Tuesday, 12 January 2010

Bidak Papan Catur

Suatu malam. Gua sedang santai-santai.
Dia datang.
"Hei... u bermain catur?"

Gua, mendongak kepala. Gua tengok depan. Meja batu sahaja. Tak ada apa-apa. Tak ada papan catur.

"Tak, saya tak bermain catur," gua kata.
"U tak bermain catur?" tanya Sara.
"Tak. Saya tak pandai. Bidak dengan permaisuri pun saya tak tahu," gua kata.

"U tau...? tanya Sara.
"Tau apa?" pertanyaan Sara, gua jawab dengan pertanyaan.
"Mereka cakap U sedang bermain catur." Sara kata.

Mata gua, mata gua terkelip-kelip. Gua memang tak bermain catur. Bila bidak dan permaisuri pun gua tak kenal, bagaimana gua nak atur kedudukan raja dan tentera.

"Sara, saya tak bermain catur. Saya tak pandai," gua kata.

Sara senyum.

"Mereka cakap, U sangat pandai bermain catur. Dan U sedang bermain dengan kehebatan U itu,"

Hahahahaha....gua ketawa.

Sara bangun. Meninggalkan kerusi batu dan meja batu. Gua masih di situ.
"Tapi U dah menang dalam permainan catur itu, walaupun mereka cakap U hanya bermain-main," kata Sara.

Sara pergi.
Di atas kerusi batu, ada papan catur di situ. Papan catur yang gua sendiri pun tak pernah sentuh.

Gua tak pernah bermain catur. Gua bermain dengan hidup dan kenyataan.

Sara meninggalkan papan catur itu.

Di atas papan catur itu, gua tulis:

"Sara, rahsia Tuhan tiada siapa yang duga,"

11 comments:

  1. gua makin terpana dengan ayat2 lu cikgu. tpi masalahnya gua xberapa nak paham..

    gopenghagen

    ReplyDelete
  2. Dude, lu bukan terpana, lu terpanah tu. Lu paham ke tidak, gua peduli haper...!!!

    ReplyDelete
  3. Dude, sara permainkn u ke? ahaaksss (pinjam ayat u) ::-::

    ReplyDelete
  4. Anony,
    tak bukan sara permainkan gua, gua permainkan dia. Ahaaakkkksss...!!!

    ReplyDelete
  5. :( rupanya begitu cerita sebenar. SARA tu bodohlah kan..

    ReplyDelete
  6. SARA itu taruhan permainan ke?

    ReplyDelete
  7. Anony,
    sara bukan bidak taruhan mana-mana permainan.

    ReplyDelete
  8. Ishhh...makin tak paham aku ni. Siapa yang permainkan siapa ni??? Jangan-jangan ada penonton yang sedang bertepuk sorak melihat permainan igauan mereka.

    ReplyDelete
  9. kenapa u permainkan SARA?

    ReplyDelete
  10. SARA ialah watak yang gua munculkan dalam cerita gua. Kalau lu baca betul2, sebenarnya bukan gua permainkan SARA, tapi SARA yang sedang bermain.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...