Suatu malam. Gua sedang santai-santai.
Dia datang.
"Hei... u bermain catur?"
Gua, mendongak kepala. Gua tengok depan. Meja batu sahaja. Tak ada apa-apa. Tak ada papan catur.
"Tak, saya tak bermain catur," gua kata.
"U tak bermain catur?" tanya Sara.
"Tak. Saya tak pandai. Bidak dengan permaisuri pun saya tak tahu," gua kata.
"U tau...? tanya Sara.
"Tau apa?" pertanyaan Sara, gua jawab dengan pertanyaan.
"Mereka cakap U sedang bermain catur." Sara kata.
Mata gua, mata gua terkelip-kelip. Gua memang tak bermain catur. Bila bidak dan permaisuri pun gua tak kenal, bagaimana gua nak atur kedudukan raja dan tentera.
"Sara, saya tak bermain catur. Saya tak pandai," gua kata.
Sara senyum.
"Mereka cakap, U sangat pandai bermain catur. Dan U sedang bermain dengan kehebatan U itu,"
Hahahahaha....gua ketawa.
Sara bangun. Meninggalkan kerusi batu dan meja batu. Gua masih di situ.
"Tapi U dah menang dalam permainan catur itu, walaupun mereka cakap U hanya bermain-main," kata Sara.
Sara pergi.
Di atas kerusi batu, ada papan catur di situ. Papan catur yang gua sendiri pun tak pernah sentuh.
Gua tak pernah bermain catur. Gua bermain dengan hidup dan kenyataan.
Sara meninggalkan papan catur itu.
Di atas papan catur itu, gua tulis:
"Sara, rahsia Tuhan tiada siapa yang duga,"
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
gua makin terpana dengan ayat2 lu cikgu. tpi masalahnya gua xberapa nak paham..
ReplyDeletegopenghagen
Dude, lu bukan terpana, lu terpanah tu. Lu paham ke tidak, gua peduli haper...!!!
ReplyDeleteDude, sara permainkn u ke? ahaaksss (pinjam ayat u) ::-::
ReplyDeleteAnony,
ReplyDeletetak bukan sara permainkan gua, gua permainkan dia. Ahaaakkkksss...!!!
:( rupanya begitu cerita sebenar. SARA tu bodohlah kan..
ReplyDeleteSARA itu taruhan permainan ke?
ReplyDeleteAnony,
ReplyDeletesara bukan bidak taruhan mana-mana permainan.
Ishhh...makin tak paham aku ni. Siapa yang permainkan siapa ni??? Jangan-jangan ada penonton yang sedang bertepuk sorak melihat permainan igauan mereka.
ReplyDelete:(
ReplyDeletekenapa u permainkan SARA?
ReplyDeleteSARA ialah watak yang gua munculkan dalam cerita gua. Kalau lu baca betul2, sebenarnya bukan gua permainkan SARA, tapi SARA yang sedang bermain.
ReplyDelete