Kata zizie:
kalianlah pahlawan berkuda
dengan pedang sumbing dan sangga berlubang
menghambur tanpa gemuruh
tanpa walang
dan meskipun tiada kepala seteru diuncang untuk di bawa pulang di hari pertemuan
cukuplah hanyir darah yang memercik di muka.
aku hanyalah pemanah tanpa nama
terhendap-hendap di balik bukit-bukit pejal
dan panahan pula kerap tersasar
namun yakinlah bahawa aku tidak akan kembali ke lembah
sebelum perang ini usai.
Siri percakapan daripada seorang manusia kecil, Dihimpun sesuka hati dia. Dia belasah apa-apa sahaja. Dia memuji apa-apa sahaja. Dia memaki apa-apa sahaja. Kadang menjadi seorang rebel. Kadang-kadang menjadi seorang romantikalasofa. Kadang-kadang bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Kadang-kadang bercita-cita menjadi Tok Peran dalam Makyung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAKDEER
Takdir memang indah. Ada takdir yang datang dalam sebatas senyuman, ada juga yang datang dalam kehilangan yang tak bertepi. Kedua-duanya t...
-
Gua sudah lupa nama dia. Tapi susuk wajah dan binaan tubuhnya, gua masih ingat. Hari itu hari pertama cuti penggal persekolahan. Asrama SM...
-
GUA AKAN CARI LU SAMPAI GUA DAPAT. GUA TAK MAIN-MAIN LAGI KALI INI>
mula-mula gua masuk , gua terhenti sejenak. ada bidadari berunicorn putih bermain di air cetek. gua ingat gua di laman sesawang dewasa. rupanya gua di pintu yang betul, cuma warnanya sahaja berubah.
ReplyDeleteapakah laman ini akan ada cerita-cerita dewasa..gua tunggu
Dude,
ReplyDeletecerita gua cerita untuk orang2 dewasa. Orang dewasa yang ada akal dan digunakan sesempurnakan yang mungkin.