Friday, 8 January 2010

Dia Selesema, dan dia kata tak apa.

“Hujanlah,”
“Pergi sana, ada teduhan kat situ,” kata gua.
Dia geleng.
“Nanti lecun,” gua kata lagi
“Tak apa…”

Tiba-tiba dia bersin. Gua lihat, hidungnya merah.
“U dah kena selesema,” kata gua. Dia hanya senyum.
“Janganlah berdiri di tengah hujan lagi.” gua kata.
“Saya dah biasa kena selesema. Dah tak rasa apa-apa,”

Dia selesema, dan dia kata tak apa.

18 comments:

  1. :) keadaan dan situasi,buat seseorg tu menjadi lali dan menjadi kebiasaan. Ahh..luaran saja nampak selsema biasa,siapa tahu rupanya dalamannya sdah menjadi barah atau penyakit yang kritikal...

    ReplyDelete
  2. Anony,
    Sama ada selesema itu selesema babi atau selesema manusia, atau apa2 sahaja selesema... selesema tetap selesema.

    ReplyDelete
  3. PANGGGGG! u r truely correct my dear Anony..

    ReplyDelete
  4. Anony,
    sama ada lu pawang atau bomoh yang berguru dengan setan, gua tak tau. Sangat 'bijak' melihat badan orang lain...

    ReplyDelete
  5. hai..kan betul kata anon tu, jaga kesihatan diri sendiri dulu sebelum jaga kesihatan orang lain, itulah kenyataannya..sekadar ingat mengingati sesama saudara, bukanlah satu kesalahan. Tak perlulah sampai keluar perkataan yang tak sedap dibaca..sebagai orang terpelajar, jangan letakkan diri lebih rendah daripada seorang kutu jalanan.

    ReplyDelete
  6. Anony,
    Mula-mula gua nak ketawa dulu...HAHAHAHA... Macam ni, kalau lu manusia, maka lu akan ada nama. Lu berselindung di sebalik anonymous, gua tengok lu macam seekor lalat yang tak cukup kaki. Kemudian lu yang lalat itu masuk ke rumah orang tanpa salam, kemudian memekik melolong mengatakan susunan perabot rumah orang tak cantik. Dan itulah tindakan lu yang sangat "terpelajar" dari lu. Dan gua yang kutu jalanan ini ingin memberitahu lu, kalau lu tak sanggup mengutip kelongsong peluru, lu jangan menembak. Kalau lu tak sanggup menelan kata, lu jangan bermain kata-kata. Dan kalau lu lupa kat mana lu bermain, maka gua nak ucapkan ini: selamat datang ke Dunia Rusuh Cikgu Metal! Ahakkksss...!!!!!

    ReplyDelete
  7. Dear Mr.Metal, Sir...

    maybe the should learn the very simple rhyme:

    buah cempedak di luar pagar
    ambil galah,tolong jolokkan
    'mungkin mereka' budak baru belajar
    kalau salah tolong tunjukkan

    ReplyDelete
  8. Dear Anony,
    if they wanna learn, then they will get it. If they wanna game, then they will get the game.

    Sorong papan tarik papan,
    Buah keranji dalam perahu;
    Suruh makan dia makan,
    Suruh mengaji dia tak mahu.

    Ahaakkksss...!!

    ReplyDelete
  9. bahasa itu takku sangka keluar dari mulut seorang pendidik yang sangat aku hormati..jiwa pendidik sudah terbang jauh dari jiwamu, cikgu. Jiwa seorang pendidik yang sabar, penuh kelembutan dan butir bicara bersopan..

    rupanya aku tersalah berburu di padang datar.....

    ReplyDelete
  10. Saya setuju dengan kenyataan Anonymous di atas.

    Cikgu Metal,

    Ramai Anonymous yang memberi komen di sini bukannya sekadar komen2 kosong malah saya yakin berdasarkan cara mereka berbahasa, mereka mengenali cikgu - ada di kalangan mereka anak2 murid cikgu termasuk saya.

    Apb cikgu menulis blog di internet, seperkara yang wajib diterima ialah sifat internet itu luas tanpa sepadan maksudnya orang lain boleh menerobos ke blog cikgu tanpa perlu memohon izin mengetuk pintu & memberi salam.

    Kedua, cikgu akan menerima pelbagai komen yang agak mencabar 'kesabaran' - kelihatan mempermain-mainkan cikgu tetapi disebalik kata-kata yang mempermain-mainkan cikgu sesetengahnya mengandungi kebenaran.

    Saya teringat pepatah melayu lama yg boleh diaplikasikan dlm perihal org yg menulis blog - "Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai".

    Kesimpulannya, jika cikgu tdk boleh menerima prinsip keterbukaan internet itu, maka cikgu menulislah di dalam buku diary dan simpankannya baik2 di dlm laci yang berkunci yang hanya boleh ditatap dan dibaca oleh cikgu seorang saja.

    Yang tulus ikhlas ~Ati~.

    ReplyDelete
  11. Anony / Ati,
    walau sesiapa pun kamu, maka gua ingin katakan yang lu sebenarnya seorang yang terlupa akan hakikat sebuah kehidupan. Lu juga mungkin pernah gua didik; dengan hakikat sebuah keindahan bahasa dan keindahan sastera. Tapi malangnya mungkin lu lupa akan setiap apa yang pernah lu pelajari. Kalau lu melihat sesuatu dari jauh, kemudian lu bertempik sorak seperti hantu raya yang kehilangan tuan, maka lu sebenarnya seorang yang "amat sopan" dalam mencari hakikat kehidupan. Dan lu juga mesti ingat betapa "sopannya" Yahudi menjarah bumi Palestin. Gua hanya bermain ombak di sebuah pantai, tapi ada juga yang tak faham erti ombak dan pantai. Maka lu masuklah ke dalam sebuah gua. Lu carilah kelawar dan cahaya di situ.
    Dan sekali lagi gua menegaskan menyamar dan terpekik terlolong bukanlah budaya masyarakat yang bertamadun!

    Ahakssss....

    ReplyDelete
  12. Opppsss....anony, lu sebenarnya tidak tersilap berburu di padang datar. Sebenarnya lu tersesat di sebuah padang yang amat datar dan amat lapang, tapi lu tak tahu menghidu bau angin! Lu fahamkan...!

    Ahakksss...!!

    ReplyDelete
  13. cikgu klu begitu sy suka panggil cikgu dgn bro..

    ok bro..

    suruh budak2 mentah pergi belajar bahasa..

    suruh anony n ati...pergi cari arang dlm tepung...

    suruh anony n ati ...pergi tangkap burung dlm sangkar...

    suruh anony n ati ...pergi mandi dlm hujan...

    SUPAYA DIORG TAU...

    dalam hujan ...ada api...dalam aku ada DIA..dalam DIA...ada segala2nya termasuk anony n ati..


    hahhahahaha

    ReplyDelete
  14. Jebat, kalau bahasa yang diguna masih lagi mentah, tolong ajarkan bahasa yang sebaiknya kerana kita telah dididik untuk berbahasa sebaiknya kerana dengan bahasa, akan menunjukkan siapa diri kita..kalau panggilan cikgu sudah bertukar kepada bro..apalah makna bahasa yang dibahasakan kepada seorang yang pernah menjadi pendidik. Walau mungkin dia kata 'aku tak kisah' tetapi jauh di sudut hati seorang guru pasti ada rasa yang tak terkata...itu pun seandainya dia berasa bahawa dia masih seorang PENDIDIK.

    ReplyDelete
  15. Mari dunia...
    mari saudara/Bro..
    berbicara dengan hutan...
    berbual dengan singa..
    bertutur dengan beruang..

    bual singa: "wahai saudaraku/Bro beruang..knp tutur mu tidak sealur bual ku"

    tutur beruang: "saudaraku/Bro singa..bual mu juga tidak sepipit tutur ku"

    bicara hutan: " kalian keluargaku/Bro..tutur mu dan bual mu buat minda ku tersenyum faham"

    ReplyDelete
  16. Jebat,
    gua pasti lu siapa...hahahaha... sekurang-kurangnya lu tak bersembunyi di sebalik pokok beringin yang menjadi tempat permainan segala hantu dan jembalang.

    ReplyDelete
  17. jembalang pun jembalanglah, yang penting...lu fikirlah sendiri!

    ReplyDelete
  18. jembalang pun jembalanglah, yang penting...lu fikirlah sendiri!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...