Saturday, 23 January 2010

Lohong gelap

Bila gua tidak tahu apa-apa, dan kemudian gua dihantar ke suatu lohong gelap tanpa gua sedar, maka gua berasa sangat edan.

Gua tak punya si kuda bedi yang mampu membawa gua terbang ke seluruh alam dalam sekelip mata.

Gua juga tiada keris sakti yang sembraninya mampu membunuh dengan hanya menikam bekas telapak jejak seteru.

Yang gua ada dan gua simpan dalam kocek hidup gua, hanyalah kehidupan. Kehidupan yang gua simpan ialah realiti.

Dan gua tak pernah bermain dengan sesiapa pun. Gua juga tidak tahu mengarang hikayat.

"Lu ada suria? Bagi gua sebatang.." kata pipit.
"Jangan merokok, bahaya untuk kesihatan," kata gua.

2 comments:

  1. hidup suria..."pemangkin sang pembrani"

    suria ...pria segak bergaya
    suria...cengkih ramuan asli
    suria...
    oh suria...oh suria...tanpamu aku pasti gelisa...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Dude,
    nanti gua kasi info kat JJ, minta dia masukkan suria dalam setiap hidangan yang dia sediakan untuk lu... ahakkss!!

    ReplyDelete

DAN HUJAN PUN TURUN LAGI.

  D an. Hujan. Pun. Gugur.           Seperti gugurnya hujan, aku juga tak pernah lagi mahu bermimpi tetesnya naik semula mencari awan.    Bi...