Tuesday, 5 January 2010

Gadis Kecil dengan Kek Kecilnya




Gadis kecil itu. Di atas sebuah motosikal murah yang dikemudikan ayahnya, pergi ke tepi sebuah pantai.

“Kamu tahu hari ni hari apa?” tanya ayah. Gadis kecil yang kanak-kanak itu tersenyum.
“Ulang tahun saya,” jawabnya. Matanya yang halus dan tajam dihujung, memandang ayah.

Ayah menghulurkan tangan. Gadis kecil menyambutnya. Kedua mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual roti, biskut, dan kek.

Ayah mengambil beberapa biji kek kecil yang terisi dalam kertas bercawan. Sangat kecil kek itu.

“Nah, selamat hari jadi, nak, Hanya ini yang ada. Tiada kek cokelat untuk hari jadimu” kata ayah.

Menuju ke motosikal murah, gadis kecil menggigit kek bercawan yang kecil itu. Setiap gigitannya menaburkan asbak kek kecil bercawan itu. Tak sempat asbak itu gugur ke bumi lantaran angin pantai menyapunya jauh dari atas pasir yang putih.

Kek kecil bercawan itu. Sangat kecil. Dan gadis kecil itu masih tetap kecil hari ini, walaupun dia menggigit kek kecil bercawan bertahun-tahun yang lalu.

3 comments:

  1. gua tak dapat cari gambar kek yang murah harganya, jadi gua rembat jer mana2 gambar yang ada.

    ReplyDelete
  2. kek kecil tu mcm kek sponge yg 6 biji dalam 1 pek..dulu harga dia RM1.20 sepek. time tu rasa kek tu sedap sgt.apa lagi kalau d makan dgn coke. kalau dapat minum setin coke yg berharga RM1 time tu..wahhh dah kira lumayan...

    ReplyDelete
  3. Anony,
    makan kek sponge dengan coke... perghhhh... lazat juga bunyinya. Lazat dalam cara kita sendiri.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...