa Sara jadi kekasih lak ni? hahaha
ReplyDeleteMas,
ReplyDeleteLu tak tertinggal apa-apa. Plotnya ada di situ. Sara tak jadi kekasih. Sara ni macam hologram, dia nampak macam ada, tapi tiada.
:(
ReplyDelete