Bila gua munculkan watak Sara dalam cerita gua, gua tak pernah menyangka yang watak itu akan menjadi tumpuan.
Ada yang bertanya gua secara langsung “Siapa Sara?”. Banyak juga yang berhubung melalui emel untuk bertanya tentang Sara.
Memang ramai yang berminat dengan watak ini.
Maka, sekarang ini gua nak bercakap tentang Sara:
Watak ini sengaja gua munculkan. Kenapa watak ini diberi nama Sara?
Begini,
Nama Sara itu bagi gua ialah nama yang ada di mana-mana. Maksudnya, kalau lu perhatikan, dalam mana-mana budaya masyarakat, nama Sara itu bukanlah nama yang janggal. Kalau Gua pergi ke Alaska yang sangat sejuk itu, gua boleh bertemu dengan orang yang bernama Sara. Kalau gua tersesat di Papua New Guniea, gua rasa gua juga boleh bertemu dengan orang yang bernama Sara. Bagi gua, inilah keuniversalan nama Sara. Maka kerana itu gua memilih nama Sara. Gua tak memilih nama Temah atau Bedah atau Cempaka atau Siti Nurhaliza kerana nama-nama itu hanya terdapat dalam lingkungan budaya setempat sahaja.
Lu faham?
Kemudian,
Sara juga ada di mana-mana.
Sara ada di Bukit Damansara yang elit, mahligai berpagar konkrit yang tidak pun sedar bahawa jiran sebelah sudah 4 hari meninggal kerana ditembak perompak.
Sara juga turut wujud di belakang lorong-lorong hitam di Bukit Bintang bertukang dengan noda dan dosa.
Sara juga ada di Sandakan, bekerja di warung-warung nasi kuning mengais rezeki yang hanya secuit tetapi halal.
Sara juga berada di tingkat 88 di KLCCdan kemudiannya turun ke SURIA KLCC. bershoping dengan kad hutang yang dibekalkan oleh “bapa gula”.
Sara juga seorang perempuan yang tak mahu adiknya merasai nasi berulam garam seperti yang pernah singgah di kerongkongnya pada zaman kecilnya dahulu.
Sara juga saban malam akan menjamu selera dengan hidangan-hidangan ‘dari syurga’ di Gastronomic, yang di atas meja terdapat sebatang lilin dan ros merah.
Lu faham?
Kemudian,
Bila gua berfiksyen, gua jelmakan watak Sara itu sehidup yang mungkin. Dan gua juga dapat berasa yang watak ini benar-benar hidup. Maka kerana itu gua tak hairan, kalau ada orang yang beranggapan Sara ini watak yang benar-benar ada.
Untuk sesiapa yang bertanya tentang Sara, siapa Sara, maka gua akan jawab, “Ya, Sara memang ada. Seorang Sara yang ada di sekeliling kita. Dan seorang lagi Sara yang berada dalam fiksyen gua!”.
Itulah Sara. Sara ada di mana-mana.
Sara ada berhampiran dengan lu…
***********
Tiba-tiba datang pipit itu dan bertanya “Aku ni pula, siapa?”
“Lu punya hikayat, lain hari gua kasi tau,” kata gua.
Gua melihat kocek kanan baju gua. “Oh, masih ada lagi.”
*Pause*
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.
D an. Hujan. Pun. Gugur. Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan. Bi...

-
Keling. ini istilah yang digunakan oleh orang-orang MELAYU. Sejak zaman-berzaman istilah itulah yang digunakan untuk merujuk kepada sekelom...
-
Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tu...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
Dan kalau kamu melihat aku bercakap bersama angin, kamu harus faham, kita harus kekal menjadi orang asing yang sempurna
-
Gua kata kat dia, kau punya ameno berubahlah. Lima tahun lagi tak lama, kata gua lagi. Kau punya ameno berubah, Melayu akan pakatpakat bali...
-
Waktu aku kat kampus, selain Search dan Wings, aku juga layan Cromok. Waktu tu, Karl, Mizi, Sam dan Din (al-fatihah untuk allahyarham) masi...
-
Kawasan rumah gua memang menjadi port para negro. Gua tak tau apa yang menariknya dengan kawasan rumah gua. Gua memang sangat rimas dengan...
-
“Kamu pigi lagi. Jangan kamu biluk-biluk. Ada juga hospital di sana tu” kata pemuda itu. Hanafiah angguk-anggukan kepala. Gua dengar-dengar ...
-
Petang. Pertengahan Mei, 1992, gua mula-mula sampai di Sandakan. Perjalanan dengan bas ekspres (bas ekspres?) dari KK membawa gua ke ter...
-
*entri ini berjantina 18 SX. Membaca atas risiko sendiri* Suatu pagi. Di atas kerusi sebuah warung. Ada penulis bernama A. Kawannya jug...
kalau carik nama lelaki yang universal..haris..bunyinya sungguh global.
ReplyDeletecikgu..
ReplyDeletegua ada 2 kwn lelaki nama sara
1)saravanan -dikalangan kwn2 dia dipanggil sara.
2)sapri bin salleh -beliau seorg pondan yg keja salon di ampang. nama perempuan @ nama glemer SARA..
haris <- kalau dalam novel2 slalu jadi watak playboy tak bleh blah. yang akhirnya akan insaf. hahahha.
ReplyDeleteMas,
ReplyDeleteDalam novel, 'haris' memang sinonim dengan watak lelaki play boy. Kemudian kalau lu tengok dia punya janggut @ jambang tu, lu agak-agak sinonim dengan apa?
bleh la. cam akashah dalam movie2 mat rempit pun ado. ahahhaha..
ReplyDeletesori tuan loyer.
Weng,
ReplyDeletenanti kau ikut aku cari anjing ini!!
HA!HA!HA! mce ngam pulak sara ada di KLCC, sebab mu pun nak terjun KLCC juga. Sara tolak mu ko atau mu nak terjun sendiri??? kalu sara tolak, kira emosi tu... tapi kalu mu terjun sendiri pun, kira emosi teruk tu....... harap2 tak jatuh tgh2 jalan, biar la mendarat di hujung destinasi, bawa sara sama la.........
ReplyDeleteSara juga seorang perempuan yang tak mahu adiknya merasai nasi berulam garam seperti yang pernah singgah di kerongkongnya pada zaman kecilnya dahulu.
ReplyDeleteJa, ayat ini sungguh menyentuh hatiku...kerana aku sendiri pernah mengalaminya semasa aku sedang membesar...pengalaman ini amat bermakna untukku
MDI
MDI,
ReplyDeletetulah kawe kato, cerito kawe berkaitan dengan kehidupan. Kadang2 orang tengok, cerito kawe tu seperti bercerita tentang seseorang. Tapi, itulah...bergantung kepada pemahaman masing2. Tapi cerita makan nasi dengan air garam tu, memang ada di sekeliling kita.