Gua sedang merayau-rayau di sekitar Cheras Leisure Mall. Sengaja berbuat demikian. Sekadar melepaskan masa luang yang terkurung.
Telefon bimbit gua, buatan China, meraung-raung. Gua nampak sebaris nombor tanpa nama.
“Hello…” kata gua.
“Hello cigu..” kata suara di hujung.
“Hah, Radzfar..” kata gua.
“Hehehehe…cigu masih cam suara saya!” kata suara di hujung talian.
“Hahaha…” kata gua. Sudah hampir 12 tahun gua terpisah dengan generasi Radzfar. Tapi gua masih mampu mengingat suaranya.
“Dengan rendah hati, saya nak belanja cigu makan tengahari,” kata Radzfar.
“Boleh, no problem. Di mana?” gua tanya.
“Cigu di mana sekarang? Saya di ofis di Mid Valley,” kata Radzfar.
Gua mencongak-congak tempat yang sesuai. Senang untuk dia sampai, senang untuk gua pergi.
“Seksyen 8 PJ, bagaimana?” cadang gua.
“Di mana tu?” tanya Radzfar.
“Kalau kau dari Mid Valley, menghala ke Kelang, kau nampak Hotel Hilton, kat situlah,” kata gua.
“Oh, tau-tau. Kita nak lunch kat Hilton ke?” tanya Radzfar.
“Kalau kau nak makan kat sana, kau makanlah sorang-sorang tanpa aku. Aku suka tempat para marhaen selalu makan,” kata gua.
“Hahahaha..” kata Radzfar.
“Kat sana tu ada satu food court. Kita makan saja di sana. Tak payah makan di hotel,” kata gua.
Gua memang sangat tak gemar makan di tempat para kapitalis berkumpul. Minggu lepas, gua baru sahaja lunch di Shangri La. Kalau gua diberi pilihan, gua lebih suka makan di kedai mamak. Tapi gua tiada pilihan.
Sebab itu, gua tak pergi ke Mandarin Oriental kerana gua ada pilihan.
Dude, memang lu nampak bergaya dan berimej elit kalau lu masuk ke hotel 7 bintang itu! Tapi gua memilih untuk menjadi diri gua.
Sesampai di food court yang dimaksudkan, cahaya matahari sangat mengigit.
“Aku sudah sampai,” kata gua via telefon bimbit.
“Saya ada di sebelah kanan bahagian hujung food court. Saya nampak suda cigu..” kata Radzfar
Gua melempar pandangan ke bahagian sebelah kanan food court. Gua nampak Radzfar. Tubuhnya agak berisi sekarang. Mukanya bulat dan tembam.
Radzfar datang ke arah gua. Gua pergi ke arah dia.
Dia menyalami gua dengan erat. Tangan gua dikucup. Memang Radzfar seorang lelaki yang amat menghormati gurunya. Masih tetap sama seperti dulu. Sama seperti 12 tahun yang lalu.
“Saya baru pindah ke KL. Dulu di Langkawi,” kata Radzfar.
“Maksudnya hujung tahun lepas kau masih di Langkawi? tanya gua.
Dia mengangguk. Senyum.
“Kalau la aku tau kau di sana, taklah aku terperuk satu minggu dengan rasa yang amat bosan. Satu minggu bah aku di sana. Urusan kerja,” kata gua.
Radzfar senyum.
“Macam mana kau sekarang?” tanya gua.
“Saya kahwin dengan orang Kelang. Sekarang menatap di sana. Rumah pun sudah dibeli. Di Kelang juga,” kata Radzfar.
Gua senyum.
“Dulu, ada kau terfikir kau akan kahwin dengan orang sini? Akan menetap di sini?” tanya gua.
Radzfar tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala.
“Itulah… kita tak pernah tau cerita apa yang akan masuk dalam layar hidup kita,” kata gua.
“Dengar cerita cigu mau pergi Sandakan,” kata Radzfar.
“Hah..” gua sedikit terkejut.
“Bukan pergi, saya balik ke sana sebenarnya,” kata gua.
“Sekejap saja,” gua kata lagi.
“Mana kau tau?” gua tanya.
“Si Aisah yang kasi tau,” kata Radzfar.
“Hahahahaha…macam mana orang Tawau yang tau duluan ni..” kata gua.
Radzfar senyum.
Kami berbla! bla! bla!
Tentang kawan-kawannya yang kandas cita-cita dek masalah pengenalan diri.
Tentang kejayaan kawan-kawannya.
Juga tentang kawan-kawannya (pelajar gua sebenarnya) yang terpesong arah tuju.
Setelah matahari kurang menggigit, selepas lebih 2 jam berbla! bla! bla!, gua harus pergi ke destinasi gua. Radzfar pun harus ke destinasinya.
Semasa berjalan ke luar dari food court, Radzfar berkata, “Saya baca blog cigu. Saya suka bahasa cigu.”
“Ah, bukannya ada apa-apa pun blog saya. Semua tentang kehidupan,” kata gua.
Setelah sampai di luar, Radzfar menyalami dan memeluk gua. Sangat hormat lelaki ini akan gurunya yang tetap memilih untuk menjadi seorang marhaen.
Gua menuju ke kereta. Tiba-tiba Radzfar bertanya, “Siapa Sara?”.
“Hahahaha…tiada siapa-siapa. Hanya watak yang saya jelmakan dalam blog. Tiada siapa-siapa,” kata gua.
“Oh…” kata Radzfar.
Kemudian Radzfar menuju ke selatan, gua pula menuju ke utara.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
Terima kasih cikgu...
ReplyDeleteSesungguhnya, cikgu tetap dekat di hati kami (Sabahans)yg pernah dan akan selalu terhutang budi dgn mu.
Teruskan menulis... kata - katamu mu "Very inspiring"...
Radzfar
Radzfar,
ReplyDeletesaya hanya ingin melihat semua yg saya pernah didik menjadi manusia. Mungkin betul kata kamu,kata-kata-kata saya "very inspiring". Maka kerana itu ada makhluk Tuhan yang melempar kata kononnya saya bijak bermain kata, tapi hakikatnya saya tak punya apa. Ya, saya bukan kapitalis!
:)
ReplyDeleteboleh gua cadang kita tubuhkan kelab anak-anak murid cikgu zamani? macam persatuan keturunan-keturunan tu. awal-awal gua cadang mas jadik setiausaha sulit
ReplyDeletehahahaha...!!!! Nanti jap gua nak tanya s/u sulit gua dulu, saper tu... oooo Mas..
ReplyDeletealhamdulillah, cikgu sudah kembali seperti dulu...mungkin cikgu kata cikgu tidak pernah berubah tapi aku sang pemerhati tanpa tauliah, melihatnya pada diri cikgu..
ReplyDeleteapa lak wa. kelas wa dulu, cikgu tak penah masok pun. hahahaha.. tak nak la wa. wa macam biasa, jadi Kotak Hitam jer. Nyehhh..
ReplyDeleteanony,
apa beza CM ni dulu dengan CM sekarang?dalam hal perubahan, ada 2 keputusan penting. Iaitu menjadi baik, dan menjadi buruk.
wa kempius dan inesen habis. tapi wa nak ckp, bukan manusia kalau tak pernah wat silap. Janganlah diharapkan manusia itu bersikap sempurna.Janganlah bila buruk, menjadi terlalu buruk pandangannya. Dan bila melihat kebaikan, madu juga bleh jadi racun.
Sekian. Hehe.
Mas Mohd Yunus:
ReplyDeleteMadu (yg asli) tidak pernah menjadi racun seperti yg terkandung di dalam al-Quran yg bermaksud:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang memikirkannya" (Surah An-Nahl:69).
Melainkan anda menyatakan manisan yg lain spt gula pasir yang akan dinaikkan harganya pada tahun ini (selepas perayaan Tahun Baru Cina).
Pilihlah perumpaan yg benar & berlandaskan fakta.
~Atikah Abdullah @ Ati~
Mas Mohd Yunus:
ReplyDeleteMadu (yg asli) tidak pernah menjadi racun seperti yg terkandung di dalam al-Quran yg bermaksud:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang memikirkannya" (Surah An-Nahl:69).
Melainkan anda menyatakan manisan yg lain spt gula pasir yang akan dinaikkan harganya pada tahun ini (selepas perayaan Tahun Baru Cina).
Pilihlah perumpaan yg benar & berlandaskan fakta.
~Atikah Abdullah @ Ati~
dan apabila mata hati tertutup, maka yang racun itu juga tetap racun.
ReplyDelete1.
ReplyDelete"anony,
apa beza CM ni dulu dengan CM sekarang?dalam hal perubahan, ada 2 keputusan penting. Iaitu menjadi baik, dan menjadi buruk"
Mas,
dulu cikgu baik, sekarang pun cikgu masih baik seperti dahulu , cuma ada ketikanya aku menjadi tidak megenali dia hanya kerana sesuatu..aku melihat cikgu begitu resah, begitu rusuh melalui coretannya, sehingga aku turut merasai kekalutan itu..tapi kini aku turut berasa tenang setelah cikgu mulai berfikir tentang orang-orang sekitarnya dan mula mengabaikan sara...
2.
"wa kempius dan inesen habis. tapi wa nak ckp, bukan manusia kalau tak pernah wat silap. Janganlah diharapkan manusia itu bersikap sempurna.Janganlah bila buruk, menjadi terlalu buruk pandangannya. Dan bila melihat kebaikan, madu juga bleh jadi racun."
Mas,
saya tidak meletakkan kesilapan sesorang sebagai batu asas membencinya, kerana aku tahu hakikat manusia yang tidak sempurna..ada hati..ada perasaan..ada kemahuan. Orang kata sayangilah seseorang berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti dia menjadi musuh ketatmu, dan bencilah seseorang berpada-pada kerana mungkin suatu hari nanti dia mungkin menjadi sahabat sejatimu...sebagai pelajar, aku sayang dengan semua cikguku kerana sebab merekalah aku menjadi seperti sekarang...
-bukan ati abdullah-
anon,
ReplyDeletehanya pada penulisan, kamu terjerat emosi?
please grow up.
ftw.
Mas,
ReplyDeletegua telah berjaya menjerat emosi anony. Makanya gua telah berjaya menulis... ahakkksss!!!
CM,
ReplyDeleteu nailed it so properly. hihi.
terjerat emosi? menjerat emosi? suka hati awaklah nak kata apa mas/cikgu...
ReplyDeletemas...mungkin apa yang awak tahu tak seperti yang aku tahu dan apa yang aku tahu tak seperti apa yang engkau tahu tapi biarlahhh...tiada masalah pun
ReplyDelete"Anony 1 dan Anony 2 ialah orang yang sama," kata bomoh santau blog gua.
ReplyDeleteKata bomoh santau blog gua lagi, dia pakai IE 8.0, OSnya Window 7. Dia pakai P1W1. Alamatnya.. tuuuutttttt.... namanya ...tuuuuuuttt
ReplyDeleteanon, dah la yer. pegi mandi dan berehat. dan ya, sekejap saya, sekejap awak, sekejap aku..colourful sungguh.
ReplyDeletemaju tu pakai w7.
cigu.. nda kisalah ba anony 1&2 org yg sama or bkn.. tp yg aku nmpk.., dia komen mcm tu sbb dia syng cikgu dia..
ReplyDelete(nda mau lah letak nama. bomoh santau blog cigu tau jgk aku sapa. lgpu aku jak yg selalu tulis "cigu". aku pon syg "sifu" aku)
Anony,
ReplyDeleteHahahaha... gua tau...gua tau...tak payah pakai bomoh santau pun... :)
cikgu...melalui tulisan saya pun cikgu tahu saya siapa
ReplyDelete"anon, dah la yer. pegi mandi dan berehat. dan ya, sekejap saya, sekejap awak, sekejap aku..colourful sungguh."
salahkah dengan penggunaan kata ganti diri yang saya gunakan. Kalau aku tersalah menggunakannya, maafkan aku yang tidak sebijak awak berkata-kata. Dan maafkanlah aku kalau kau terasa dengan kata-kata.
-bukan ati abdullah-
Mas Mohd. Yunus,
ReplyDeleteSaya amat tertarik dengan kata2 "dan apabila matahati tertutup, maka yang racun itu juga tetap racun" - kata2 yang jelas kosong tidak mempunyai nilai.
"Maka yang racun itu juga tetap racun" - tidak perlu tunggu sehingga matahati tertutup, dalam matahati yang terbuka, jika sesuatu itu racun maka ia tetap menjadi racun. Kalau nak diterjemahkan secara formula matematik boleh dilihat di bawah:
1+(-1)=0