Merenung langit memang tak ada apa-apa. Langit malam memang kelam. Lu tak akan nampak apa-apa. Tapi di beberapa lapisan langit ada rahsia Tuhan. Rahsia yang menyimpan misteri. Misteri yang tak terungkap, misteri yang tak terjangkau akal manusia.
Dalam langit ada misteri.
Dalam misteri ada yang tak terungkap. Kalau lu cuba mendaki langit, lu akan jatuh. Langit dengan permukaan bumi memang dua entiti yang berbeza. Kalau lu memilih untuk diam-diam di langit, maka lu akan menjadi penghuni sana. Kalau lu memilih untuk berpijak di bumi nyata, lu akan bertemu dengan angin, dengan tanah, dengan lautan dan juga kebun-kebun bunga.
Kemudian,
Kalau lu bersembunyi di langit, lu hanya boleh bersembunyi. Dan lu hanya akan menggunakan kepandaian burung unta untuk bersembunyi; kepala tertanam ke dalam tanah, ekornya melambai ke sekeliling. Lu rasa lu dah bersembunyi. Tapi tidak bersembunyi sebenarnya.
Datanglah ke bumi. Bertemulah dengan angin, dengan tanah, dengan lautan dan juga dengan kebun-kebun bunga.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
Gua tak merayu
ReplyDeletemungkin dia lagi suka tinggal dan bersembunyi d langit. Dan sekali sekala memandang turun tanah,laut,kebun-kebun bunga dan merasa tiupan angin.
ReplyDeleteAnony,
ReplyDeletelangit sangat tinggi...
biarlah menjadi burung unta, asalkan tidak menjadi unta tunggangan. Andai menjadi penghuni langit itu lebih baik, biarlah begitu kerana bumi yang berangin, bertanah, berlautan dan berkebun bunga itu dipenuhi dengan seribu satu duri dan racun yang tak mampu ditepis...biarlah begini kerana di sini ada kebahagiaan sendiri.
ReplyDeleteAnony,
ReplyDeleteselamat berbahagia bersama-sama dengan kerajaan langit pimpinan Ayah Pin...ahaaakssss!!!!