Wednesday, 27 January 2010

Pesanan Tuan Tanah

Waktu gua mula-mula berblog, gua conteng apa yang gua rasa mau conteng.

Sekarang pun masih tetap begitu. Gua akan conteng apa-apa yang gua rasa mau conteng. Waktu mula-mula gua berblog, sekitar 2007, gua fikir contengan gua hanyalah gua seorang yang baca. Gua tulis sendiri, kemudian gua baca sendiri. Kemudian gua syok sendiri. Gua peduli apa???


Gua tak pernah terfikir, blog gua akan ada pembaca. Gua juga tak pernah terfikir, ada sesetengah pembaca blog gua ini ‘terikut-ikut’ masuk ke dalam dunia imaginasi yang gua tulis dalam blog.

Kepada semua yang sudi membaca;
1 Inilah bahasa gua, kadang-kadang lurus tanpa berselindung, kadang-kadang memerlukan sedikit akal untuk memahami.

2 Kadang-kadang gua terpaksa memotong komen-komen yang terlalu meracau tanpa sebab. Dan yang meracau-racau tanpa sebab tu, sebenarnya gua tau siapa mereka. Dalam dunia teknologi di hujung jari ini, bukan susah nak mengesan mereka walaupun menggunakan anonymous. Mangsa pertama gua ialah Haris si peguam muda yang gua sergah semasa dia sedang sekodeng blog gua....hahahaha.... Tapi lu kool dude!
Nama, peta, alamat rumah, si anonymous semua ada. Tapi lu jangan bimbang, gua tak akan serang lu. Lu nak komen, lu komenlah. Tapi kalau lu dah terlalu merapu, gua sebagai tuan tanah akan menggunakan kuasa gua. Dan lu jangan bimbang, gua takkan hebahkan nama lu dalam blog ini. Biar gua seorang sahaja yang tahu siapa lu.

3. Blog gua bercerita tentang hidup. Kalau kebetulan bersangkutan dengan hidup lu, anggaplah itu hanyalah kebetulan.

4. Terlalu banyak juga yang tersilap pemahaman tentang apa-apa yang gua conteng. Gua cuba sampaikan satu benda. Tapi ada yang memahaminya tidak sealur dengan apa yang cuba gua sampaikan. Oklah, gua paham. Karya kreatif boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara. Tapi kalau lu dah paham lain, kemudian lu membuat komen yang tersasar, lu bayangkankan apa sebenarnya kesannya kepada orang lain yang membaca blog gua.

5 comments:

  1. Gua adalah seorang peminat setia yang selalu membaca karya cikgu walaupun jarang membuat komen..hehe

    ReplyDelete
  2. walamak weii patut gua rasa ada org skodeng gua. kalau awek, gua redha ja...tpi...

    ReplyDelete
  3. "Blog gua bercerita tentang hidup"..

    setuju sangat dengan kenyataan tu setelah meluangkan masa lebih seminggu baca cerita dalam blog cigu ni... hehehe...

    Ketawa aku seorang2 bila baca cerita c dino main gitar (ari last minggu orientasi tingktn 6 kami dulu2)

    Sedikit beremosi lepas baca 'BDC dan sampah bawah kolong, seluarny dicangkuk dengan dua pin' dan byk lg la kalau mau ditaip...

    Dengan sedikit rumusan dan pemahaman pasal "content analysis" aku akan tetap melabelkan tulisan cigu dalam blog ni sebagai "Very inspiring"! personally...

    Radzfar

    ReplyDelete
  4. Anony,
    lu :) maka gua pun :) juga.

    Darwis,
    Bila gua kata gua boleh tau siapa yang masuk dan membebel dalam blog gua, maka lu pun terus tulis nama lu. Hahahaha....rileks bro. Jangan lupa bawa gua pekena coto makasar paling best nanti.

    Gopenghagen,
    Nak anak dara sekodeng lu? Boleh, no problem. Tapi lu punya janggut kasi cukur dulu la.

    Radzfar,
    Lu labellah apa-apa pun. Tapi gua menulis dengan hati, jantung, dan nadi gua.

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...