Monday, 25 January 2010

Kata Zizie

Kata zizie:

kalianlah pahlawan berkuda
dengan pedang sumbing dan sangga berlubang
menghambur tanpa gemuruh
tanpa walang
dan meskipun tiada kepala seteru diuncang untuk di bawa pulang di hari pertemuan
cukuplah hanyir darah yang memercik di muka.

aku hanyalah pemanah tanpa nama
terhendap-hendap di balik bukit-bukit pejal
dan panahan pula kerap tersasar
namun yakinlah bahawa aku tidak akan kembali ke lembah
sebelum perang ini usai.

2 comments:

  1. mula-mula gua masuk , gua terhenti sejenak. ada bidadari berunicorn putih bermain di air cetek. gua ingat gua di laman sesawang dewasa. rupanya gua di pintu yang betul, cuma warnanya sahaja berubah.

    apakah laman ini akan ada cerita-cerita dewasa..gua tunggu

    ReplyDelete
  2. Dude,
    cerita gua cerita untuk orang2 dewasa. Orang dewasa yang ada akal dan digunakan sesempurnakan yang mungkin.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...