“Kata-kata itu, kadang-kadang seperti fatamorgana,” kata gua. Sara mendengar.
Wap-wap nipis yang kapas, masih mengapung.
“Fatamorgana tu apa?” tanya Sara.
“Sesuatu yang nampak macam ada. Tapi tiada sebenarnya,” gua kata.
(Gua melihat sekawan hering sedang mematuk-matuk seekor bangkai antelop.)
“Ok…ok… I faham..kata-kata ialah fatamorgana yang U maksudkan tu…” ujar Sara. Riang.
(Gua masih melihat sekawan hering yang sedang mematuk-matuk seekor bangkai antelop)
“Maksudnya, ada kata-kata yang tidak ada benarnya. Tapi kata-kata itu nampak macam benar jer kan,” kata Sara.
“Betulkan?” tanya Sara.
“Kesian antelope tu,” balas gua.
(Gua masih melihat sekawan hering mematuk-matuk bangkai antelop itu.)
“Ishhh… U ni… Bila I cakap bukannya nak dengar,” kata Sara bernada rajuk.
Gua pun bangun setelah hering yang mematuk-matuk bangkai antelop itu pergi ke awan. Gua melangkah satu-satu. Gua tertinggal Sara tanpa sedar.
Sayup-sayup, gua dengar suara Sara, “Hei…!”.
Sayup dan perlahan.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Anony,
ReplyDeletefatamorgana memang ajaib bagi para pengembara di padang pasir. Tetapi fatamoorgana tetap fatamorgana, tidak boleh menggantikan oasis...
jadi berpijaklah di bumi nyata, jangan diturut rasa kelak membinasa, yang terbinasa bukan sendiri sahaja tetapi yang lain turut berasa natijahnya.
ReplyDeleteOasis itu memang ada di bumi yang nyata. Fatamorgana pun ada di situ. Kebinasaan itu berlaku dalam pellbagai cara dan bentuk. Dan ramai yang terbinasa di alam yang nyata kerana terlalu banyak tipu daya yang tak terlihat dek mata.
ReplyDeleteaku ni org yg naif dlm bahasa...aku tdk faham sekerat habuk pun kata2 depa..tapi oasis dan fatamorgana tu cantik...ciptaan NYA memang cantik.
ReplyDeleteAnony,
ReplyDeletesebaiknya jika kita tak paham, kita bertanya, atau sekurang-kurangnya cuba mencari setiap makna yang tersembunyi di sebalik setiap kata. :) Terpekik terlolong seperti sesetengah anonymous yang lain, bukan cara orang "terpelajar".
biar fatamorgana berbayang-bayang..biar oasis sejernih sumur..jgn hilang ditelan zaman..
ReplyDeleteberkata itu pasti
berdiam itu sunyi
bertindak itu bukti
bertikam pasti mati
PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA
Kata yang tak sehaluan, maka dipanggil orang itu sebagai pengampu. Gua pun tak tau apa menataliti dalam kepala lu...
ReplyDeletesaudara/i/homo Anonymous...
ReplyDeletemat penagih kat kg gua ada berkata:
tak kenal maka tak cinta...
tak belajar maka buta mata...
benarkah Jebat tak tau apa yg diperjuangkan?
benarkah Jebat bertindak membutatuli?
kalau benar...BODOHKAH JEBAT DERHAKA?
atau ...JAHIL KAH SANG PENGATA?
rupanya Jebat Sandakan bernama Yunus...dulu di asrama kami panggil Abang Yunus sebab senior di asrama...
ReplyDeletesorrylah bro..mungkin aku yg jahil tak habis baca Hikayat Hang Tuah yang tebalnya 3 inci tu..dan hal yang kita perkatakan memang hal bebeza, tapi tak apa, aku tak kisah
apabila membaca blogmu, jangan kau bimbang, aku akan jadi followermu yang paling setia..rajin-rajinlah menulis tentang Sandakan dan pembangunannya...Aku sayang Sandakanku walaupun sudah hampir 16tahun duduk Selangor ni..
mungkin Jebat tak kenal aku tapi aku kenal Jebat. Abang Yunus adalah antara nama abang senior yang meniti d bibir pelajar Aspuri SMK Sandakan...