Gua berjalan. Dengan cara gua. Setiba di bawah pokok beringin tua, yang merimbun, gua berhenti. Lelah berjalan gua lepaskan. Orang tua-tua kata, pokok beringin yang tua dan merimbun ialah rumah segala hantu.
Gua tak kisah.
Bila gua menulis dalam blog, gua menulis dengan cara gua. Bila ada manusia (?) yang tersentak hatinya, maka gua ingin katakan :BELAJAR dan MEMERHATI.
Kalau ada manusia (?) itu yang mengaku pernah didik oleh gua, gua memang skeptikal. Setiap yang gua didik, gua kenal. Setiap dari mereka ada nama! Gua juga boleh mengatakan “Aku bapak kamu” dan kemudian gua pun berselindung di sebalik topeng. Macam mana gua ingin tahu keikhlasan mereka, kalau mereka terlebih dahulu yang asyik bersembunyi di bawah bayang-bayang beringin tua.
Tapi gua memang tak kisah. Cara gua menulis, itu cara gua. Diksi yang gua pilih, ada fungsi dan “rohnya”. Diksi itu bukan jelmaan diri gua. Ada sesuatu yang hendak gua sampaikan.
Kepada anonymous yang seronok berselindung itu ingin gua katakan:
gua telah lama meredhakan apa-apa ilmu yang gua sampaikan kepada anak-anak didik gua walau kadang-kadang perlakuan mereka semasa dididik sangat menyentap rasa.
Tapi gua tak kisah!
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Ikhlas itu anugerah Allah. Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:
ReplyDelete"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mengasihinya".
Saya hanya menyampaikan pesanan/peringatan/nasihat yg boleh direnung dan difikirkan secara lebih terbuka. Secara analoginya, ada seorang hamba Allah telah bersedekah wang di dalam tabung masjid untuk kegunaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di masjid berkenaan tanpa perlu menyatakan nama sebagai penderma.
Apakah masyarakat akan memandang hamba Allah berkenaan tdk ikhlas kerana tdk pernah menyatakan nama secara terbuka?
Kalau cikgu menyatakan "Tapi gua tak kisah", saya juga menyatakan saya tak kisah kerana saya tdk mempunyai apa2 kepentingan di sini. Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t.
~Atikah Abdullah~
salam...
ReplyDeletecikgu masih mcm dulu
masih...lembut lidah...masih cair otak..masih pedas...masih manis...hehehehe...
ReplyDeletedulu...pernah ku puja..pernah ku keji..pernah ku kenang..pernah ku puji..
jangan memuja berlebih-lebihan. nanti menimbulkan rasa 'siok' dlm diri org yg dipuji. dan akhirnya menjadiknnya manusia yg "mintak puji" dlm caranya yg tersendiri.
ReplyDeleteMungkin lu adalah dalam kelompok orang yang memang syok dipuji kot!! Ahaaakkkss...!!!
ReplyDelete