Friday, 8 January 2010

Horizon

Di horizon itu, gua sampai. Sara mengekor di belakang.
“Betul ke ni?” Sara bertanya.
“Betul apa?” gua bertanya kat Sara.
“Ini langit,” kata Sara. Lembut suaranya.
“Tak. Ini bukan langit. Ini baru horizon,” kata gua.

“Eh, kat langit ada orang ke?” Sara bertanya. Masuk lembut ke dalam telinga gua. Telinga gua terasa gatal. Mungkin pertanyaan Sara itu menyebabkan gua berasa begitu.
Gua diam.

“U tahu apa itu orang?” gua tanya Sara. Gua menekan butang ikon anak panah menuju ke langit. Pintu terbuka. Gua dan Sara melangkah masuk.
“Apalah U ni. Takkan I tak kenal orang,” kata Sara. Tangannya terangkat. Mahu menepuk bahu gua la tu. Sara selalu begitu.
Bila gua renung muka dia, tangannya statik tiba-tiba. Tangannya yang selalu hinggap kat bahu gua, kali ini tak hinggap di situ. Pipi Sara yang gebu gua nampak memerah.
“Sori,” kata Sara.
“Takper..” kata gua.

Lampu pada butang nombor 7 menyala. Pintu terbuka.
“Kita sudah sampai,” kata gua. “U dulu..” kata gua sambil menekan-nekan papan pintu itu.
Sara melangkah sambil sambil berkata “terima kasih.”
“Nanti saya pertimbangkan,” kata gua.
“U nak pertimbangkan apa?” Sara bertanya.
“Kasih U tu la, saya nak terima atau tidak…Ha…Ha…Ha..” gua kata.
Sara mengikik-ngikik halus.

“Gelaplah. Tak nampak apa-apa pun,” kata Sara. Dari lantai, wap putih mengapung. Sara di depan gua, gua di belakang Sara.

“Sara, tengok tu,” kata gua.
“Eh, pelangilah…” kata Sara. Sara nampak girang.
“U suka pelangi?” gua tanya Sara. Sara angguk perlahan-lahan sambil tersenyum.
“Pelangi hanya akan ada bila ada biasan air dan cahaya. Kalau tak ada itu, tak wujudlah pelangi,” kata gua.
“Temankan I pergi ke sana. I nak tengok pelangilah,” kata Sara seperti memujuk.
“U tengoklah dari sini. Kalau U pergi, memang U tak akan nampak pelangi itu. 7 warnanya akan hilang entah ke mana,” kata gua.

Sara diam. Gua pun diam.

3 comments:

  1. berpijaklah di bumi nyata..

    ReplyDelete
  2. cinta punya pasalkah semua ni?

    ReplyDelete
  3. inilah penangan SARA. huaahahaharrhaa ::-::

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...